| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Showing posts with label Blog Tag Challenge/Contest/GiveAway. Show all posts
Showing posts with label Blog Tag Challenge/Contest/GiveAway. Show all posts

Sunday, 8 July 2012

My Mom's Best 1st Giveaway

KLIK di sini untuk sertai My Mom's Best 1st Giveaway
Blog My Mom's Best mengadakan 1st giveaway yang menawarkan lima hadiah yang sangat menarik untuk dimenangi dan membuatkan aku WANITA tidak mau ketinggalan untuk join.  Tarikh tutup pada 13 July 2012 at 11.59 p.m ini.  Antara syarat penyertaan ialah perlu tag lima rakan blogger.  Memandangkan hadiah yang ditawarkan merupakan barangan wanita, jadi saya TAG lima blogger wanita.

ANGLE, CINOI, NAZWA, ECHA,dan MIZZ COKI mari kita ramai-ramai join, mana tau bertuah untuk menang Orange legging, Laura Mercier Mascara, Palmer's Cocoa Butter Formula Massage Cream for Stretch Marks, e.l.f Duo Eye Shadow Cream 7102 Olive dan i nouvi cosmetics browcake 06814 charcoal.
 

Pencarian Super Bloglist 2nd Half Year 2012 by Blog Fadzmie

KLIK di sini untuk menyertai segmen pencarian super bloglist si Fadzmie
Tiga blogger bertuah akan menerima topup bernilai RM50.00 setiap seorang dalam cabutan random Pencarian Super Bloglist 2nd Half Year 2012 by Blog Fadzmie.  Saya harap saya la salah seorang yang bertuah itu ♥‿♥ Lumayan juga hadiah yang ditawarkan oleh si Fadzmie ni, jadi apa kata kita ramai-ramai mencuba nasib ... topup RM50 owh.
 
Rasanya semua syarat-syarat penyertaan sudah dibuat. FB fanpage sudah lama saya pegi LIKE, twitter pun sudah lama saya pegi FOLLOW.  Banner pun sudah ditampal bersama link.  Kalau link blog si Fadzmie pula memang sudah setahun lebih dalam blogroll.  Entri ringkas ... memang tunggu saya saja yang kasi stop saja ni.  
 
Bah, sekarang cuma perlu tinggalkan link di ruangan komen entri pencarian super bloglist si Fadzmie.  Lepas tu kena tunggu keputusan diumumkan pada 1 Ogos nanti.
 

Saturday, 23 April 2011

Big Give Sahabat Contest


Selalunya, rakan-rakan blogger akan tag saya untuk menyertai mana-mana contest tapi kali ini, saya sendiri terjumpa dengan satu contest menarik iaitu Big Give Sahabat Contest yang dianjurkan oleh cikgu Sudirman Abdul Rahman.  Syarat utama untuk menyertai contest ini mudah sahaja, anda cuma perlu bercerita mengenai SAHABAT.  Sesiapa yang berminat untuk menyertai contest ini, sila klik pada gambar di atas untuk maklumat lanjut.

Bila bercakap mengenai kawan, sama seperti orang lain saya juga berkawan dengan ramai orang dan mempunyai pelbagai jenis kawan dengan macam-macam karenah.  Tetapi, bila menyentuh soal sahabat pula, saya mentafsirkan 'sahabat' sebagai seseorang yang sangat akrab dan dipercayai di mana saya boleh berkongsi pelbagai perkara suka dan duka tanpa sebarang keraguan.  

Memandangkan, saya mempunyai dua orang 'sahabat', jadi saya akan bercerita mengenai kedua-dua mereka ini.



Mama ku Sahabat ku
Wanita yang bergelar mama inilah orang yang paling saya percaya.  Mana tidak, saya sudah mengenali mama sejak berada dalam kandungan selama sembilan bulan lagi sehinggalah mencecah usia 34 tahun ketika ini.  Kalau menyentuh soal betapa saya menyayangi mama, percayalah memang tiada perkataan yang mampu diungkapkan untuk menggambarkan perasaan sayang itu.  Setiap detik bersama merupakan kenangan manis dan kadang-kadang berharap masa itu dapat diputar semula.  Perkara paling kelakar mengenai mama ialah apabila melihat mama ketawa sendiri sebelum cerita lucu yang hendak disampaikan kepada kami habis diceritakan.

 Adik ku Sahabat ku
Adik ku ini merupakan satu-satunya adik perempuan ku daripada lima beradik.  Jadi memang perkara biasa sister-sister sering digambarkan sebagai 'sahabat'.  Membesar bersama dengan beza usia enam tahun tidak pernah menghalang kami untuk berkongsi pelbagai perkara termasuklah berkongsi pakaian, sandal, aksesori, alat solek, beg tangan dan macam-macam lagi termasuklah berkongsi personaliti senyum suka tayang gigi.  Sama seperti saya menyayangi mama, begitu jugalah saya menyayangi si adik ku ini.  Perkara paling kelakar mengenai si adik ku ini ialah sikapnya yang suka paksa kakaknya ini mendengar semua cerita dan luahan hati dia walaupun dia tau kakaknya ini kebosanan tahap gaban.




Friday, 8 April 2011

1st Jiwa Kacau Anniversary Giveaway


Ada sesiapa rakan-rakan blogger yang sedang berhadapan dengan sindrom 'NO IDEA' untuk update blog? Jangan bimbang, apa kata kita beramai-ramai menyertai 1st Jiwa Kacau Anniversary Giveaway untuk dijadikan kemas kini blog hari ini.  Hadiah yang ditawarkan oleh tuan punya blog Jiwa Kacau ni memang cukup lumayan iaitu:
  1. Satu domain percuma dan hosting 1GB Storage dan 10GB Bandwidth selama setahun.
  2. Satu domain percuma selama setahun.
  3. Hosting 1GB Stroge dan 10GB Bandwidth percuma selama setahun.
Terlebih dahulu, terima kasih kepada rakan blogger Fadzmie kerana sudi memilih saya menjadi salah seorang pesaing untuk merebut hadiah lumayan tersebut ^_^ Jadi seperti biasa saya kena tag beberapa blogger lain kerana ini antara syarat penyertaan yang wajib dipatuhi setiap kali menyertai blog contest seperti ini.

Sunday, 20 March 2011

Day 7: Seven Wants

Hari Ke-7, 10 Day You Challenge:  Susah juga cabaran hari ketujuh ni @_@ Tapi sebagai blogger, tujuh perkara yang sangat saya inginkan ialah:


Idea hebat setiap hari untuk dikongsikan sebagai blog post

Menerima lebih ramai pembaca atau pengunjung unik setiap hari

Mendapat lebih ramai follower yang kaki blogwalking

Membaca lebih banyak komen atau kritikan membina

Melihat lebih banyak pendapatan dijana dengan nuffnang

Menjadikan blogger sebagai kerjaya tetap

Akhir sekali, saya ingin dikenali sebagai blogger yang berjaya




Saturday, 19 March 2011

Day 6: Six Places

Hari Ke-6, 10 Day You Challenge:  Sekiranya berpeluang, saya ingin merasai pengalaman berada di enam buah tempat yang bukan terletak di luar Malaysia tetapi tiga lokasi di Sabah dan tiga lokasi lagi di Sarawak sebelum usia mencecah 40 tahun ^_^


Sabah Negeri Di Bawah Bayu

Gunung Kinabalu
Pulau Sipadan
Tanjung Simpang Mengayau


Sarawak Bumi Kenyalang

Gunung Santubong
Gua Mulu
Gua Niah




Friday, 18 March 2011

Day 5: Five Foods

Hari Ke-5, 10 Day You Challenge:  Gambar-gambar di bawah merupakan lima jenis makanan yang saya gemari ... opss bukan ... lima jenis makanan yang paling saya tidak gemari ... pun bukan ^_^ sebenarnya ini merupakan lima jenis makanan eksotik serta makanan kampung yang saya sendiri tidak percaya saya berpeluang untuk merasainya sendiri memandangkan saya ni jenis pemilih sikit ^_^

~Ulat Sagu / Ulat Mulong ~
Rasa agak berlemak dan sukar digambarkan ^_^

~ Labi-Labi ~
Sup daging labi-labi, rasa lebih sedap daripada sup ayam

~ Ikan Keli ~
Ikan keli salai lebih sedap daripada pekasam ikan keli

~ Petai ~
Insaf, tidak mau makan lagi sebab nanti angin yang keluar busuk ^_^

~ Tempoyak ~
Boleh makan sikit tapi pandai pening terhidu bau durian




Thursday, 17 March 2011

Day 4: Four Books

Hari Ke-4, 10 Day You Challenge:  Empat buah buku untuk cabaran hari keempat ini bukanlah buku cerita, novel atau majalah tapi merupakan dua buku autograf dan dua buku rekod kemajuan pelajar ketika zaman persekolahan dulu yang masih lagi dalam simpanan. 

~ Buku autograf 1992 - 1994 ~
Zaman persekolahan saya dulu di SMK Beluran iaitu sekitar tahun 1990 - 1994, buku autograf memang wajib ada ... especially student perempuan la ^_^ Buku autograf ni bertujuan untuk bertukar-tukar biodata dan gambar la kununnya.  Gambar di atas ni merupakan buku autograf saya ketika di tingkatan 3 hingga tingkatan 5.  Dibeli pada harga RM18.00 di kedai si Balingkuk (orang Beluran kenal la dengan tokeh ni) dan masa tu sanggup simpan belanja sekolah semata-mata tidak mau ketinggalan trend bertukar-tukar autograf ^_^
~ Buku autograf 1995-1996 ~
Buku autograf yang ni pula saya beli dengan harga RM8.00 semasa di tingkatan 6 rendah dan enam atas pada tahun 1995 - 1996.  Saya beli buku autograf ni di Genting Mas di Sandakan, popular bah supermarket ni sebab barang-barangnya dijual pada harga berpatutan.  Terfikir pula, zaman Facebook sekarang, masih ada lagi ka budak-budak sekolah menengah yang bertukar-tukar autograf macam dulu?





~ Buku Rekod Kemajuan Pelajar 1990-1994 ~
Bah ... yang ni buku rekod kemajuan pelajar saya semasa di tingkatan satu (1990) hingga tingkatan lima (1994).  Gambar ni merupakan keputusan peperiksaan percubaan SPM dan keputusan pun lebih banyak dakwat merah daripada dakwat biru.  Result SPM pun paham-paham saja la ^_^ tidak cemerlang biarpun tidak gagal.  Kenangan paling lucu bila part yang tiru tandatangan parent gara-gara takut kena marah ^_^
~ Buku Rekod Kemajuan Pelajar 1995 ~
Buku rekod kemajuan pelajar yang ni pula semasa peperiksaan penggal pertama tingkatan enam  bawah di Sabah Adventist Secondary School (SASS), Tamparuli pada tahun 1995.  Sempat bersekolah selama kira-kira tiga bulan saja sebelum pindah di Kinabalu Commercial College (KCC) Sandakan gara-gara homesick ^_^



Wednesday, 16 March 2011

Day 3: Three films

Hari Ke-3, 10 Day You Challenge:  Saya merupakan penggemar kepada filem-filem fantasi yang penuh cabaran dan dalam tempoh 10 tahun ini iaitu dari 2001 - 2011 cuma filem trilogi The Lord of the Rings kekal 15 bintang ^_^ 5 bintang untuk setiap filem.

The Lord of the Rings merupakan sebuah filem trilogi yang mengandungi tiga filem fantasi iaitu The Fellowship of the Ring (2001), The Two Towers (2002) dan The Return of the King (2003).

Filem trilogi ini diadaptasi berdasarkan buku karya J. R. R. Tolkien.  Tiga watak utama yang masih kekal diingatan sehingga kini iaitu Frodo si hobbit, Gandalf si ahli sihir dan Aragon, waris kerajaan Gondor yang menjadi buangan.  Jadi dapatlah disimpulkan bahawa filem kegemaran saya  ni umpama kupi 3 in 1 ^_^


 ~ The Fellowship of the Ring (2001) ~
Google pix

~ The Two Towers (2002) ~
Google pix

~ The Return of the King (2003) ~
Google pix




Tuesday, 15 March 2011

Day 2: Two songs

Hari Ke-2, 10 Day You Challenge:  Untuk cabaran hari kedua ini, saya memilih dua buah lagu yang mempunyai jalan cerita sesuai dengan kehidupan peribadi saya kononnya ^_^ .  Selain itu, dengan bersusah payahnya dan tanpa disuruh oleh siapa-siapa saya telah membuat klip video sendiri untuk dua buah lagu pilihan ^_^  Jadi diucapkan selamat menonton dan terhibur.  Pastikan anda menonton kedua-dua klip video ini di http://myhomeniaga.blogspot.com/ bersama Mrs.MyGamanBorneo ^_^ cewahhh ... mantapzzz ...

~ FireHouse - Here For You ~



~ Unknown Artist - Semua Baik ~







 

Monday, 14 March 2011

Day 1: One Picture

Hari Pertama, 10 Day You Challenge:  Jika blogger lain memilih untuk meletakkan gambar terbaru mereka, saya pula memutuskan untuk memilih sekeping gambar ketika di zaman kanak-kanak pada 33 tahun yang lepas.  Zaman kanak-kanak merupakan saat-saat yang paling manis dan sukar dilupakan.
~ One Picture of Myself ~

In 1978 @ Lahad Datu, when I was one year old

My childhood was the time when i was innocent
when the world seemed to be fair
when my universe was around my toys





10 Day You Challenge

Wow!!! saya kena tag lagi oleh LennMommaChubby pada 8 Mac lepas.  Tapi tag kali ini agak berbeza kerana ianya perlu dilaksanakan selama 10 hari berturut-turut.  Bukan senang nampaknya cabaran kali ini ... komitmen selama 10 hari diperlukan untuk memastikan blog di update mengikut senarai yang telah ditetapkan.


Tengok gambar ni mesti ramai yang bingung @_@ saya pun mula-mula bingung juga tapi lepas tengok blog post blogger yang join cabaran ni akhirnya faham juga.  Berdasarkan apa yang saya lihat pada blog post mereka-mereka yang terlibat, urutan tugasan bermula dari One picture of yourself hinggalah Ten secrets of yourself.  Untuk tag ini, pakai la bahasa apa pun yang penting Happy ^_^

Jadi bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai cabaran ini, sila klik gambar dan seterusnya buat macam biasa iaitu copy & paste saja gambar tu ^_^ Seperti selalu, salah satu lagi syarat  untuk menyertai cabaran ini iaitu kita perlu tag 10 orang rakan blogger.  Bagi 10 Day You Challenge, saya TAG blogger yang follow dan di follow iaitu | Elvina | Rie | Khai Rul | Afiqah | Afen | Fyqa | Rungitom | Miera | Zurina J | Mohd Yazid | Harap mereka sudi ^_^ sebab tidak semua blogger suka dengan tag men'tag ni.  Tapi kalau mau tau, aktiviti macam ini la yang mengeratkan hubungan sesama blogger di samping membantu meningkatkan traffic.  Jadi, selamat mencuba ^_^



Pautan | 10 Day You Challenge | Day 1: Picture of Yourself |




Tuesday, 8 March 2011

2 Tag dari LennMommaChubby



Pix from google
Hari kedua minggu kedua dalam bulan Mac ni saya mau menyempurnakan dua tag daripada LennMommaChubby.  Si Lenn dapat tag ni dari blogger yang dipanggil BoNet.  Ko kan Lenn, memang kaki tag hehehe ... sekarang saya pun terjangkit sudah penyakit kaki tag ni ^_^


Tag Pertama

Sila beritahu nama penuh kamu.  Tidak kisah la sampai nama datuk moyang kamu > Alalala ... ni soalan cepu emas kali, susah bah mau bagi tau nama penuh saya ni ... nanti satu dunia kenal ^_^ bah nama penuh saya:  Jawlinda Zeno Jawi.  Nah kan ... gerenti glemer lepas ni ^_^

Kamu suka warna pink tak? > Tengok suka tapi pakai tidak.  Benda-benda berwarna pink dalam rumah pun boleh kira dengan sebelah tangan.

Kalau kamu ditakdirkan bertemu dengan pemberi taggie ni, apa kamu nak cakap dengan dia?  > Hahaha ... ini soalan yang paling saya suka.  Saya mau cakap, "Lenn, mari kita pegi jalan-jalan cari makan".

Siapa paling comel? Maher Zain atau kamu? > Mesti la saya yang lebih comel dari Maher Zain ^_^ Maher Zain tu siapa ah??? penyanyi atau pelakon?

