Lama betul tidak update blog. Idea ada tapi tidak tahu dari mana hendak memulakan ayat dan masalah paling besar sekarang ni gambar tidak dapat 'upload' lagi gara-gara kuota sudah penuh. Kali pertama dapat mesej macam ni ialah pada Ogos 2012. Ini menyebabkan saya terpaksa men'delete'kan beberapa gambar yang dirasakan tidak penting. Nampaknya blog saya ni terlalu banyak gambar.
Whoops! You're out of space. You are currently using 100% of your 1 GB quota for photos.Upgrade storage Photos are stored in your Picasa Web Albums account and are included in your 1 GB free quota for photos. Additional storage you purchase is shared between several Google products and is in addition to your free quota. Learn more
Memandangkan saya bukanlah seorang penulis hebat, jadi gambar menjadi satu elemen paling penting dalam setiap entri di blog ini. Setiap gambar yang dimuat naik bukan sahaja dapat membantu menjana idea penulisan tetapi turut membuatkan kita tidak perlu menulis banyak kerana gambar yang disertakan pada setiap entri mampu menyampaikan mesej yang dikehendaki.
Jadi ... Oleh kerana terlalu sukakan gambar, nampak gaya saya terpaksalah pindah atau membuka blog baharu untuk berkongsi lebih banyak lagi cerita dan gambar. Mungkin ayat paling sesuai ialah "membuka blog baharu" sebab perkataan "pindah" bermaksud saya perlu meng'import' entri-entri lama saya ke blog yang baharu.
Ok la ... Setakat ini sahaja untuk hari ini, sehingga berjumpa pada entri yang akan datang untuk mengetahui sama ada saya akan memperkenalkan blog baharu ataupun kekal menulis pada blog ini tanpa gambar.