Mendung? Jerebu ekoran cuaca yang panas dan kering di Kuching |
Cuaca panas membahang ... merimaskan ... mood pun 'sejerebu' cuaca jerebu di Kuching pada ketika ini. Sehingga malam ini pun, cuaca masih merimaskan ... angin kipas pun tidak terasa ... aircond tiada, jadi mengeluh pun tiada guna ㋛
Sumber yang diperolehi dari Borneo Post mengatakan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak kini bersiap sedia dari segi pemantauan bagi menghadapi situasi jerebu di negeri ini. Persediaan itu termasuk pemantauan melalui udara
terutama jika situasi jerebu mencapai paras Indeks Pencemaran Udara
(IPU) tidak sihat iaitu 100 ke atas.
Laporan Borneo Post juga menjelaskan bahawa, buat masa ini JAS cuma
membuat rondaan melalui darat iaitu memantau jika ada pembakaran
terbuka, kebakaran atau keadaan yang menjejaskan jarak penglihatan. Sehingga Khamis lepas, Sarawak menyaksikan sebanyak 34 titik panas di seluruh negeri. Klik untuk berita penuh.
0 comments:
Post a Comment