| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Showing posts sorted by relevance for query taman orkid. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query taman orkid. Sort by date Show all posts

Sunday, 12 September 2010

Taman Orkid DBKU


Pintu masuk Taman Orkid
Cuti sempena sambutan Hari Raya pada 10 September lepas bersamaan dengan hari raya pertama dimanfaatkan sepenuhnya oleh kami dua si gaman.  Masa yang ada bukan setakat diisi dengan sekadar berhari raya di rumah jiran dan rakan tetapi juga turut dimanfaatkan untuk berkunjung ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan barisan menteri kabinet negeri yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).  Lebih menarik lagi, kami dua si gaman berpeluang berkunjung ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng bertempat di Astana Negeri Sarawak.


Antara orkid tanah/anggerik yang terdapat di taman ini
Kebetulan Taman Orkid Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) terletak berhampiran dengan kawasan astana, jadi kami dua si gaman mengambil keputusan untuk singgah.  Mengikut maklumat yang saya perolehi dari internet, taman ini dibina pada November 2007 telah siap sepenuhnya Mei lalu dengan menelan kos sebanyak RM8.97 juta.

Lanskap menarik
Taman Orkid DBKU ini terletak di tapak seluas lebih enam hektar di Jalan Istana, Petra Jaya dijangka menjadi daya tarikan baru kepada pelancong yang berminat dalam bidang hortikultur dan botanikal.  Taman Orkid ini juga mempamerkan secara dekat kepelbagaian jenis dan warna tanaman orkid daripada jenis hibrid dan spesies epiphytic serta terrestrial yang ditanam di kawasan terbuka dan teduhan menyerupai habitat semulajadi.

Plat perasmian
Difahamkan, keseluruhan taman ini memiliki koleksi sebanyak 40,000 tanaman orkid dan pada masa yang sama ia menyediakan pengalaman rekreasi dan pendidikan di samping menikmati keindahan persekitaran bangunan baru Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak serta Astana Negeri.  Taman Orkid DBKU ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 5 Mac lepas.

Bunga Orkid seperti kulit harimau bintang
Antara tarikan utama Taman Orkid berkenaan adalah Orkid Borneo yang terkenal dengan kecantikan bunganya dan berpotensi dijadikan tanaman hortikultur.  Orkid Borneo yang terdapat di taman ini adalah seperti Lady, Slipper (Paphiophyllum Stonei dan P. Lowii), Coelogyne Pandurata, Bulbophyllum Beccarii, Vanda Dearei dan Phallaenopsis Violacea.

Taman ini dibuka untuk kunjungan umum setiap hari Selasa hingga Ahad termasuk cuti umum (kalau tidak salah masa lawatan bermula dari jam 9.00 pagi - 6.00 petang) dan ditutup pada hari Isnin.  Sayangnya masa yang ada tidak mengizinkan kami dua si gaman untuk menghabiskan lebih banyak masa di taman orkid ini.

Masa yang singkat tetap kami dua si gaman manfaatkan untuk mengambil gambar sekitar taman orkitd dan gambar dua model yang tidak fotogenik ^_^ Kalau bab-bab ambil gambar bunga ni memang si gaman yang pakar.  Kepakaran saya pula mengambil gambar kami dua si gaman dengan menggunakan apa saja yang boleh menjadi tempat letak kamera ^_^ Bagaimana pun, kami bercadang untuk berkunjung semula ke sini pada Oktober nanti bersama mama dan adik saya yang akan datang ke Kuching pada 7 Oktober ini.






Sunday, 31 July 2011

Taman Orkid DBKU Destinasi Pilihan Keluarga

Destinasi pilihan keluarga
Ini merupakan kali ketiga saya dan si gaman mengunjungi Taman Orkid Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).  Kali pertama adalah pada September 2010 ketika cuti Hari Raya, manakala pada Oktober 2010 kami dua si gaman menemani adik dan mama kesayangan saya.

Apai & indai
Kunjungan kali ketiga ini pula, kami dua si gaman datang bersama apai dan indai (parent si gaman).  Perasaan teruja berada di sini mungkin tidak sama seperti kali pertama bagaimanapun Taman Orkid DBKU ini memang sesuai untuk dijadikan destinasi jalan-jalan bersama keluarga.

Antara spesis bunga orkid yang dipamerkan
Kena pada masanya, pada kunjungan kali ini kami berpeluang menyaksikan Pameran Orkid Antarabangsa 2011 Kuching yang disertai oleh 11 buah negara.  Program ini dianjurkan bersempena dengan sambutan Hari Bandaraya ke-23.

Spesies kacukan Vanda Taib
Perasmian pameran disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 27 Julai dan dibuka untuk kunjungan umum pada 29-31 Julai lepas.  Pameran  orkid antarabangsa ini disertai oleh penggiat tanaman orkid daripada Brunei, Hong Kong/China, Indonesia, Myanmar, Filipina, Jepun, Taiwan, Thailand dan Papau New Guinea.

Laluan pejalan kaki yang selesa
Difahamkan, taman yang terletak berhampiran kawasan Astana Negeri Sarawak ini kini mempunyai himpunan 150 spesies orkid termasuk spesies kacukan (hibrid).  Antara spesies kacukan yang terkenal adalah seperti spesies Vanda Taib, Dendborium Laila, Dendborium Memoria Laila, Dendborium Nur Zahirah dan yang terkini ialah kacukan Aranda Raghad Taib.

Kawasan teduhan orkid gantung
Waktu Operasi:  Taman yang terletak di tapak seluas lebih enam hektar di Jalan Astana, Petra Jaya ini dibuka untuk kunjungan orang ramai pada setiap hari Selasa hingga Ahad bermula jam 9.30 sehingga 6.00 petang.   Masuk adalah percuma.  Sementara pada Isnin pula ditutup untuk kerja-kerja pengurusan taman.

