| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Thursday, 16 June 2011

Pameran Memperingati Waris Rajah Putih Sarawak

Pameran ‘Memperingati Anthony’
Hujan lebat pada Selasa lepas tidak menghalang saya dan si gaman berkunjung ke pameran 'Memperingati Anthony' bertempat di Pustaka Negeri Sarawak.  Pameran ini diadakan  selama hampir sebulan ini iaitu bermula 8-30 Jun ini.

Antara gambar yang dipamerkan
Ini merupakan inisiatif Pustaka Negeri Sarawak khusus menceritakan pengalaman serta kehidupan ayahandanya sebelum, semasa dan selepas menduduki taktha.  Pameran ini telah dirasmikan oleh James Betram Lionel Brooke, anak kepada Rajah Putih Sarawak yang terakhir Anthony Walter Dayrell Brooke.  Beliau turut diiringi oleh anaknya Jason Desmond Anthony Brooke.

Catatan oleh James Betram Lionel Brooke
Pameran ini bertujuan memberi maklumat berguna kepada orang ramai yang mahu mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sejarah Sarawak terutamanya ketika pada zaman pemerintahan keluarga Brooke.

Catatan oleh Jason Desmond Anthony Brooke
Untuk rekod, Anthony yang dilahirkan pada 10 Disember 1912 dilantik sebagai Yang Amat Mulia Tuan Rajah Muda Sarawak pada 25 Ogos 1937 mengambil alih kuasa daripada bapa saudaranya, Rajah Vyner (Rajah Putih yang ketiga).

Si gaman mengisi buku pelawat bagi pihak MyGamanBorneo
Beliau dibesarkan di England dan mendapat pendidikan awal di Eton College seterusnya Trinity College, Cambridge dan School of Africa and Oriental Studies, University of London.  Pada awal 1930-an Anthony menjawat beberapa jawatan penting dalam sektor awam termasuk di Jabatan Tanah dan Pendaftaran serta sebagai majistret.

Kami tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan catatan pada buku pelawat
Beliau seterusnya menyertai Tentera British sebagai askar persendirian pada November 1941 dan berkhidmat semasa Perang Dunia Ke-II. Antara 1941 dan 1944 Anthony meru-pakan leftenan dalam unit Tentera Perisikan, SAC SEAC di Kandy, Sri Lanka dan merupakan Pesuruhjaya Khas untuk Sarawak di United Kingdom dari 1944-1945.  Anthony menghembus nafas terakhirnya pada 2 Mac 2011 pada usia 98 tahun.

Gambar dan kisah zaman kanak-kanak Anthony
Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah dan kehidupan peribadi Anthony kunjungi pameran yang diadakan setiap hari kecuali cuti umum bermula dari jam 11 pagi hingga 7 malam bertempat di Aras Satu, Pustaka Negeri - Sumber: Utusan Borneo.

Sebelum balik jangan lupa dapatkan risalah pameran sebagai kenangan




4 comments:

Fadzmie said... [Reply]

2 Mac 2011? Aih, masih boleh dikira baru lagi tu tau. Hmm. Memang panjang umur kalau sampai 98 tahun sudah.

kisah gerhana dan jiranku

Jaw @ MyGamanBorNeo said... [Reply]

@Fadzmie Mohamad iya la. org dulu2 mmg panjang umur.

Willie a.k.a Reptoz said... [Reply]

Terlepas event ni. Mesti best kalau dapat tengok live.

p/s : Cantik layout ni.

Jaw @ MyGamanBorNeo said... [Reply]

@Willie a.k.a Reptoz Saya pun x pegi time pelancaran pameran oleh waris Rajah Brooke ni. Saya pegi hari lain sbb pameran dari 8hb sampai 30 Jun.

p/s: Thanks, saya cuba buat layout blog kemas sikit mcm kamu :)