| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Tuesday, 31 July 2012

Singgah Berkunjung Ke Tagal Sungai Moroli

30 Mei lepas, dalam perjalanan balik dari Tambunan -Beluran, saya bersama adik lelaki dan dua anak buah saya berperluang singgah berkunjung untuk ke Tagal Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau. 

Ambil gambar kenangan-kenangan dulu sementara tunggu giliran masuk
Sebenarnya, sudah lama saya menyimpan impian untuk ke sini sejak membaca kisah di sebalik sistem tagal Sungai Moroli ni dipaparkan dalam Majalah Dewan Masyarakat (lupa pula keluaran bila).  

Tiket - RM5 (rendam paras lutut) / RM10 (rendam seluruh badan)
Jadi kalau datang berkunjung ke Sabah, jangan lupa singgah di sini ... memang best! biarpun rendam setakat lutut saja.  KLIK di sini untuk maklumat lanjut.

Masuk saja kaki dalam air ... ikan terus berkerumun

Ambil gambar dulu baru saya kasi kamu urang makan :)

Bagi ikan makan dulu

Best! ikan-ikan semua jinak

Kiss my hand ...

Siuk!!!

Posing dulu bersama anak-anak buah

Rendam kaki paras lutut pun jadi la ...

Ikan apa ni?

Antara pengunjung Sungai Moroli, Kg.Luanti

Gerai cenderahati


Saturday, 21 July 2012

Jalan-Jalan Cari Makan @ Bazaar Ramadan Desa Ilmu

Perkara yang paling saya nanti-nantikan pada setiap menjelangnya puasa ialah bazaar ramadan sebab pada ketika inilah puding karamel kegemaran saya mudah diperolehi dan boleh dikatakan hanya setahun sekali sajalah saya berpeluang makan puding karamel ni ... dan rasanya lebih umpphhh!!!

Puding Karamel RM1.50 satu
Bazaar ramadan di Desa Ilmu tahun ini diadakan di lokasi baharu iaitu di lapangan kosong berhadapan dengan KFC (tapak selalu diadakan fun fair).  Lokasi kali ini lebih strategik dan mudah untuk mencari tempat parking kereta berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Roti John RM3.50 satu
Hari pertama bazaar ramadan dibuka, boleh tahan juga kesesakan orang ramai berpusu-pusu membeli pelbagai juadah untuk berbuka puasa.  Sementara, kami-kami yang bukan muslim pun turut sama menyesakkan suasana sambil-sambil membantu menjana ekonomi setempat.

Ayam percik RM3.00 satu
Kalau sebelum-sebelum ni, kami dua si gaman cuma akan membeli puding karamel, roti john serta sedikit kuih-muih, tapi kali ini budget tersasar sedikit gara-gara ayam percik dan sambal terung. 

Sambal terung RM3.00
Memang bikin lapar owh bila tengok lauk-pauk di sini.  Rasa ayam percik dan sambal terungnya ... fuyooo ... terbaik! ... apa-apapun saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan yang beragama Islam.

Karipap & Popia RM 2.30

Thursday, 19 July 2012

Dejavu di Kinabalu: Amar vs Bazli

Siapa Pilihan Nadira (Tiz Zaqyah) pada episod akhir drama ini?
Ada sesiapa peminat drama Dejavu di Kinabalu?  Saya sekarang ni tidak sabar lagi menunggu episod akhir drama slot Akasia ini.  Biarpun tidak menonton drama Dejavu di Kinabalu dari episod awal tapi tidak sangka pula drama ni mampu menarik minat saya dan si gaman untuk terus mengikuti perkembangan cerita di setiap episod.

Lebih-lebih lagi si Aqasha yang berlakon ♥‿♥ Saya ni bukanlah peminat setia Aqasha tapi saya suka cara lakonannya yang nampak natural dan bersahaja.  Nazim Othman pula, biarpun selalu juga tengok dia berlakon dalam drama-drama lain sebelum ni tapi rasanya watak Bazli yang dibawa pada drama kali ini betul-betul berkesan.

Lebih menarik lagi, penonton diberi kuasa menentukan siapakah pilihan cinta hati Nadira di penghujung drama bersiri ini.  Mereka boleh mengundi A untuk watak Ammar atau B untuk watak Bazli menerusi mesej pesanan ringkas (SMS) dengan menaip: Dejavu A atau B dan hantar ke 33399 bermula 16 Julai ini jam malam sehingga 26 Julai jam 8 malam.  Keputusan undian ini dengan menonton episod akhir drama bersiri ini pada 2 Ogos.

Watak utama Ammar tapi saya menghantar undian untuk Bazli.  Alasan ... saya percaya dalam kehidupan realiti, lelaki terbaik adalah seperti watak Bazli yang bukan sahaja setia tetapi juga sanggup berkorban dan berani mengaku kesilapan.  Jadi joinlah saya mengudi Bazli hehehe ♥‿♥

Friday, 13 July 2012

Bila Line Internet Slooowww ... Kamu Urang Stress Ka?

Tuesday, 10 July 2012

Jalan-Jalan Sanaaaa Ranau

Biasanya kalau saya balik guna flight setakat dari Kuching - Kota Kinabalu dan seterusnya menggunakan jalan darat dari Kota Kinabalu - Beluran, wajib singgah sebentar di Pekan Ranau untuk berehat dan makan tengahari.

Menuju masuk ke Pekan Ranau
Balik menggunakan jalan darat pada 30 Mei lepas, saya berkesempatan mengambil gambar pekan yang terletak di laluan bahagian pantai barat Sabah menuju ke bahagian Sandakan ini bertujuan untuk dikongsikan di blog.

Bulatan/round about comel di pekan Ranau
Perkara yang saya suka di pekan Ranau ini ialah pembangunanannya yang terancang serta kebersihan pekannya.  Saya fikir, lokasi strategiknya sebagai tempat persinggahan merupakan faktor utama penyumbang kepada pembangunan ekonomi di pekan ini. 

Sempat lagi singgah kedai hardware cari waxed cotton cord
Banyak lagi yang menarik di pekan ini tapi masa sangat suntuk untuk berada lebih lama di sini.  Bimbang hari gelap sebelum sampai ke Beluran.  Faham-faham sajalah jalan raya yang bengkang-bengkok bahaya dilalui pada waktu malam.

Signboard ucapan kaamatan daripada Datuk Masidi Manjun
Jadi kalau berkunjung ke Sabah, apa kata cuba pengalaman menggunakan jalan darat dari Kota Kinabalu ke Sandakan dan jangan lupa singgah di Ranau.  Pemandangan di sepanjang perjalanan juga cukup menarik dan pasti tidak akan menghampakan para pencinta alam.

Monday, 9 July 2012

Ikrar Untuk Melindungi Penyu Laut

Saya sudah menandatangani ikrar untuk melindungi hidupan liar seperti penyu laut.  Anda bagaimana?  Mari sertai saya menyokong Pledge to "Live Green" WWF Malaysia dengan menandatangani ikrar untuk tidak mengambil bahagian/telur penyu, serta menyokong pindaan undang-undang Malaysia untuk mengharamkan penjualan dan pengambilan semua telur penyu.  Hanya KLIK pada link di atas dan isikan ikrar anda pada ruangan Pledge to "Live Green".  Apa yang perlu cuma isikan nama penuh dan email anda.

**Sorry, campaign period is now over, and all link has been removed.


Sunday, 8 July 2012

My Mom's Best 1st Giveaway

KLIK di sini untuk sertai My Mom's Best 1st Giveaway
Blog My Mom's Best mengadakan 1st giveaway yang menawarkan lima hadiah yang sangat menarik untuk dimenangi dan membuatkan aku WANITA tidak mau ketinggalan untuk join.  Tarikh tutup pada 13 July 2012 at 11.59 p.m ini.  Antara syarat penyertaan ialah perlu tag lima rakan blogger.  Memandangkan hadiah yang ditawarkan merupakan barangan wanita, jadi saya TAG lima blogger wanita.

