| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Wednesday 25 January 2012

Flash Mob Gaya Malaysia Oleh Malaysia Airlines

Klik untuk menonton flash mob gaya Malaysia
Setiap hari ada sahaja perkataan baharu yang saya dengar atau terbaca, terkini ialah perkataan "Flash Mob".  Apa itu "flash mob"?  Mmmmm ... selepas menonton video Malaysia Airlines Missing You Flashmob at KLIA baru saya tahu bahawa "flash mob" itu merupakan persembahan pendek melibatkan sekumpulan penghibur di tempat awam.  "Flash mob" kini juga menjadi trend pengiklanan yang semakin popular di seluruh dunia

Malaysia Airlines pada 14 Januari lepas telah mengadakan persembahan "flash mob" atau kejutan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) sebagai program sambutan Tahun Baru.  Persembahan "flash mob" tersebut bertemakan "Missing You", melibatkan kira-kira 200 penyanyi dan penari.

Mereka membuat persembahan 10 minit dengan medley lagu-lagu popular dalam pelbagai bahasa dan rutin tarian semasa penumpang tiba di KLIA keluar ke balai ketibaan.  Flash mob Malaysia Airlines itu telah dipersembahkan oleh bakat-bakat dari Enfiniti Production.

**Sorry, campaign period is now over, and all link has been removed.

2 comments:

Willie a.k.a Reptoz said... [Reply]

Flash mob tu idea orang putih. Kimora pun ada buat. Tujuan nya sebenarnya nak org ikut menari dan supaya tumpuan org di situ di satu tempat. Tapi kalau tiada org ikut, kira 20 percent gagal jugak.

Jaw @ MyGamanBorNeo said... [Reply]

@Willie a.k.a Reptoz owh .. salah satu tujuan dia supaya public ikut menari rupanya. Adedeiii ... kalau setakat di M'sia memang payahlah mau buat flash mob ni berjaya sebab rata2 suka tengok saja.