| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Thursday 11 August 2011

Jika Diberi Peluang Kedua Untuk Hidup

Lagi mengenai kes lelaki 'mati hidup semula'.  Jika pada blog post sebelum ini saya berkongsi mengenai  kes seorang lelaki di Johannesburg, Afrika Selatan yang mati dan hidup semula, kali ini kejadian yang serupa berlaku pada seorang lelaki warga emas di Sibu, Sarawak.  Ada yang beranggapan kejadian ini melibatkan kecuaian pihak hospital, tapi mungkin betul lelaki ini sudah meninggal dunia bagaimanapun Tuhan telah memberi dia peluang kedua untuk meneruskan hidup.

SIBU: Seorang pesakit lelaki dalam lingkungan umur 50-an yang dikatakan meninggal dunia terpaksa diusung keluar dari bilik mayat selepas nadinya didapati masih berdenyut.  Insiden menggemparkan itu berlaku sekitar jam 4 petang kelmarin di Hospital Sibu apabila pesakit yang berasal dari sebuah rumah panjang di Kanowit, 60 kilometer dari sini, dikatakan telah menghembuskan nafas terakhirnya semasa berada di wad Unit Rawatan Rapi (ICU).  Menurut sumber yang juga saudara-maranya, berita tentang kematian pesakit tersebut telah dimaklumkan kepada ahli keluarga terdekatnya sejurus selepas itu.  Bagaimanapun, ketika ahli keluarga terdekatnya sedang bergegas pergi ke hospital untuk memberi penghormatan terakhir, tiba-tiba mereka sekali lagi dikejutkan dengan berita mengenai pesakit tersebut belum disahkan meninggal dunia.

Sumber memberitahu, dia dimaklumkan bahawa ‘si mati’ terpaksa diusung semula ke wad ICU kerana masih hidup memandangkan nadinya masih berdenyut.  Menurutnya, kakitangan di bilik mayat hampir menyuntik pesakit itu yang dikatakan sudah mati dengan ‘ubat mayat,’ tetapi tidak menjadi setelah hasil pemeriksaan menunjukkan nadinya masih berdenyut.  Katanya lagi, pesakit itu hanya mampu bertahan selama lebih kurang lima jam selepas itu dan disahkan benar-benar meninggal dunia sekitar jam 9 malam kelmarin.  Menurutnya, si mati sebelum itu dihantar ke Hospital Daerah Kanowit seminggu lalu kerana mengalami pelbagai masalah kesihatan dan keadaannya ketika itu agak serius.  Pesakit tersebut yang pernah bekerja di luar pantai dan sebagai pengawal keselamatan di sebuah bank di Kanowit, kemudiannya dirujuk ke Hospital Sibu - Borneo Post Online.




2 comments:

Okayarms said... [Reply]

Bagi saya, ini bukan peluang hidup ni... cuma mungkin badan ja masi bertahan.

Tapi nda tau la details cerita ni. Tu urang sempat bercakap dengan family ka selepas dia hidup balik tu?

Jaw @ MyGamanBorNeo said... [Reply]

@Armstrong itu la yg saya tunggu2, tp tiada pula berita selanjutnya. ingin tahu jg ni, mana la tau ada mimpi2 mcm cerita org tua dulu2.