| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Sunday 21 August 2011

Cuci Mata Di Everrise Cawangan Ke - 19

Everrise cawangan ke-19
Pasar raya Everrise baru di  Taman Samarindah yang dibuka operasinya secara rasmi pada 19 Ogos lepas ternyata berjaya menarik tumpuan penduduk di sekitar taman perumahan Samarindah dan juga penduduk di sekitar Kota Samarahan ... termasuklah kami dua si gaman yang tidak mau ketinggalan melihat Everrise baru.

Wisma Samarindah
Pasar raya Everrise ke-19 dibuka di tingkat bawah Wisma Samarindah dengan keluasan 18,000 kaki persegi ini menawarkan pelbagai keperluan lengkap untuk seisi rumah.  Ini bermakna, penduduk di Taman Samarindah tidak perlu lagi pergi jauh untuk mendapatkan bekalan harian.  Selain itu, sehingga 19 September ini pembeli berpeluang untuk menikmati diskaun sehingga 20% untuk barangan tertentu.

Sesak dengan pengunjung
Sementara itu, pada malam 26 - 27 Ogos dan 3 - 4 September akan berlangsung pertandingan menyanyi bersempena dengan pembukaan rasmi cawangan Everrise ke-19 ini.  Para peserta yang berminat boleh memilih sama ada ingin menyanyikan lagu dalam bahasa Cina, Melayu atapun Iban.  Pada 28 Ogos dan 2 September pula, pengunjung berpeluang untuk menyaksikan persembahan 'live band'.

Menurut akhbar tempatan, difahamkan bahawa penjaja di gerai sementara Jalan Entingan dan Taman Samarindah, Kota Samarahan dekat sini akan dipindahkan ke tapak gerai baru di Taman Samarindah mulai 1 Oktober ini bagi memberi laluan kepada pembinaan projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB).

p/s:  Ini laporan yang dibuat selepas membuat tinjauan rambang dan sesi cuci-cuci mata pada tengahari tadi ... cewah macam reporter la pula




2 comments:

Okayarms said... [Reply]

Adui... When you say cuci mata, I thought ada banyak chicks sia buli tinguk ;D Wuahahaa.

Sekali tinguk, pasar raya baru pula hahaa.

Jaw @ MyGamanBorNeo said... [Reply]

@Armstrong hahaha ... ada2 sj ko ni hehehe