| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Showing posts with label Perpustakaan. Show all posts
Showing posts with label Perpustakaan. Show all posts

Thursday, 9 June 2011

Gawai: Rumah Gawai MBKS

Rumah Gawai MBKS menghiasi ruang legar lobi MBKS
Seawal jam 9.00 pagi tadi saya sudah berada di bangunan Dewan Bandaraya Kuching Selatan untuk menghabiskan masa di Perpustakaan MBKS sehingga jam 4.00 petang.  Rasa bertuah pula sebab berpeluang melihat rumah gawai MBKS yang menghiasi ruang legar lobi bangunan ini.

Hiasan yang cukup menarik
Mau bergambar kenangan dengan berlatar belakangkan Rumah Gawai MBKS ni, tapi malu pula minta tolong staff di Information Counter.  Mungkin, masa balik nanti saya cuba minta tolong dorang ambilkan gambar saya dengan bujang sigat di bawah ni ^_^ itu pun kalau saya tebal muka :)

Bujang Sigat @_@




Thursday, 10 March 2011

Online Mode 4: Di Perpustakaan MBKS


Semasa sesi mengorek info untuk KK9, sempat juga melayan FB seketika dan  kamu baca apa yang saya baca?  ^_^ Sarawak Bloggers akan mengadakan aktiviti hiking & adventure bertempat di Kampung Semban, Padawan pada 22 hingga 25 Mac ini.  Lama sudah saya cubuk-cubuk (intai-intai) peluang macam ni akhirnya muncul di FB ^_^ Ngam-ngam lagi tu saya sudah free dari kontrak, ini peluang baik yang tidak boleh dilepaskan.

Tapi nampaknya Sarawak Bloggers cuma cari 1 orang saja ... jadi sama ada dapat  ataupun tidak, itu belakang kira yang penting saya sudah hantar saja email kira-kira jam 12.00 tadi.  Pasang jampi sikit @_@ fuh kiri fuh kanan ... tengok kiri tengok kanan ... tidak perlu pakai jampi ... hanya tunggu keputusan pada Sunday night.  Alala ... Sunday night tu Sabtu malam atau Ahad malam? konpius la kalau orang guna ayat malam Isnin - malam Ahad.



Pautan | Online Mode 1 | Online Mode 2 | Online Mode 3 | Online Mode 4 |




Online Mode 3: Di Perpustakaan MBKS

Pix from google

Hari ni Khamis, esok Jumaat lepas tu Sabtu dan Ahad hari tidak bekerja, kemudian Isnin bersamaan 14 Mac 2011.  Mesti ada yang heran kenapa saya tidak bekerja dari opis hari ni kan?  Sebenarnya sejak Isnin lepas lagi saya dan seorang lagi rakan sekerja mula bekerja dari rumah.

Sebenarnya, kami cuma perlu menghabiskan saki baki hari sebelum operasi cawangan di Sarawak ditamatkan pada 15 Mac ini atas sebab pengecilan operasi oleh pihak syarikat.  Malangnya, pemilik premis pula meminta kami mengosongkan pejabat yang hanya dihuni oleh dua pekerja iaitu kami berdua pada 4 Mac lepas berikutan ada penyewa baru yang berminat untuk menyewa pejabat tersebut.

Pix from google

Jadi, dalam beberapa hari lagi kami cuma perlu bekerja secara online dari mana-mana sahaja  yang penting ada line internet.  Itu sebab la saya Online Mode di perpustakaan sekarang ni ^_^  Dalam tempoh tersebut kami cuma perlu menghantar seberapa banyak info bagi KK9 kepada editor di HQ KL.  Nampaknya tidak lama lagi saya kena nyanyi lagu "Aku Penganggur" ^_^ 



Pautan | Online Mode 1 | Online Mode 2 | Online Mode 3 | Online Mode 4 |


Online Mode 2: Di Perpustakaan MBKS

Pix from google
Perkara paling best di perpustakaan MBKS ni, pengunjung dapat mengakses internet secara percuma.  Jadi tidak perlu la saya pakai broadband saya yang berkelajuan siput tu ^_^ Hari ini, perasaan agak berbeza pula, perasaan bosan tiada ... mengantuk pun tidak biarpun dari seawal jam 9.00 pagi lagi sudah terperap di sini.  Hurmmmm ... mungkin saya sudah jatuh hati dengan perpustakaan? Huh!!! ... mungkin perasaan pada masa ini dipengaruhi oleh buku yang saya baca berjudul "How to Enjoy Your Life and Your Job" karya Dale Carnegie.



Pautan | Online Mode 1 | Online Mode 2 | Online Mode 3 | Online Mode 4 |



Online Mode 1: Di Perpustakaan MBKS


Pix from google
Saya sekarang berada di dalam bangunan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) iaitu  sebuah badan korporat yang ditubuhkan di bawah Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan,1996. Saya datang sini pun bukan sekadar suka-suka tapi untuk memanfaatkan kemudahan perpustakaan yang ada biarpun saya secara peribadi menganggap perpustakaan tempat yang membosankan sejak dari zaman sekolah-sekolah lagi.

Sambil-sambil tu, sempat juga la bayar kompaun parking terlebih dahulu ^_^ si gaman lupa letak kupon parking ... nah! apa lagi kena kompaun RM5.00 berbanding RM0.20 untuk setengah jam pertama.  Syukurlah RM5.00 dan bukan RM50.00 ^_^



Pautan | Online Mode 1 | Online Mode 2 | Online Mode 3 | Online Mode 4 |




Friday, 14 January 2011

Macam-macam gelagat di perpustakaan

Nampaknya ... hari ni saya  mau mengumpat pasal perpustakaan saja ^_^ Siapa kata perpustakaan tempat yang sunyi dan tenteram sepanjang masa ??? Ketika ni suasana agak kurang menyenangkan berikutan beberapa gelagat pengunjung yang kurang sensitif atau saya yang terlalu sensitif ^_^

Ada yang datang berkumpulan (student) ... bawa buku tebal-tebal tapi mulut lagi tebal hehehe ^_^ biarpun berkomunikasi secara berbisik tapi kalau beramai-ramai macam bunyi lebah juga.  Inilah antara sebab kenapa saya kurang gemar berkunjung ke perpustakaan ... ditambah lagi dengan bunyi tapak kaki, biasanya orang perempuan la yang pakai kasut atau sandal yang ada heel tinggi sikit.  Saya fikir perlu dicadangkan setiap perpustakaan di negara ini menggunakan lantai yang mampu menyerap bunyi bising.

Selain itu, ada juga yang relax saja bercakap menggunakan HP ... Paling bijak ... ada yang datang semata-mata untuk dating ... Ada yang berpakaian seksi ... tapi sesuai untuk tatapan mata lelaki saja la ... setakat ni belum ada lelaki berpakaian seksi lalu depan mata pula hehehe ... 

Macam mana mau fokus dengan kerja ni kalau banyak gelagat menarik depan mata ^_^



Anda dijemput untuk membuat undian ^_^

Alooo semua,

Sama ada anda tersinggah atau dengan sengaja singgah atau anda memang pembaca setia blog saya .... mmm ... adakah pembaca setia blog saya ni ??? ^_^ Tidak kira la siapa anda, hari ni saya ingin meminta kerjasama anda semua untuk membuat undian bagi soalan polls di tepi sebelah kiri ni saja ... yang warna pink tu.

Mau tau lebih lanjut kenapa saya buat soalan undian ? Sebenarnya saya ni cuma mau tau berapa ramai di luar sana yang mempunyai masalah seperti saya iaitu menganggap perpustakaan tempat yang membosankan.  Kalau ramai pengundi lebih suka membaca di perpustakaan berbanding di rumah dan tempat-tempat lain ... maknanya saya terpaksa la berusaha untuk menyukai perpustakaan. 



Perpustakaan tempat yang membosankan

Hari ni dari seawal jam 9.00 pagi saya akan menghabiskan masa sehingga ke jam 5.00 petang di Perpustakan Dewan Bandaraya Kuching Selatan.  Berkunjung ke sini pun bukan sekadar suka-suka, tapi memandangkan Sarawak Electricity Supply Corporation (SESCO) sudah bagi notis bermula jam 9.00am - 4.30pm berlaku gangguan elektrik berikutan kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan tempat saya bekerja, jadi terpaksa la juga ke perpustakaan untuk melakukan kerja-kerja menulis artikel kemas kini untuk laman web komuniti.

 ... mengantuk tahap GABAN betul ... ditambah-tambah lagi dengan cuaca sejuk + penghawa dingin + suasana sunyi = itulah Perpustakaan.  Sebut saja pasal perpustakaan, memang saya ni sejak dari zaman sekolah-sekolah dulu boleh dikatakan tersangatlah payah mau menjejakkan kaki ke perpustakaan.  Biasanya, saya lebih suka meminjam dan membacanya di rumah ... maklumlah ketika di rumah sesiapapun boleh membaca dengan gaya bebas ^_^

Walaupun saya ni jenis yang suka membaca tapi bukan kategori giuk buku ... perpustakaan bukanlah tempat yang selesa untuk saya menghabiskan masa berjam-jam sekadar untuk membaca.  Berbeza dengan kedai buku ... di kedai buku saya boleh menghabiskan masa berjam-jam lamanya tanpa sedar biarpun sekadar membelek-belek dan membaca sinopsis tanpa membuat sebarang pembelian.

Timbul persoalan pula ... berapa ramai agaknya yang menganggap perpustakaan itu sebagai tempat yang membosankan.  Rasanya, bagus buat polls ... ^_^