Gambar kenangan
Untuk ke sini:  Selain menaiki kenderaan sendiri, pengunjung boleh menaiki perahu tambang dari Tebingan Kuching (Kuching Waterfront) ke Pengkalan Sapi dengan tambang yang sangat murah.  Pengunjung juga boleh menggunakan perkhidmatan teksi dari pusat bandaraya Kuching ke Jalan Astana, Petra Jaya.

Kawasan terbuka taman orkid
Di taman ini anda bebas untuk mengambil gambar dan tiada bayaran dikenakan ke atas kamera yang dibawa masuk.  Penat mengambil gambar dan menikmati keindahan di taman ini, para pengunjung boleh melepaskan lelah di Orchid Cafe untuk minum.  Akhir sekali, jangan lupa singgah ke kedai cenderahati taman orkid.  Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Taman Dan Rekreasi DBKU di 082-446688.




Saturday, 30 July 2011

Pameran Orkid Antarabangsa 2011 Kuching

Pameran orkid antarabangsa sempena sambutan Hari Bandaraya Kuching ke-23
Pameran Orkid Antarabangsa 2011 yang diadakan di Taman Orkid Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) berjaya menggamit kehadiran orang ramai, penggemar orkid dan juga pelancong asing untuk menyaksikan keunikan dan kepelbagaian spesis orkid daripada 11 buah negara.  Pameran dibuka kepada umum bermula 29 - 31 Julai dan masuk adalah percuma.

Gerbang masuk ke kawasan astana
Program ini dianjurkan bersempena dengan sambutan Hari Bandaraya ke-23 dan telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 27 Julai lepas.  Pameran tersebut disertai oleh penggiat tanaman orkid daripada Brunei, Hong Kong/China, Indonesia, Myanmar, Filipina, Jepun, Taiwan, Thailand dan Papau New Guinea.

Pintu masuk ke taman orkid
Difahamkan, taman yang terletak berhampiran kawasan Astana Negeri Sarawak ini kini mempunyai himpunan 150 spesies orkid termasuk spesies kacukan (hibrid).  Antara spesies kacukan yang terkenal adalah seperti spesies Vanda Taib, Dendborium Laila, Dendborium Memoria Laila, Dendborium Nur Zahirah dan yang terkini ialah kacukan Aranda Raghad Taib.  


Album Pameran Orkid Antarabangsa 2011 Kuching
 

 












Sunday, 24 October 2010

Hari Ibu dan Anak

Hari yang dilalui dengan penuh keseronokan & kenangan manis bersama mama & adik perempuan ku  di Taman Orkid DBKU pada 9 Oktober lepas.
Gambar-gambar yang diambil oleh jurugambar amatur kami iaitu si gaman rasanya sudah cukup untuk menceritakan betapa enjoynya kami ^_^
Paling penting, hari tersebut merupakan hari dalam sejarah ... sebab buat pertama kalinya saya, mama dan si cap kipas udang berpeluang merakamkan  begitu banyak gambar kenangan bersama.  Paling best, mama pun terpaksa ikut juga gelagat dua anak perempuannya ^_^









 


Tuesday, 31 December 2013

Entri Blog MyGamanBorneo #2 Sepanjang 2013

Tanpa disedari rupa-rupanya sudah terlalu lama juga tidak menjenguk blog MyGamanBorneo (http://myhomeniaga.blogspot.com) selepas berpindah ke blog baharu MyGamanBorneo (http://mygamanborneo.blogspot.com) pada Mac 2013.   

Sepanjang tempoh tersebut, tidak banyak cerita menarik yang dapat dikongsikan di blog baharu. Jadi, sebelum tahun 2013 menutup tirainya berikut dikongsikan entri-entri di blog MyGamanBorneo 2 sepanjang tahun 2013.  

DISEMBER 
Putih, Hitam dan Bengal
Putih, Hitam dan Dot Dot Dot
Khasiat Produk Tyzo Buah Tunjuk Langit
MGB Di Hari Terbuka Kementerian Pertahanan Malaysia
Hadiah Krismas @NescafeMalaysia

NOVEMBER
Kami Pengedar Produk Tyzo Buah Tunjuk Langit
Kursus Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil 2013

OKTOBER
Ya, Kami Terpilih Ke Pelancaran 1MET

SEPTEMBER
1MET Bootcamp 2013 @ Kota Samarahan, Sarawak
Menang Peraduan @NescafeMalaysia
Seronoknya Tak Habis-Habis Dengan P1
Dalam Hati Ada Taman Orkid
2# Pameran Petrosains Dino Trek 2
1# Pameran Petrosains Dino Trek 2
Panggang Ngut

OGOS
Kuih Penjaram Ku Hampir-Hampir Menjadi
Kuih Penjaram Ku Tidak Berbunga

JULAI
Sesuatu Sebagai Tanda Ingatan Abadi
Cerita Kangkung dan Lintah
Berbelanja Di Kedai Rakyat 1 Malaysia
Walai Krusye @ Green Heights Mall Flea Market

JUN
1# Resepi:  Roti Gulung Sosej Berkeju
Peraduan Kotex 1 Minute Time-Out
Beli Secara Online:  Indah gambar dari rupa
Selamat Menyambut Kaamatan dan Gawai 2013

MEI
Tiada entri

APRIL
Tiada entri

MAC
Sarapan Pagi Percuma Di McDonald
Kolagen Untuk Kesihatan Tulang (cantik adalah bonus)
Selamat Menyambut Hari Wanita Antarabangsa 2013
Selamat Datang Ke Blog MyGamanBorneo