| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Tuesday, 17 May 2011

Konsep Jualan Murah Perdaya Pengguna

Jualan murah di Boulevard Shopping Mall
Saya dan si gaman ni memang sekali sekala akan mengisi masa lenggang dengan aktiviti 'window shoping' ni.  Rambang juga mata bila tengok promosi jualan murah sehingga diskaun 70%.  Tapi sejauh mana kebenaran diskaun yang diberikan itu, cuma mereka yang gemarkan aktiviti 'window shoping' sahaja yang tahu.  

Kalau mau tau, daripada aktiviti 'window shoping' juga la kami dapat mengesan bahawa ketika jualan murah, barangan bukannya diturunkan harga tetapi dinaikkan mengikut harga diskaun yang ditayangkan.  Jadi apabila ditolak dengan diskaun, pengguna tetap membayar pada harga yang sama seperti pada hari bukan jualan murah.

Pengalaman kami, cuma barang-barang berdiskaun 10% - 20% sahaja yang betul-betul menawarkan diskaun dalam erti kata sebenar.  Diskaun pada erti kata sebenar juga boleh diperolehi pada jualan penghabisan stok dan yang kualitinya sudah sedikit terjejas.  Jadi, untuk mengelak daripada terpedaya, konsepnya mudah sahaja, semua perniagaan berorentasikan keuntungan dan bukan kerugian ^_^




Monday, 16 May 2011

Putih & Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides

Si Putih pun pandai membaca :)
Bab-bab suratkhabar ni memang si putih pantang tengok.  Kalau saya dan si gaman bentang suratkhabar untuk di baca, gerenti si putih pun ikut menyibuk.  Tapi, kadang-kadang kiut juga aksi si putih ... macam turut sama membaca pula ^_^  Ok lah, kita tinggalkan kisah si putih dan beralih kepada cerita mengenai sekuel keempat filem Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides yang dibintangi oleh aktor Johnny Depp yang bakal menemui penonton di pawagam pada 19 Mei ini.   

Daripada sinopsis yang saya baca dari Utusan Online, filem ini memaparkan kisah Kapten Jack Sparrow memulakan pelayarannya untuk mencari Fountain of Youth, air terjun yang dipercayai jika sesiapa minum airnya dia akan kekal muda.  Selain itu, menerusi On Stranger Tides, penonton juga dapat melihat Sparrow menyimpan perasaan terhadap seorang wanita misteri dari masa lampaunya bernama Angelica yang dilakonkan oleh aktres Penelope Cruz.  Wah ... ada kisah cinta si Jack Sparrow pula dalam  sekuel keempat filem Pirates of the Caribbean ni.  Ini bermakna, budget beli tiket  wayang kena dimasukkan dalam entertainment allowance pada bulan ni ^_^




Sunday, 15 May 2011

Half Monggolian Chicken

Monggolian Chicken
Mood mencuba resepi baru tiba-tiba datang petang ni dan gambar diatas merupakan resepi yang saya rujuk dari sebuah majalah.  Nama sebenar resepi ini ialah Monggolian Chicken tetapi saya  saja tukarkan kepada Half Monggolian Chicken berikutan tidak semua bahan-bahan yang diperlukan ada.  Jadi, pandai-pandailah saya mengubah suai resepi ini mengikut bahan-bahan yang ada dan berikut di bawah saya kongsikan resepinya.

Bahan-Bahan:
600 gm paha ayam digantikan kepada 3 keping sayap ayam (untuk saiz hidangan 2 orang)
70 gm mentega, saya cuma menggunakan dua sudu besar mentega
4 sudu sos cili, digantikan kepada 2 sudu sos cili
Sedikit lada hitam,saya juga tidak menggunakan lada hitam
Sedikit garam dan gula sebagai perasa tambahan

Cara menyediakan:
Goreng sayap ayam terlebih dahulu sehingga masak.
Setelah itu, tumiskan mentega, sos cili, lada hitam, garam dan gula.
Masukkan ayam dan gaul sebati dengan bahan tadi.
Masak sehingga kering dan sedia dihidangkan.




Saturday, 14 May 2011

Picture of the Year Si Putih

Santai Bersama Si Putih
Gambar ini merupakan gambar terbaik dan tercantik si Putih yang pernah saya ambil  setakat ini menggunakan kamera digital Canon Power Shot A400 milik saya yang sudah berusia lebih lima tahun.  Gambar yang diambil pada 22 Januari lepas ketika saya dan si gaman sedang bersantai di luar rumah pada waktu petang.  Lepas ni, saya mau cuba hantar gambar ni untuk masuk pertandingan Picture of the Year DiGi Wwwow Awards.




Header baru untuk blog Meet My World

Header blog http://lornamylife.blogspot.com/
Gambar di atas merupakan header baru untuk blog Meet My World milik anak buah saya si Bibi yang saya buat menggunakan perisian PhotoScape.  Bertemakan warna purple, saya  turut memilih beberapa gambar kiut miut yang saya google dari internet untuk digabungkan menjadi hiasan pada header.  Selain itu, pada header blog ini juga turut diselitkan gambar tuan punya blog yang paling cute.  Wah ... nampaknya si Bibi gumbira betul dengan header baru termasuk background baru blognya.




Bila Blogger.Com Under Maintenance

Kerja-kerja maintenance oleh Blogger.Com sejak 11 Mei lepas sehingga setakat 13 Mei menjejaskan mood kebanyakan blogger seperti saya.  Maklumlah, gangguan begitu teruk sekali sehingga beberapa 'blog posts' dan 'new install widgets' hilang.


Antara 'blog posts' yang kena remove ekoran kerja-kerja maintenance oleh Blogger.Com
Ini merupakan antara 'blog posts' saya yang telah hilang.  Ingatkan kena 'hack'.  Lebih  teruk lagi  entri Aku, Laksa Sarawak & Internet yang saya hantar untuk menyertai pertandingan Top Makan2 Expert DiGi Wwwow Awards pada 12 Mei lepas kena remove petang semalam.



Aku, Laksa Sarawak & Internet berada pada kedudukan ke 30 setakat 13 Mei
Bermula pada kedudukan nombor 43 pada 12 Mei, kemudian naik ke kedudukan ke 30 setakat 13 Mei ... dan timbul pula masalah bila 'blog post' kena remove, punya la sedih dan mood pun hilang.


Dari laman web DiGi Wwwow Awards pada 13 Mei
Yang paling lucu, bila tengok keadaan 'blog post' yang saya hantar untuk penyertaan Top Makan2 Expert tidak dapat diakses lagi menerusi laman web DiGi Wwwow Awards ... perasan la pula blog kena hack ^_^ siap meluah perasaan di FB lagi.  Ni gara-gara FB fan page HOT FM kena hack, tu sebab timbul perasaan sedemikan.  Sedangkan, apa la yang hebat sangat dengan blog ni ^_^


Notis daripada Blogger.Com
Bila dapat info di atas daripada si Tom Rungitom di FB fan page Sabahan Blogger, baru la rasa lega walaupun bimbang sekiranya 'blog post' yang kena remove tidak kena restore.  Tapi, syukurlah ... bila buka pagi tadi, semua 'blog post' yang hilang sudah kena restore, cuma komen-komen pada 'blog post' tersebut sudah tiada.  Lepas ni, kena rajin-rajin buat backup setiap kali buat update.



Thursday, 12 May 2011

VOTE untuk "Aku, Laksa Sarawak & Internet"

Saya telah menghantar penyertaan Aku, Laksa Sarawak & Internet untuk kategori Top Makan2 Expert bagi DiGi Wwwow Awards.  Jadi, dengan tidak segan silunya, saya ingin meminta bantuan semua rakan-rakan blogger dan rakan-rakan facebook supaya VOTE untuk saya. Untuk membuat UNDIAN, sila ikuti langkah di bawah.  Terima kasih. 


1.  Klik logo ini atau logo di tepi sidebar



2.  Paparan seperti ini akan keluar


3.  KLIK Login/Register with Facebook


4.  Kemudian KLIK Allow


5.  Isikan ruangan kosong dengan perkataan yang diberikan dan submit


6.  Anda akan menerima message 'You have successful voted'




Aku, Laksa Sarawak & Internet

Laksa Sarawak ... Terbaik punya!
Sehari, dua hari, tiga hari, empat hari, lima hari, enam hari tanpa 'Laksa Sarawak', No Problem.  Tapi kalau seminggu tidak dapat makan Laksa Sarawak, hidup rasa tidak sempurna seumpama sehari tanpa Internet.  Tanpa Laksa Sarawak? perut jadi kacau.  Tanpa Internet? jiwa jadi kacau!

Big Laksa ... Special Laksa ... RM6.00
Inilah satu-satunya makanan yang membuatkan saya jatuh cinta dengan Sarawak dan Laksa Sarawak ini jugalah yang membuatkan hati terpaut dengan si gaman.  Dari zaman cintan-cintun dahulu sehinggalah bergelar mr & mrs, Laksa Sarawak tetap nombor satu di hati!

