Google Pix |
Berita paling gempak untuk WANITA!!! Menurut sebuah majalah wanita, aktiviti membeli-belah atau shopping mampu memanjangkan usia dan menjadikan individu awet muda. Menurut artikel tersebut, aktiviti fizikal seperti berjalan kaki menyusuri lorong-lorong kedai ketika membeli-belah dikatakan memberi sejuta manfaat kepada individu yang melakukannya. Profesor S Jay Olshansky dari University of Illinois dalam satu artikel siaran Healthday menjelaskan, menerusi aktiviti ringan itu, risiko untuk mendapat serangan jantung serta obesiti dapat dikurangkan.
Shopping juga dikatakan sebagai salah satu aktiviti rekreasi yang membantu menyihatkan mental individu kerana ia mampu meredakan stress. Semakin rendah kadar stress maka semakin kecil risiko untuk terkena serangan penyakit jantung mahupun gangguan pola pemakanan yang memicu ke arah kegemukan. Selain itu, kajian ini turut disokong oleh National Health Research Institutes di Zhunan, Taiwan. Menurut tinjauan yang dilakukan oleh institut tersebut, individu yang membeli-belah setiap hari berisiko sehingga 27 peratus lebih rendah untuk meninggal dunia dalam usia muda berbanding individu yang tidak gemarkan aktiviti ini.
p/s: Mungkin aktiviti shopping lebih memberi manfaat awet muda dan panjang umur kepada golongan wanita, tetapi golongan lelaki khususnya suami akan terdedah kepada risiko terkena serangan penyakit jantung berikutan stress melihat dompet semakin slim dan hutang kad kredit semakin meningkat ^_^
4 comments:
Yea, couldnt agree more! Whenever i feel stress dgn study and relationship, i'll go for shopping! Tidak kirala beli barang dapur kah, beli baju ka, kasut ka, stationery ka yg pntg puas hati :D
Yala, hilangkan stress denan shopping... then after shopping and dapat credit card bill, stress lagi, then shopping lagi. It's a vicious cycle wakakaaka.
@Walk The Talk ya la, window shopping pun kadang2 suda cukup utk release stress.
@Armstrong kalau shopping sampai mcm ni ... bukan bikin awet muda gia hehehe
Post a Comment