| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Thursday 10 March 2011

Online Mode 3: Di Perpustakaan MBKS

Pix from google

Hari ni Khamis, esok Jumaat lepas tu Sabtu dan Ahad hari tidak bekerja, kemudian Isnin bersamaan 14 Mac 2011.  Mesti ada yang heran kenapa saya tidak bekerja dari opis hari ni kan?  Sebenarnya sejak Isnin lepas lagi saya dan seorang lagi rakan sekerja mula bekerja dari rumah.

Sebenarnya, kami cuma perlu menghabiskan saki baki hari sebelum operasi cawangan di Sarawak ditamatkan pada 15 Mac ini atas sebab pengecilan operasi oleh pihak syarikat.  Malangnya, pemilik premis pula meminta kami mengosongkan pejabat yang hanya dihuni oleh dua pekerja iaitu kami berdua pada 4 Mac lepas berikutan ada penyewa baru yang berminat untuk menyewa pejabat tersebut.

Pix from google

Jadi, dalam beberapa hari lagi kami cuma perlu bekerja secara online dari mana-mana sahaja  yang penting ada line internet.  Itu sebab la saya Online Mode di perpustakaan sekarang ni ^_^  Dalam tempoh tersebut kami cuma perlu menghantar seberapa banyak info bagi KK9 kepada editor di HQ KL.  Nampaknya tidak lama lagi saya kena nyanyi lagu "Aku Penganggur" ^_^ 



Pautan | Online Mode 1 | Online Mode 2 | Online Mode 3 | Online Mode 4 |


0 comments: