| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Tuesday 17 May 2011

Konsep Jualan Murah Perdaya Pengguna

Jualan murah di Boulevard Shopping Mall
Saya dan si gaman ni memang sekali sekala akan mengisi masa lenggang dengan aktiviti 'window shoping' ni.  Rambang juga mata bila tengok promosi jualan murah sehingga diskaun 70%.  Tapi sejauh mana kebenaran diskaun yang diberikan itu, cuma mereka yang gemarkan aktiviti 'window shoping' sahaja yang tahu.  

Kalau mau tau, daripada aktiviti 'window shoping' juga la kami dapat mengesan bahawa ketika jualan murah, barangan bukannya diturunkan harga tetapi dinaikkan mengikut harga diskaun yang ditayangkan.  Jadi apabila ditolak dengan diskaun, pengguna tetap membayar pada harga yang sama seperti pada hari bukan jualan murah.

Pengalaman kami, cuma barang-barang berdiskaun 10% - 20% sahaja yang betul-betul menawarkan diskaun dalam erti kata sebenar.  Diskaun pada erti kata sebenar juga boleh diperolehi pada jualan penghabisan stok dan yang kualitinya sudah sedikit terjejas.  Jadi, untuk mengelak daripada terpedaya, konsepnya mudah sahaja, semua perniagaan berorentasikan keuntungan dan bukan kerugian ^_^




6 comments:

el said... [Reply]

betul tu! kadang2 bila tinduk harga dia asal sebelum diskaun tu pny mahal, padahal harga dia baru tu actually sama dgn harga diskaun. hehe.. kalau yg 70% tu besanya clearance stock tu kan..

Anonymous said... [Reply]

hi!! ^^
betul tu, pernah dengar juga pasal tu.. tp.. tetap juga rambang mata ni kalau ternampak sal2 gitu.. haha.. susah!

Jaw @ MyGamanBorNeo said... [Reply]

@sweetandspicy iya. kalau suda stock clearance tu paham2 sj la kualiti brg dia hehe

Jaw @ MyGamanBorNeo said... [Reply]

@germaine hahaha ... iya la susa jg kalu rambang mata. saya pun kdg2 main hentam sj hehehe

Fadzmie said... [Reply]

Memang teliti oh, sampai benda macam ni pun boleh detect. :) Kalau saya, saya tunggu yang penghabisan stok ja, sebab time tu yang betul-betul murah tu. Sebab ada kedai yang buat jualan penghabisan stok bukan sebab barang jualan kurang berkualiti, tapi sebab terlalu banyak persaingan yang buat jualan diorang kurang. Haha.

Jaw @ MyGamanBorNeo said... [Reply]

@Fadzmie Mohamad senang detect especially pakaian. ada masa ko pegi survey2 time sale & time bukan sale haha