| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Saturday 26 November 2011

Showcase Anugerah Carta Borneo Era 2011

Kumpulan indie, Polar
Kumpulan indie, Polar dan Ir Radzi merupakan dua daripada lima finalis akhir Anugerah Carta Borneo Era 2011 yang hadir menjayakan Showcase Anugerah Carta Borneo Era 2011 pada malam tadi (Jumaat) bertempat di Curve bar, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuching.  Polar dan Ir Radzi masing-masing mempersembahkan tiga buah lagu pada malam tersebut.

Ir Radzi
Showcase ini merupakan salah satu usaha yang dilakukan oleh Era fm Kuching untuk mempromosikan Anugerah Carta Borneo Era 2011 yang bakal berlangsung tidak lama lagi iaitu pada 10 Disember depan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Mayze
Pada malam tersebut, hadirin yang terdiri daripada pendengar setia radio Era fm Kuching serta tetamu jemputan berpeluang berhibur menyaksikan persembahan live Polar dan Ir Radzi secara dekat dalam suasana yang santai.  Suasana lebih 'gempak' lagi dengan persembahan bertenaga daripada kumpulan Mayze iaitu kumpulan indie yang pernah menjuarai pertandingan RockERA DiGi.

Mana satu saya mau undi ni ???  Undi adalah rahsia :)
Selain menyaksikan persembahan artis indie tempatan, kami yang hadir turut mengambil kesempatan untuk mengundi secara online untuk artis pilihan bagi tiga kategori dipertandingkan iaitu Lagu Borneo Paling Popular, Artis Solo/Band Borneo Paling Popular dan Artis Harapan Borneo.  

Mengundi secara online
Lima finalis akhir iaitu Ir Radzi (Kontra Analisa), Polar (Majesty), Noenaki (Pepari), Hevance (Aku Nemu), dan RDZ ft Asraf Hardy & Farid Lucille (S.O.S), mungkin berpeluang menjadi pemenang untuk mana-mana kategori.  Keputusannya hanya akan diketahui pada malam anugerah kelak.

Jadi untuk sesiapa yang ingin menyaksikan Anugerah Carta Borneo Era pada 10 Disember ini, anda boleh merebut peluang untuk mendapatkan pas-pas masuk percuma dengan menghantar sms, taipkan KCH<jarak>Nama dan No.ic<jarak>sebab mahu ke Anugerah Carta Borneo ERA dan hantarkan ke 32555.




0 comments: