Persembahan pembukaan oleh artis jemputan |
Sesiapa yang menyaksikan Konsert Jelajah Ghostbird Zee Avi pada Sabtu lepas, pasti sangat terhibur dan rasa berbaloi walaupun penonton yang rata-ratanya peminat setia penyanyi kecil molek ini terpaksa menanti lama untuk artis ini muncul memulakan persembahannya di atas pentas. Konsert diadakan di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) lama di Petra Jaya dan tiket dijual pada harga RM78, RM98 dan RM158. Sementara kami dua si gaman pula masuk dengan tiket percuma (free standing) yang diperolehi ketika menghadiri Public Talk oleh Sarawak Bloggers pada Expo ICT 2011 yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).
Kemunculan Zee Avi buat suasana bertambah gamat |
Persembahan yang dijadualkan bermula pada jam 8.00 malam itu seperti
yang tertera pada tiket hanya bermula pada kira-kira jam 9.00
malam. Persembahan pembukaan pada malam itu dimulakan dengan lapan buah lagu persembahan akustik secara live oleh Imran atau Narmi yang juga pemain dram kumpulan One Buck Short. Walaupun persembahan artis jemputan menghiburkan tetapi ternyata penyanyi kelahiran Sarawak yang popular dengan lagu "Kantoi" ini mempunyai auranya tersendiri apabila peminat setianya pada malam tersebut mula bersorak-sorak memanggil nama Zee Avi pada beberapa selang masa semasa persembahan pembuka tirai.
Penonton yang hadir pada konsert jelajah Ghostbird Zee Avi |
Suasana bertambah hangat dengan sorakan penonton apabila akhirnya Zee Avi muncul memulakan persembahannya pada kira-kira jam 10.00 malam. Memandang kaki sudah agak lenguh berdiri selama dua jam, saya dan si gaman merancang untuk beredar selepas mendengar dua buah lagu persembahan Zee Avi. Bagaimanapun, hasrat tersebut kononnya ditunda kepada lima buah lagu berikutan persembahan Zee Avi yang cukup memukau dan menghiburkan. Akhirnya tanpa sedar, kami terpukau untuk terus menyaksikan persembahan hingga ke lagu kesepuluh dan terakhir "Kantoi".
0 comments:
Post a Comment