Udang, hirisan telur goreng, tauge .... tapi isi kerang yang paling best!
Tapi dalam banyak-banyak Laksa Sarawak yang pernah saya rasa, Laksa Sarawak di Thompson Corner, Tabuan Jaya, Kuching jugalah yang paling 'The Best'.  Bagi mereka yang sekadar ingin mencuba, boleh order laksa mangkuk kecil berharga RM3.50.  Manakala bagi penggemar fanatik Laksa Sarawak seperti saya, selalunya mesti order yang medium (RM5.00).  Bila budget lebih sikit, apa lagi Big Laksa ... Special Laksa mari! RM6.00 semangkuk bikin perut kenyang dan hati pun senang!

Tinggalkan sedikit kuah supaya tidak nampak gelojoh sangat
Sedap memang sedap, tapi sejak dari tahun 2003 hingga setakat Mei 2011 ini, belum pernah lagi saya mencatatkan sejarah melicinkan mangkuk laksa.  Mesti tinggalkan sedikit kuah supaya tidak nampak gelojoh sangat ^_^

Jadi, jika singgah di Kuching, jangan lupa singgah makan Laksa Sarawak di Thompson Corner, Tabuan Jaya.  Stall yang jual laksa pujaan hati saya ni dibuka seawal jam 7.00 pagi dari Selasa hingga Ahad, hari Isnin pula ditutup untuk sesi kira untung ...  mungkin ^_^

Dengar-dengar cerita kedai kopi, orang-orang yang datang KL pun kalau singgah di Kuching gerenti sanggup pergi 'tapau' Laksa Sarawak taukeh ni untuk dibawa balik ke KL.  Tapi mesti ingat, kalau datang lewat dari jam 10.00 pagi pada hujung minggu ... alamat telan air liur sajalah.  Sabtu dan Ahad pula merupakan hari yang paling sibuk, tapi setakat tunggu kira-kira 45 minit untuk semangkuk laksa ... itu No Problem bagi saya.  Memang sedap gilerrrrr!!!

HOT FM Kena Hack HOT FM 2 Menjelma

Facebook Fan Page HOT FM 2
Wah, rasanya memang betullah Facebook fan page HOT FM kena hack!  Baru sebentar tadi saya mendapati fan page HOT FM yang kena hack itu tidak dapat diakses lagi.  Kini fan page HOT FM 2 menjelma menggantikan fan page yang kena hack oleh oleh orang yang menggelarkan dirinya sebagai Jack Sparrow, salah seorang daripada anggota RileksCrew yang dikatakan kumpulan penggodam popular di Malaysia.

Setakat gambar di atas, HOT FM 2 baru mengumpul sejumlah 41 peminat berbanding jumlah terkumpul sebanyak 796,929 sebelum ini di fan page HOT FM yang telah menjadi mangsa hack.  Nampaknya, selepas menjadi mangsa hack, stesen radio HOT FM semakin HANGAT diperkatakan.

Si hackers, Jack Sparrow sepatutnya diberi penghargaan/anugerah kerana berjaya meningkatkan lagi populariti HOT FM.



Wednesday, 11 May 2011

Betulkah Fan Page Hot FM Kena Hacked?

Kejadian hacking dikatakan berlaku pada 10 Mei lepas sekitar jam 1.30am - 2.30am

Facebook fan page HOT FM kena hacked!  Ini info menarik yang baru saya perolehi semasa sesi blog walking sebentar tadi di blog Blog 4 Dead.  Difahamkan, FB fan page HOT FM ini telah digodam oleh orang yang menggelarkan dirinya sebagai Jack Sparrow, salah seorang daripada anggota RileksCrew yang dikatakan kumpulan penggodam popular di Malaysia.

Tetapi sejauh mana kebenarannya tidak pula diketahui, mungkin BETUL dan mungkin  juga sekadar GIMIK oleh stesen radio popular ini sempena promosi filem terbaru Pirates Of The Caribbean: On Stranger Tides yang bakal ditayangkan di pawagam pada 19 May ini.

Sekiranya betul FB fan page HOT FM kena hacked, sekurang-kurangnya ada juga penyeri kepada dunia hiburan tanah air.  Menariknya, si Jack Sparrow HOT FM ini mengendalikan fan page tersebut dengan cukup sopan, malah lebih 700,000 peminat HOT FM siap dihidangkan dengan ayat-ayat penuh motivasi.