|
Lebih meminati watak Dean ^_^ |
... hari ni saya mau berkongsi pengalaman mengenai kisah ala-ala supernatural la kononnya ^_^ tapi ini tiada kaitannya dengan drama bersiri SUPERNATURAL yang ditayangkan setiap Selasa jam 11.05pm. Walaupun saya ni memang peminat setia drama bersiri ni ... tapi tidak la sampai terbawa-bawa watak dan cerita yang dipaparkan dalam kehidupan realiti.
Ada orang kata hantu itu wujud .... ada juga pendapat mengatakan bahawa hantu itu tidak wujud tetapi stress, keletihan dan kecelaruan minda boleh menyebabkan otak salah mentafsir bunyi atau benda di sekitar kita. Sejauh mana kebenaran kedua-dua pendapat ini terpulang kepada individu itu sendiri.
Berbalik kepada pengalaman saya sendiri ... biasanya kisah-kisah seram ni saya cuma dengar daripada rakan dan anggota keluarga yang pernah mengalami benda-benda pelik ni. Selalunya kita yang mendengar pengalaman kisah seram orang lain ni akan lebih takut daripada orang yang mengalaminya.
Rabu lepas, rakan sekerja ambil cuti sakit ... jadi saya sorang-sorang saja la dalam opis, maklumlah cuma kami berdua saja pekerja di pejabat operasi Kuching ni, HQ kami di KL. Suasana tidak la sunyi sangat sebab di bawah memang ada kedai makan yang sentiasa sibuk dan terdapat juga bengkel kereta yang setiap hari mengeluarkan bunyi bising.
... dan dalam sibuk-sibuk buat artikel ... tiba-tiba saja suasana bertukar sunyi senyap dan ada suara menyeramkan memanggil nama saya "Linnnn" di tepi sebelah kiri. Terhenti seketika pergerakan saya ... terutama apabila suara tersebut menyerupai suara rakan sekerja yang sedang cuti ... bulu roma pun meremang
... tapi kira ada macam karakter watak hero supernatural sikit, saya beranikan diri juga cek bilik sebelah dan cek di luar pintu opis ... mana la tau memang ada si kawan datang ... tapi memang sah saya sorang saja bah dalam opis, jadi suara siapa juga yang saya dengar tadi??? Apa lagi belum cukup jam habis kerja saya terus cabut keluar dari opis ... memang terketar-ketar mengunci pintu ... rasa mau menangis pun ada juga tapi kira kuat semangat juga la saya ni ^_^ sampai dalam kereta saya terpaksa bertenang dulu dan tarik nafas dalam-dalam sebelum memandu.
Sebenarnya, ini bukan kali pertama saya mengalami peristiwa seram macam ni di opis kami ... pertama kali berlaku kira-kira dalam bulan April bila saya mendengar bunyi nafas dekat telinga sebelah kiri semasa dalam tandas, time tu pun memang sorang-sorang juga sebab saya balik lewat sikit. Lepas tu saya apa lagi memang terus bergegas keluar.
Kali kedua ... berlaku sekitar bulan Julai atau Ogos. Time tu sorang diri juga sedang cuci kontena bekal di bahagian dapur ... tiba-tiba bulu roma meremang dan dengar bunyi suara "Pstttt" di tepi sebelah kiri juga ... dan saya pun cepat-cepat keluar dari opis lepak di kedai bawah tunggu si kawan datang baru la berani naik opis. Masa baru masuk kerja dulu, memang si kawan ada cerita pasal pengalaman seram dia sendiri dan 2 orang bekas pekerja sebelum saya.