ANGLE, CINOI, NAZWA, ECHA,dan MIZZ COKI mari kita ramai-ramai join, mana tau bertuah untuk menang Orange legging, Laura Mercier Mascara, Palmer's Cocoa Butter Formula Massage Cream for Stretch Marks, e.l.f Duo Eye Shadow Cream 7102 Olive dan i nouvi cosmetics browcake 06814 charcoal.
 

Pencarian Super Bloglist 2nd Half Year 2012 by Blog Fadzmie

KLIK di sini untuk menyertai segmen pencarian super bloglist si Fadzmie
Tiga blogger bertuah akan menerima topup bernilai RM50.00 setiap seorang dalam cabutan random Pencarian Super Bloglist 2nd Half Year 2012 by Blog Fadzmie.  Saya harap saya la salah seorang yang bertuah itu ♥‿♥ Lumayan juga hadiah yang ditawarkan oleh si Fadzmie ni, jadi apa kata kita ramai-ramai mencuba nasib ... topup RM50 owh.
 
Rasanya semua syarat-syarat penyertaan sudah dibuat. FB fanpage sudah lama saya pegi LIKE, twitter pun sudah lama saya pegi FOLLOW.  Banner pun sudah ditampal bersama link.  Kalau link blog si Fadzmie pula memang sudah setahun lebih dalam blogroll.  Entri ringkas ... memang tunggu saya saja yang kasi stop saja ni.  
 
Bah, sekarang cuma perlu tinggalkan link di ruangan komen entri pencarian super bloglist si Fadzmie.  Lepas tu kena tunggu keputusan diumumkan pada 1 Ogos nanti.
 

Saturday, 7 July 2012

Laksa Sarawak + Yau Char Kuey

Kombinasi Terbaik Punya!!!
Selama ini saya cuma tahu Yau Char Kuey sedap dimakan begitu sahaja atau bersama sapuan kaya dan mentega.  Saya juga tahu kuih ni enak dinikmati bersama bubur panas dan bak kut teh, TAPI saya baru tahu bahawa  Yau Char Kuey sangat sedap dinikmati bersama Laksa Sarawak.  Huh!!! ... memang sedap.  Daripada siapa saya tahu?  Taukeh laksa yang bagi tau ♥‿♥

Friday, 6 July 2012

Rumah Setinggan Si Putih

Lama tidak update perkembangan terbaharu si Putih.  Ini dia si Putih di rumah setinggannya selepas sembuh daripada selsema teruk selama dua minggu.  Tapi kotak ni terpaksa dibuang sebab buat semak mata memandang saja, sudah namanya rumah setinggan kan ... sampai waktu akan dirobohkan.  Sorry Putih ♥‿♥









Monday, 2 July 2012

Kempen "Pet Adoption & Neutering"

20 Jun lepas saya berkesempatan berkunjung ke Pet Adoption & Neutering Campaign for MBKS Residents bertempat di perkarangan letak kereta pasar Stutong.  Kebetulan lalu di sana jadi apa salahnya singgah sebentar.

Pet Adoption & Neutering Campaign
Tersentuh juga hati bila melihat anak-anak anjing yang tidak bertuan ni,  tapi saya ni lebih sukakan kucing sebab kucing lebih mudah dipelihara dan boleh dibiarkan bebas bergerak dalam rumah berbanding anjing.

Local puppy
Masa tiba di sini sekitar jam 3 petang, cuma terdapat beberapa ekor anak anjing dan kucing dewasa yang dipamerkan.  Berkemungkinan sebahagiannya sudah diangkat menjadi haiwan peliharaan.

Kucing dewasa
Saya tertarik sangat dengan yang seekor ni, tapi niat terpaksa dibatalkan sebab saya sudah ada si Putih di rumah.  Si Putih ni pantang kalau nampak kucing dewasa lain gerenti bergaduh.  Si Putih cuma boleh berkompromi dengan anak kucing saja ♥‿♥

Comel