| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Thursday, 15 September 2011

Semanis Rasa Semanis Memori Bun Kacang Merah

Bun Kacang Merah
Bun kacang merah untuk minum petang tadi, mengingatkan saya kembali kepada zaman kanak-kanak kami lima beradik pada sekitar tahun 80-an. Seingat saya, pada ketika itu sebungkus mengandungi empat biji bun bersaiz besar cuma berharga $1.00 (masa tu belum guna simbol RM lagi).  Kehidupan pada ketika itu tidak seperti sekarang, jadi bun kacang merah sudah lebih daripada cukup untuk menggembirakan kami adik-beradik.  Sekarang, walaupun sebungkus (6 biji bersaiz kecil) berharga RM2.60, rasanya masih tetap seenak dahulu kerana setiap kunyahan memutarkan kembali kenangan zaman kanak-kanak dahulu. 




0 comments: