| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Saturday 12 March 2011

Movie Day: 5 Bintang untuk filem epik HMW

5 bintang untuk filem epik Hikayat Merong Mahawangsa (HMW) !
Malam ni saya mau jadi pengulas filem pula ^_^ tapi tidak la mau mengulas panjang lebar mengenai HMW dan bagaimana ending filem ini sebab nanti tidak suspen lagi pula.   Saya mau mengulas filem ini mengikut pandangan peribadi, pertama saya melihat watak yang dipegang oleh Stephen Rahman Hughes sebagai Merong Mahawangsa sedikit menyamai watak Jack Sparrow dalam Pirates of the Caribbeean yang dipegang oleh Johnny Depp di mana kedua-dua filem ini berkisarkan laut dan lanun.

Kedua-dua watak hero iaitu Merong Mahawangsa dan Jack Sparrow turut mempunyai beberapa persamaan iaitu kedua-duanya merupakan kapten/nahkoda kapal hebat yang  juga merupakan orang buangan dan buruan.  Mereka juga memiliki kapal sendiri iaitu kapal Jentayu milik Merong Mahawangsa dan Black Pearl milik Jack Sparrow.

Dua watak dalam filem berbeza ini turut digambarkan sebagai lelaki gagah yang mahir seni mempertahankan diri, cekap bermain pedang dan bijak mengatur strategi perang.  Selain menjadi idaman ramai wanita, kedua-duanya juga membawa watak lucu dan sedikit celupar ^_^ 

Bagaimanapun terdapat satu perkara yang membezakan kedua watak hero ini iaitu Merong Mahawangsa merupakan seorang pahlawan yang berpegang kepada janji, tidak pentingkan diri sendiri serta sanggup menggadai nyawa demi mempertahankan maruah negara dan rakyatnya.  Jack Sparrow pula, seorang lanun yang pentingkan diri sendiri, mata duitan dan bijak bermain helah.

Mengulas mengenai watak-watak lain dalam filem epik ini, saya menggemari bukan sahaja watak Merong Mahawangsa tetapi juga watak antagonis oleh Kamawas yang dipegang oleh Khir Rahman.  Watak Kamawas yang perkasa, kebal serta kejam menjadikan filem ini cukup sempurna.  Pendek kata tanpa watak Kamawas, HMW tidak sempurna.  Sementara itu, sisipan adegan romantis di antara Putera Rom (Gavin Stenhouse) dan Puteri China (Jing Lu) memang cukup menarik.  Kesimpulannya, 5 bintang untuk HMW, KRU Studios, Stephen Rahman Hughes dan 5 bintang juga untuk Khir Rahman.

Ewah ... panjang juga ulasan saya ni, tapi percaya atau tidak ... selepas tamat sahaja tayangan  HMW ... semua penonton bertepuk tangan ^_^ apa lagi saya pun join sekali.  Bah ... memang best bah HMW ni ... rugi owh kalau tidak pegi tingu.  Jadi siapa-siapa yang belum pergi menonton filem epik HMW terbitan KRU Studios ini, bagus cepat-cepat sebab filem ini hanya akan berada di pawagam selama seminggu saja bermula 10 Mac.
google pix

Pautan | Movie Day: Hikayat Merong Mahawangsa | Movie Day: 5 Bintang Untuk Filem Epik HMW  |




0 comments: