| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Friday, 31 December 2010

Siri 2: Penutup tahun 2010

Gambar kenangan untuk 31 Dis 2010
"Bila semua yang dirancang tidak menjadi".  Tadi punya la semangat kami dua si gaman mau keluar jalan-jalan sebagai mengisi aktiviti sempena last day tahun 2010.  Terlebih dahulu kami mengambil kesempatan gambar kenangan semata-mata untuk dikongsikan dalam blog.

Toll
Orang kata, jauh perjalanan lagi luas pandangan jadi pada mulanyga kami bercadang untuk berkunjung membuang sedikit waktu di Muzium Kucing yang terletak di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), jadi kami memilih laluan bertol ... saja-saja mau mendermakan RM1.50.
 
Bulatan Datuk AmarAbang Haji Suleiman Bin Haji Taha
Malangnya sampai ke destinasi, Muzium Kucing ditutup kepada kunjungan orang ramai.  Sepatutnya time-time public holiday macam ini la di buka kepada umum ... buang masa ... buang minyak betul.

Bangunan ...
Hampa ... jadi kami mengambil keputusan untuk jalan-jalan cari makan dulu di McDonald, Batu 3 sementara memikirkan apa rancangan seterusnya.  Punya la tensen sebab terpaksa beratur panjang, mau pegi tempat lain malas juga ... akhirnya sampai juga giliran dengan berkat kesabaran beratur panjang dalam suasana yang agak sesak.  Suasana sesak ni bermakna hari ini semua orang malas mau masak di rumah.

Jalan raya sedikit sesak dengan kenderaan di Matang
Siap makan, konon-kononnya mau pegi tengok movie di Springs ... tapi lagi la teruk bila kereta terpaksa beratur panjang dan gara-gara tiada tempat parking terpaksa la kami dua si gaman membatalkan niat untuk menonton wayang.

Rancangan seterusnya, kami menuju ke BDC, konon-kononnya mau pegi main bowling pun berakhir dengan kehampaan bila dimaklumkan yang kami perlu menunggu kira-kira 1 jam 30 minit lagi untuk mendapatkan tempat ... mmmmm ... main pool saja la ... alalala ... pun tiada table kosong ... mau pegi mana lagi ???

Apa kata pegi cuci rambut untuk release tension ... tapi tiba di destinasi ... hampa juga bila salon yang kami kunjungi pun ramai customer ... tiada mood la mau tunggu lama-lama semata-mata untuk cuci rambut :(  huhhh ... mau cari salon lain pun tiada mood sudah ... Akhirnya bila semua yang dirancang tidak menjadi ... bagus balik rumah saja la.



 

Siri 1: Penutup tahun 2010

 

Hari ni hari ketujuh Krismas dan merupakan terakhir sebelum menjelangnya tahun baru 2011.  Seronoknya apabila hari ini diumumkan sebagai cuti umum sempena  meraikan kejayaan pasukan Malaysia memenangi Piala Suzuki.  Ketika ni kami dua si gaman masih merancang-rancang aktiviti untuk mengisi penutup tahun 2010 ... mungkin pergi jalan-jalan cari makan ... menonton wayang ... window shopping ... atau mungkin sekadar merayau-rayau tanpa tujuan ^_^ sambil merangka Azam Baru 2011 ... yang penting sempat juga saya update blog sebelum keluar rumah.



Model peti sejuk jenama LG

Ini merupakan antara tempat lepak si Putih ketika di dapur, memandangkan si Putih di haramkan daripada lepak di atas meja makan.
mmm .... ada benda baru di atas peti sejuk ni, ini mesti bakul bekas hamper krismas yang si gaman-gaman bawa balik dari opis
Posing dulu sebagai model peti sejuk jenama LG si gaman-gaman yang sudah berusia hampir 4 tahun.
Ini la muka model peti sejuk LG ... muka model macam ni boleh tarik perhatian pelanggan ka??? ... mmm ... macam tidak cukup meyakinkan pula ^_^
Boring .... boring .... boring .... bila la si gaman-gaman suruh turun ni
Akhirnya tamat juga sesi penggambaran untuk iklan peti sejuk LG milik si gaman-gaman ^_^



Thursday, 30 December 2010

Supernatural punya story

Lebih meminati watak Dean ^_^
  ... hari ni saya mau berkongsi pengalaman mengenai kisah ala-ala supernatural la kononnya ^_^ tapi ini tiada kaitannya dengan drama bersiri SUPERNATURAL yang ditayangkan setiap Selasa jam 11.05pm.  Walaupun saya ni memang peminat setia drama bersiri ni ... tapi tidak la sampai terbawa-bawa watak dan cerita yang dipaparkan dalam kehidupan realiti.

Ada orang kata hantu itu wujud .... ada juga pendapat mengatakan bahawa hantu itu tidak wujud tetapi stress, keletihan dan kecelaruan minda boleh menyebabkan otak salah mentafsir bunyi atau benda di sekitar kita.  Sejauh mana kebenaran kedua-dua pendapat ini terpulang kepada individu itu sendiri.

Berbalik kepada pengalaman saya sendiri ... biasanya kisah-kisah seram ni saya cuma dengar daripada  rakan dan anggota keluarga yang pernah mengalami benda-benda pelik ni.  Selalunya kita yang mendengar pengalaman kisah seram orang lain ni akan lebih takut daripada orang yang mengalaminya.

Rabu lepas, rakan sekerja ambil cuti sakit ... jadi saya sorang-sorang saja la dalam opis, maklumlah cuma kami berdua saja pekerja di pejabat operasi Kuching ni, HQ kami di KL.  Suasana tidak la sunyi sangat sebab di bawah memang ada kedai makan yang sentiasa sibuk dan terdapat juga bengkel kereta yang setiap hari mengeluarkan bunyi bising.  

... dan dalam sibuk-sibuk buat artikel ... tiba-tiba saja suasana bertukar sunyi senyap dan ada suara menyeramkan memanggil nama saya "Linnnn" di tepi sebelah kiri.  Terhenti seketika pergerakan saya ... terutama apabila suara tersebut menyerupai suara rakan sekerja yang sedang cuti ... bulu roma pun meremang 

... tapi kira ada macam karakter watak hero supernatural sikit, saya beranikan diri juga cek bilik sebelah dan cek di luar pintu opis ... mana la tau memang ada si kawan datang ... tapi memang sah saya sorang saja bah dalam opis, jadi suara siapa juga yang saya dengar tadi???  Apa lagi belum cukup jam habis kerja saya terus cabut keluar dari opis ... memang terketar-ketar mengunci pintu ... rasa mau menangis pun ada juga tapi kira kuat semangat juga la saya ni ^_^ sampai dalam kereta saya terpaksa bertenang dulu dan tarik nafas dalam-dalam sebelum memandu.

Sebenarnya, ini bukan kali pertama saya mengalami peristiwa seram macam ni di opis kami ... pertama kali berlaku kira-kira dalam bulan April bila saya mendengar bunyi nafas dekat telinga sebelah kiri semasa dalam tandas, time tu pun memang sorang-sorang juga sebab saya balik lewat sikit.  Lepas tu saya apa lagi memang terus bergegas keluar.

Kali kedua ... berlaku sekitar bulan Julai atau Ogos.  Time tu sorang diri juga sedang cuci kontena bekal di bahagian dapur ... tiba-tiba bulu roma meremang dan dengar bunyi suara "Pstttt" di tepi sebelah kiri juga ... dan saya pun cepat-cepat keluar dari opis lepak di kedai bawah tunggu si kawan datang baru la berani naik opis.  Masa baru masuk kerja dulu, memang si kawan ada cerita pasal pengalaman seram dia sendiri dan 2 orang bekas pekerja sebelum saya.

Pengalaman kali ketiga ini la yang membuatkan saya ambil MC hari ni ... rasa kurang sihat sikit mungkin gara-gara takut ... syukur jugalah esok diumumkan sebagai cuti umum sempena kejayaan pasukan Malaysia memenangi Piala Suzuki.  Isnin nanti saya akan kembali bekerja seperti biasa.



PautanAku & penulisan | Gempa bumi di pejabat !!! | Aku & Beg Sikut | Tempias bonus hari raya | Yay !!! dapat sambung kontrak kerja | Supernatural punya story | Bila Discourage saya akan ... |




Tuesday, 28 December 2010

Christmas moment

On the first day of Christmas,
my true love sent to me
A partridge in a pear tree.
 

On the second day of Christmas,
my true love sent to me
Two turtle doves,
And a partridge in a pear tree.
On the third day of Christmas,
my true love sent to me
Three French hens,
Two turtle doves,
And a partridge in a pear tree.

On the fourth day of Christmas,
my true love sent to me
Four calling birds,
Three French hens,
Two turtle doves,
And a partridge in a pear tree.


Friday, 24 December 2010

Pokok Krismas 2010


Last minute christmas preparation punya cerita ... akhirnya sempat juga saya beli pokok krismas, maklumlah pokok krismas yang setinggi kira-kira1.5 meter yang dulu sudah patah gara-gara si Putih.  Jadi kali ni beli yang simple, cute & cheap ^_^ ... dengan ketinggian kira-kira 35 cm, boleh la dijadikan sebagai sedikit penyeri rumah sempena krismas 2010 ni dan sebagai azam untuk 2011 ... saya mau simpan baik-baik pokok krismas comel ni untuk digunakan pada krismas pada tahun-tahun seterusnya ... kalau boleh diturunkan ke generasi yang akan datang ... cewah ... MERRY CHRISTMAS & HAPPY NEW YEAR 2011






Thursday, 23 December 2010

Temankan JUMAAT biarpun SABTU ni KRISMAS

christmas-desi-glitters-20

... AHAD bagi tau si ISNIN, suruh cari si SELASA, takut tidak jumpa si RABU, sebab sudah janji dengan si KHAMIS, yang saya mesti temankan si JUMAAT biarpun SABTU ni KRISMAS .... huwaaaaa :(

Jeles betul bila tengok wall post kawan-kawan Facebook yang seronok memperkatakan tentang KRISMAS ... cuti KRISMAS ... pokok KRISMAS ... hiasan KRISMAS ... hadiah KRISMAS ...  baju baru KRISMAS ... biskut dan kek KRISMAS ... rumah terbuka KRISMAS ... semuanya pasal KRISMAS ... 

...  ... saya pula lain ceritanya, sebarang persiapan KRISMAS pun tiada.  Malah Khamis ni pun masih kerja, Jumaat pun kena kerja juga ... maklumlah gara-gara cuti 4 hari untuk tempoh kontrak 6 bulan sudah habis.  Mau ambil cuti tanpa gaji pun susah sebab bulan lepas sudah ambil cuti tanpa gaji 1 minggu, lagi pula ... Disember sampai pertengahan Januari tahun depan sibuk betul dengan kerja-kerja penulisan artikel kemas kini untuk 68 tapak.

Walau apa pun ...  tanpa cuti KRISMAS ... tanpa pokok KRISMAS ... tanpa hiasan KRISMAS ... tanpa hadiah KRISMAS ...  tanpa baju baru KRISMAS ... tanpa biskut dan kek KRISMAS ... tanpa rumah terbuka KRISMAS ... KRISMAS TETAP BERMAKNA




Saturday, 18 December 2010

Kisah di hujung minggu di bulan krismas

Inilah kisah si Putih di hujung minggu di bulan krismas ni.  Sibuk-sibuk kami dua si gaman membersihkan halaman belakang rumah yang subur dengan rumput rumpai ... si Putih pun tidak mau ketinggalan menyibuk.  Lagi pula memang si Putih ni memang suka menyibuk mau join apa saja aktiviti kami si gaman di luar rumah.
Sempat juga si Putih terintai-intai bila dengar bunyi suara jiran kami yang meriah satu alam ... nasib baik saya sempat menyorok di tepi rumah ^_^ terpaksa la si gaman yang melayan isteri dan anak jiran kami yang busy body tu hehehe ...
Si gaman sibuk menebas rumput ... saya sibuk mencabut rumput ... si Putih pun sibuk juga ... entah apa juga yang dicarinya.
Best juga bila tengok karenah si Putih ni ... nasib baik sempat juga ambil kamera untuk rakam aksi-aksi menarik dia ... ni gerenti sedang berlatih untuk memburu.
Nampaknya masih tidak berganjak lagi si Putih ni dari tempat tadi ... entah apa juga yang menarik perhatian dia.  Di larang pijak kotor pun tidak mau dengar ... apa lagi ...
Nah ... macam ni la muka si Putih bila di marah ... buat muka kesian ...



Riadah di hujung minggu di bulan krismas

Si gaman menebas rumput yang subur  ^_^
Tidak ingat lagi bila kali terakhir kami dua si gaman meluangkan masa untuk beriadah membersihkan halaman depan dan belakang rumah ... biasanya sebulan sekali kami cuma mengupah orang untuk memotong rumput, maklumlah hidup di kawasan hampir dengan bandaraya ni sebenarnya lebih banyak menghabiskan masa di tempat kerja dan membuang masa di dalam kesesakan jalan raya ... kadang-kala boleh dikatakan rumah cuma menjadi tempat berehat.  

Action!!! ... membersihkan tapak semaian sayur dan bunga ... si Putih pun ikut menyibuk
Biasanya, rutin harian kami dua si gaman ... kami akan turun kerja ketika matahari baru sahaja terbit  dan balik dari kerja setelah matahari terbenam setiap hari dari Isnin hingga Jumaat.  Sementara hari Sabtu dan Ahad biasanya digunakan sekali sekala untuk merayau-rayau dan di kebanyakan masa pula digunakan untuk bermalas-malas di rumah dan menghabiskan masa bersama si Putih ... tapi petang tadi memandangkan cuaca baik ... mood pun baik ... jadi saya dan si gaman pun mengambil kesempatan "beriadah sambil bersenam  di hujung minggu di bulan krismas" ini untuk membersihkan halaman rumah yang sudah lama tidak dijenguk.  Paling best, si Putih pun pandai ikut menyibuk ....
 
Tapak semaian selepas dibersihkan ^_^ hari ni kami cuba menyemai benih labu, petola dan kacang panjang ... harap-harap sejuk la tangan kami dua si gaman sebab biasanya tangan kami ni kalau tanam sayur memang jarang hidup, kalau tanam bunga .... serahkan saja pada kami ^_^

Ini nama dia kalau inda salah ... orang panggil kacang belimbing.  Hasil pertamanya sudah di tuai baru-baru ni, masak dengan ikan bilis/pusu.  Tapi yang ni bukan kami dua si gaman yang tanam ^_^ sayur ni indai yang tanam.
Bergambar kenangan selepas penat membersihkan halaman rumah

Cewah ... pandai juga si Putih ikut posing bergambar bersama kami




Friday, 17 December 2010

Mimpi ... mainan tidur atau petunjuk???

Mimpi ... mainan tidur atau petunjuk???
Walaupun tidak sabar-sabar lagi menanti menjelangnya krismas, tapi  sebenarnya semakin hampir krismas, semakin resah pula rasa hati ... mmm ... mungkin gara-gara mimpi buruk yang saya alami kira-kira dua bulan lepas.  Orang selalu kata mimpi itu mainan tidur, tapi rasanya sesiapa pun akan resah bila mimpi salah seorang yang kita sayangi akan pergi ... lebih-lebih lagi bila dalam mimpi tu terselit tarikh kejadian yang bakal berlaku.

Sekarang sudah 17 Disember ... dalam mimpi ... ada anggota keluarga yang akan pergi buat selama-lamanya pada 23 Disember dan akan dikebumikan pada 25 Disember.  Huhhh ...  kalau diimbas kembali memang macam real saja mimpi tu ... dan saya terjaga pun gara-gara si gaman kasi kejut bila dia terdengar saya menangis dalam tidur ... lepas terjaga dari mimpi pun saya masih lagi sambung menangis untuk beberapa minit, maklumlah masih terkesan dengan mimpi buruk.  

Tapi saya percaya bahawa mimpi itu merupakan petunjuk dari Tuhan bagi mengingatkan saya supaya terus kuat berdoa untuk seluruh anggota keluarga saya baik di mana mereka berada.  Semoga Tuhan memberkati seluruh anggota keluarga saya dengan kesihatan yang baik walau di mana mereka berada.  Amen.



Wednesday, 15 December 2010

Pokok krismas dianggap suci???


pokok krismas adalah pokok yang dianggap suci???
Tajuk berita “Pokok Krismas Cetus Kemarahan” yang menghiasi muka depan akhbar tempatan Utusan Borneo hari ini berjaya memancing perhatian saya untuk membaca keseluruhan isi kandungan berita tersebut ... maklumlah aura krismas semakin kuat.  Berita tersebut melaporkan mengenai tindakan salah satu NGO yang membina pokok Krismas dengan menggunakan tin minuman keras telah membangkitkan rasa marah penganut Kristian.   Berita ini turut dipaparkan di http://www.theborneopost.com/?p=80527

Bagi mereka yang sensitif mungkin akan terkilan dengan tindakan tersebut kerana ia seolah-olah memberikan gambaran negatif mengenai sambutan krismas. Mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Jimmy Anye Imang ... ada baiknya juga beliau membidas tindakan NGO terbabit.  Bagaimanapun, saya rasa kenyataan beliau yang mengatakan “pokok krismas adalah pokok yang dianggap suci” agak tersasar dari maksud krismas yang sebenar.

Pengertian krismas tidak terletak pada pokok krismas, santa claus, hadiah krismas, rumah terbuka dan sebagainya ... dan saya tidak pernah terbaca di bible dan mendengar khotbah-khotbah di gereja yang mengatakan pokok krismas dianggap suci.  Jadi krismas nanti  kita semua yang kurang memahami maksud krismas ... jangan lupa pergi gereja untuk belajar maksud krismas yang sebenar.  Renung-renungkan dan selamat beramah.



Saturday, 11 December 2010

Have Yourself A Merry Little Christmas

Google Pix

... 11 ... 12 ... 13 ... 14 ... 15 ... 16 ... 17 ... 18 ... 19 ... 20 ... 21 ... 22 ... 23 ... 24 ... CHRISTMAS ... tinggal 14 hari lagi sebelum krismas ... rasa sayu saja hati bila dengar lagu "Have Yourself A Merry Little Christmas".  Lagu yang diberi nafas baru oleh kumpulan Coldplay ni saya tujukan kepada siapa-siapa yang jauh di perantauan dan tidak dapat menyambut krismas bersama keluarga tersayang pada tahun ini.
 



Have Yourself A Merry Little Christmas

Have yourself a merry little Christmas,
Let your heart be light
From now on,
Our troubles will be out of sight
Have yourself a merry little Christmas,
Make the Yule-tide gay,
From now on,
Our troubles will be miles away.

Here we are as in olden days,
Happy golden days of yore.
Faithful friends who are dear to us
Gather near to us once more.

Through the years we all will be together
If the Fates allow
Hang a shining star upon the highest bough.
And have yourself a merry little Christmas now.




Thursday, 9 December 2010

Krismas & kawan baru si Putih

Nampaknya si Putih macam tidak selesa dengan kawan barunya

Rasanya agak lama juga saya tidak menceritakan perkembangan terkini mengenai kucing kesayangan saya dan si gaman, siapa lagi kalau bukan si Putih.  Terkini, si Putih sekarang sudah ada dua ekor kawan baru iaitu dua ekor kura-kura kecil yang dibawa khas dari Rumah Panjang Peligong, Saratok.  Pendek kata  dua ekor kura-kura ini bolehlah dianggap sebagai hadiah krismas untuk si Putih ^_^ Tapi nampaknya si Putih macam tidak selesa saja dengan kawan barunya, maklumlah dari spesies yang berlainan dan paling penting terdapat masalah komunikasi ^_^

Kura (kiri) & Senit (kanan)
 Memandangkan si Putih pun ada nama, jadi dua ekor haiwan peliharaan yang baru ni pun kami dua si gaman kasi nama yang special sikit ... yang kepalanya terjulur keluar tu kami panggil si Kura dan yang pemalu di sebelah kanan tu pula kami panggil si Senit.  Kedua-dua nama mereka ni bermakna haiwan yang bernama kura-kura ... dalam bahasa Iban, kura-kura dipanggil Kura sementara dalam bahasa KadazanDusun, kura-kura dipanggil Senit ^_^




Wednesday, 8 December 2010

17 hari sebelum krismas

Gambar kenangan pada Krismas 2008
Sekarang sudah 8 Disember, tinggal 17 hari lagi sebelum menjelangnya sambutan krismas bagi tahun 2010.  Nampaknya sekali lagi saya tidak berpeluang untuk menyambut krismas bersama keluarga di Beluran berikutan cuti tahunan sudah habis digunakan dan ada perkara yang menghalang saya mengambil cuti tanpa gaji.  Ketika ini cuma berharap agar keajaiban terjadi. 



Thursday, 2 December 2010

Sayur Bungkus



Bahan-bahan:
70 gm bunga kubis - dipotong kecil
70 gm brokoli
1 batang lobak merah
6 biji cendawan butang
6 biji sengkuang cina
8 keping cendawan kering
4 keping tauhu goreng
1 keping fucuk - direndam hingga kembang


Bahan-bahan Perisa:
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
2 sudu besar gula
1/2 mangkuk air atau air rebusan ayam
Garam dan serbuk lada sulah secukupnya
1 sudu besar tepung jagung

Cara Menyediakan:
1. Panaskan dua sudu besar minyak di dalam kuali dan masukkan kesemua jenis sayur kecuali kepingan fucuk. Masukkan bahan-bahan perisa kecuali tepung jagung dan masak dengan api yang perlahan selama 10 minit. Angkat dan ketepikan.
2. Fucuk dilap kering kemudian dibentangkan di dalam mangkuk. Masukkan sayur yang digoreng tadi dan bungkus hingga kemas kemudian kukus selama 10 minit.
3. Alihkan bungkusan sayur ke dalam pinggan kemudian potong menyilang di bahagian atas sebelum dilipatkan keempat-empat penjurunya ke bawah.
4. Jerang air rebusan ayam hingga mendidih dan masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh dengan sedikit air supaya tidak berketul. Bila kuah menjadi pekat, tuangkan ke atas sayur dan hidang.  Sumber:  www.sajionline.com 



Sayur Campur Berempah



Bahan-bahan:
2 biji kentang - dibelah lapan
1 batang lobak merah - dihiris panjang
2 biji tomato - dibelah empat
10 tangkai kacang buncis - dipotong panjang
1 labu bawang besar - dihiris melintang
2 cm halia - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
Garam secukup rasa
1 sudu besar serbuk kari daging
1 tangkai daun kari
1 tangkai cili merah

Cara Menyediakan:
1. Goreng kentang hingga 3/4 masak.
2. Tumis halia cincang dan bawang putih hingga kekuningan. Masukkan pula bawang besar dan balik-balikkan sehingga bertukar warna perang muda.
3. Masukkan kacang buncis dn lobak merah, kacau sehingga hampir masak. Campurkan serbuk kari dan renjiskan sedikit air.
4. Masukkan kentang diikuti tomato, daun kari serta garam, kacau hingga bercampur rata. Sendukkan ke dalam pinggan hidang, hias dengan cili merah dan hidangkan untuk makan malam atau tengah hari.  Sumber:  www.sajionline.com



Tauhu Goreng Halia



Bahan-bahan:
5 keping tauhu - dibersihkan dan dipotong 4
3 cm halia muda - dihiris nipis
1 ulas bawang putih - dihiris
3 tangkai daun bawang - dikerat 2 cm
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
1/2 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak secukupnya dan goreng tauhu sehingga kuning keemasan. Angkat dan tuskan minyaknya.
2. Panaskan dua sudu besar minyak dan tumiskan halia muda, serta bawang putih. Kacau sehingga bawang layu dan masukkan sos tiram, kicap, garam, gula, air dan tauhu. Kacau sehingga rata.
3. Tepung jagung dibancuh dengan sedikit air supaya tidak berketul kemudian dituangkan ke dalam masakan. Masukkan daun bawang, kacau sehingga rata dan angkat.  Sumber:  www.sajionline.com



Monday, 22 November 2010

In Loving Memory Of Itak


Sudah 22 hari Oktober berlalu meninggalkan kita dan sedar tidak sedar hanya tinggal sembilan hari lagi November bakal melabuhkan tirainya dengan mempelawa Disember mengambil alih detik 31 hari sebelum menjelangnya tahun baru 2011.

Kesibukan dengan kerja-kerja penulisan laman web komuniti sepanjang Oktober hingga awal November lepas membuatkan saya terlalai seketika dengan waktu.  Bukan sahaja tidak sempat meluangkan masa untuk mengemaskini blog dengan cerita-cerita baru tetapi juga terlalai meluangkan masa berkualiti untuk diri sendiri dan keluarga.


Gambar kenangan
Macam orang selalu kata, di sebalik suka pasti ada duka ... pada saat duka menjelmakan diri baru kita sedar bahawa banyak perkara yang kita lupa dan terlalai.  Pemergian anak buah si gaman pada 8 November lepas menyedarkan saya bahawa hidup begitu singkat sekali.  Seluruh anggota keluarga si gaman termasuk saya cukup terkejut dan tidak menyangka bahawa Itak telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. 

Walau pun Itak membesar sebagai orang kurang upaya berikutan sejarah kesihatan yang memerlukannya bergantung kepada ubat sejak dari kecil, Itak merupakan seorang insan yang cukup bertuah kerana sepanjang hidupnya dilimpahi dengan perhatian dan kasih sayang daripada seluruh anggota keluarganya.

Paling menyayat hati apabila melihat ibu itak dan indai yang begitu banyak mendedikasikan hidup mereka untuk merawat dan melayan itak sejak dari kecil nampaknya harus menerima kenyataan bahawa kini tanggungjawab tersebut hanya  untuk setakat 26 tahun sahaja.  Untuk Itak Rest In Peace.

20 Feb 1984 - 8 Nov 2010




Sunday, 24 October 2010

Hari Ibu dan Anak

Hari yang dilalui dengan penuh keseronokan & kenangan manis bersama mama & adik perempuan ku  di Taman Orkid DBKU pada 9 Oktober lepas.
Gambar-gambar yang diambil oleh jurugambar amatur kami iaitu si gaman rasanya sudah cukup untuk menceritakan betapa enjoynya kami ^_^
Paling penting, hari tersebut merupakan hari dalam sejarah ... sebab buat pertama kalinya saya, mama dan si cap kipas udang berpeluang merakamkan  begitu banyak gambar kenangan bersama.  Paling best, mama pun terpaksa ikut juga gelagat dua anak perempuannya ^_^