| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Showing posts with label Movie Day. Show all posts
Showing posts with label Movie Day. Show all posts

Saturday, 12 March 2011

Movie Day: 5 Bintang untuk filem epik HMW

5 bintang untuk filem epik Hikayat Merong Mahawangsa (HMW) !
Malam ni saya mau jadi pengulas filem pula ^_^ tapi tidak la mau mengulas panjang lebar mengenai HMW dan bagaimana ending filem ini sebab nanti tidak suspen lagi pula.   Saya mau mengulas filem ini mengikut pandangan peribadi, pertama saya melihat watak yang dipegang oleh Stephen Rahman Hughes sebagai Merong Mahawangsa sedikit menyamai watak Jack Sparrow dalam Pirates of the Caribbeean yang dipegang oleh Johnny Depp di mana kedua-dua filem ini berkisarkan laut dan lanun.

Kedua-dua watak hero iaitu Merong Mahawangsa dan Jack Sparrow turut mempunyai beberapa persamaan iaitu kedua-duanya merupakan kapten/nahkoda kapal hebat yang  juga merupakan orang buangan dan buruan.  Mereka juga memiliki kapal sendiri iaitu kapal Jentayu milik Merong Mahawangsa dan Black Pearl milik Jack Sparrow.

Dua watak dalam filem berbeza ini turut digambarkan sebagai lelaki gagah yang mahir seni mempertahankan diri, cekap bermain pedang dan bijak mengatur strategi perang.  Selain menjadi idaman ramai wanita, kedua-duanya juga membawa watak lucu dan sedikit celupar ^_^ 

Bagaimanapun terdapat satu perkara yang membezakan kedua watak hero ini iaitu Merong Mahawangsa merupakan seorang pahlawan yang berpegang kepada janji, tidak pentingkan diri sendiri serta sanggup menggadai nyawa demi mempertahankan maruah negara dan rakyatnya.  Jack Sparrow pula, seorang lanun yang pentingkan diri sendiri, mata duitan dan bijak bermain helah.

Mengulas mengenai watak-watak lain dalam filem epik ini, saya menggemari bukan sahaja watak Merong Mahawangsa tetapi juga watak antagonis oleh Kamawas yang dipegang oleh Khir Rahman.  Watak Kamawas yang perkasa, kebal serta kejam menjadikan filem ini cukup sempurna.  Pendek kata tanpa watak Kamawas, HMW tidak sempurna.  Sementara itu, sisipan adegan romantis di antara Putera Rom (Gavin Stenhouse) dan Puteri China (Jing Lu) memang cukup menarik.  Kesimpulannya, 5 bintang untuk HMW, KRU Studios, Stephen Rahman Hughes dan 5 bintang juga untuk Khir Rahman.

Ewah ... panjang juga ulasan saya ni, tapi percaya atau tidak ... selepas tamat sahaja tayangan  HMW ... semua penonton bertepuk tangan ^_^ apa lagi saya pun join sekali.  Bah ... memang best bah HMW ni ... rugi owh kalau tidak pegi tingu.  Jadi siapa-siapa yang belum pergi menonton filem epik HMW terbitan KRU Studios ini, bagus cepat-cepat sebab filem ini hanya akan berada di pawagam selama seminggu saja bermula 10 Mac.
google pix

Pautan | Movie Day: Hikayat Merong Mahawangsa | Movie Day: 5 Bintang Untuk Filem Epik HMW  |




Movie Day: Hikayat Merong Mahawangsa

Hari ini movie day mode.  Kalau mau tau, kami dua si gaman ni bukannya kaki movie dan last year pun cuma 2 kali saja menjejakkan kaki ke pawagam.  Tahun ni pula, filem epik Melayu Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) merupakan filem pertama yang bakal kami ****** pada tahun 2011 ... perkataan yang tidak sesuai disebut oleh orang Sabah ^_^ bah.  

Walaupun kami dua si gaman sebenarnya bukan peminat filem-filem tempatan,  tapi gara-gara preview beberapa saat yang ditayangkan di tv ... WoW !!! Dan tidak sangka pula si gaman buat surprise kelmarin bila dia sudah beli 2 keping tiket untuk tayangan jam 2.00 petang hari ni.  Bah ...malam nanti saya akan kongsikan sama ada best atau sebaliknya HMM, jadi sementara ni ko urang baca la sinopsis HMM di bawah ^_^

2 tiket tajaan si gaman untuk menyaksikan tayangan di MBO Springs, Kuching. 

Sinopsis:  Filem epik Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) terbitan KRU Studios arahan Yusri Abdul Halim yang ditulis oleh Amir Hafizi ini mengisahkan tentang seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain.  Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu di bawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.  

Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.  Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.  

HMM ini diterajui oleh pelakon tempatan dan luar negara seperti Stephen Rahman Hughes, Gavin Stenhouse, Jing Liu, Wan Hanafi Su, Khir Rahman, Datuk Rahim Razali dan Ummi Nazeera.



Pautan | Movie Day: Hikayat Merong Mahawangsa | Movie Day: 5 Bintang Untuk Filem Epik HMW  |




Saturday, 12 February 2011

"Dil To Pagal Hai" Tetap di hati

Saya ni bukan juga peminat setia Hindi Movie, tapi hari ni memang saya nanti-nantikan satu-satunya filem hindi kegemaran iaitu "Dil To Pagal Hai" .  Kalau tidak silap, filem yang dibintangi oleh Shahrukh Khan, Karisma Kapoor, Madhuri Dixit dan Akshay Kumar ni popular sekitar tahun 1997 - 1999.  Bayangkan, sudah lebih 10 tahun filem ni, tapi masih seronok pula tengok pelakon-pelakon dia menari dan menyanyi.  

Selain itu, dalam banyak-banyak filem hindi yang pernah saya tengok, ini la filem yang paling romantis ... penuh dengan konflik cinta dan persahabatan, keliru antara perasaan cinta dan perasaan sayang ... cewah ^_^ biasa la filem hindi sering dipenuhi dengan konflik kisah cinta bersegi-segi.  Kalau tiada CINTA itu bukan filem hindi namanya ^_^

Kekuatan filem ini pada saya, terletak pada tarian dan lagu yang dipersembahkan.  Dulu, masa masih student sampai sanggup beli CD cetak rompak lagi ^_^ gara-gara terlampau suka dengan pergerakan tarian dan lagu-lagu yang menghiburkan.  Apa-apa pun filem ni tetap di hati :)
Pix from google photo sharing