Mana lagi sedap? kek atau aiskrim? > Yummm ... yummm ... bestnya kalau dua-dua dapat dimakan serentak.

Bila tarikh lahir si pemberi taggie ni? (Kalau kamu ingat, kamu memang hebat) > Lenn bila tarikh lahir ko agaknya? hehehe ...

Ain Maisarah, siapakah dia? > Siapakah empunya nama umpama nama watak dalam novel-novel cinta ni ^_^ ? Ni jawab soalan dengan soalan pula :)

Ceritakan sejarah kamu membuat blog, ikutlah sampai berapa perenggan pun > Saya mula jadi Mrs.MyGamanBorneo ni sejak May 2009 tapi banyak kali terbengkalai.  Sampailah pada satu tahap iaitu pada Ogos 2010 ... saya ambil keputusan untuk buat blog yang sampur-sampur kata orang Sabah, macam diari rojak la kunu-kununya.  Tidak sangka pula hingga ke hari ni bertahan ^_^

Apabila harijadi kamu, kamu nak saya (si pemberi taggie ni) beri apa pada kamu? > Wow!!! Lenn saya mau chocolate cheese cake satu biji sempena hari jadi saya ^_^ Tag gambar  kek pun cukup la hehehe


Tag Kedua

Single / already taken?:
Taken ... taken oledi owh

Nama GF / BF:
Alala ... nama BF? Saya ada nama Hubby satu saja ^_^

Agak-agak, umur berapa nak kahwin?:
Hahaha ... soalan salah tempat ni.  Sudah 4 tahun berkahwin pun :)

Tema perkahwinan?:
Tema masa tu tiada tema tapi mungkin tema sampur-sampur @_@

Beza sahabat dan kawan?:
Sahabat yang paling akrab ... kawan mesti ramai-ramai

Siapa sahabat anda?:
 Hubby saya si gaman

Tulis seorang sahaja true friend anda?:
 Si gaman juga la :)

Sila upload picture korang yang paling buruk:
Mau sangat tengok gambar saya yang paling buruk! Nah ... ini dia wakakaka ... gambar ni diambil bersama gambar bunga ros valentine dari si gaman ^_^

Sila upload picture korang yang paling cantik / hensem:
Gambar yang paling cantik! Setelah muka ditampal-tampal dan diconteng-conteng oleh mekap artis, maka ini la hasilnya.  Cuba banding dengan gambar di atas @_@ mesti juling mata lepas buat perbandingan hehehe ^_^

Masa untuk tag jiran-jiran blogger yang lain, tidak tau la sama ada dorang sudi ataupun tidak, yang penting tag saja lah ^_^ Jadi bersempena dengan Hari Wanita Sedunia yang ke-100  pada tahun ini, saya memilih untuk tag blogger wanita | Lady Morgana | Cheqppjoy | Shafeiqa Edora | Choco8vanilla | PrincessAwa | Cinoi | Nancy Poh | Mr&MrsMikko | Germaine | Afiqah |



Tag Hari Wanita Sedunia 2011

Pix from google
Tahun 2011 sambutan Hari Wanita Sedunia atau Hari Wanita Antarabangsa (International Women's Day) yang yang ke-100 tahun.  Selalunya, saya yang sering dijemput mengikuti aktiviti tag-men'tag ni, tapi kali ini saya pula ingin jadi Host utama kepada pelancaran "Tag Hari Wanita Sedunia 2011".  Cewah macam YB pula ^_^

Jadi, bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac setiap tahun ini, saya ingin mengajak rakan-rakan blogger wanita  untuk create PicBadge di www.internationalwomensday.com sebagai sokongan dan luahan rasa bangga kerana dilahirkan sebagai seorang wanita.

Create 3  PicBadge gambar solo atau gambar bersama wanita-wanita tersayang di www.internationalwomensday.com.  Jangan lupa selitkan caption menarik pada setiap gambar anda.

Saya bangga menjadi wanita!

Adik & mama, 2 wanita terpenting dalam hidup

1, 2, 3 means I Love You @ We Love You @ God Loves Us

3 perkara menggambarkan kenapa saya bangga menjadi seorang wanita:
< Lemah-lembut | Penyayang | Kuat Semangat >


Tag untuk 3 blogger wanita: