| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Monday, 7 November 2011

Twenty Twenty Lokasi Sarapan Pagi Terbaik

Pork porridge + egg RM3.50
Mencari salah satu lokasi sarapan pagi terbaik di Kuching, saya menyarankan agar anda berkunjung ke kedai makan yang hanya popular dengan nama "2020" (twenty twenty).  Terletak di King Centre, Simpang Tiga, kedai makan yang sentiasa dipenuhi pelanggan pada sebelah pagi ini menawarkan pelbagai pilihan pada harga yang berpatutan.  *Sebelum itu, adalah dimaklumkan bahawa kedai makan ini tidak halal.

Popia sayur-sayuran RM2.00
Di sini terdapat pelbagai pilihan sarapan pagi yang boleh dikategorikan sebagai "sedap-sedap belaka".  Selain bubur, popia dan BBQ mee, terdapat juga laksa sarawak, seafood mee serta makanan bergoreng seperti mee goreng, nasi goreng, mee goreng kantonis, mee tomato dan lain-lain untuk dinikmati.

BBQ Mee RM4.00
Selain daripada makanannya yang sedap, kita juga turut mendapat layanan yang mesra dan pantas.  Pelanggan juga tidak perlu terpinga-pinga menunggu lama untuk memesan minuman kerana pelayan-pelayannya di sini sentiasa peka dengan pelanggan.  Malah, mereka juga turut membantu mencarikan tempat duduk kosong untuk pelanggan yang baru datang.  Perkara terakhir yang tidak kurang pentingnya iaitu tandas di sini juga bersih!




4 comments:

Mizz Coki said... [Reply]

Ini bukan itu tempat hhhaaaa.. Ling Loong Seafood kah? I notice the BBQ noodle tu yg lain dari yang lain and Popia 'Diva' tu hahaha

Willie a.k.a Reptoz said... [Reply]

Dulu masa kerja dekat area sana, selalu juga makan d king centre.

Jaw @ MyGamanBorNeo said... [Reply]

@Mizz Coki haha ... iya la Ling Loong Seafood saya cek nama kedai pagi tadi. Tp selalu dgr org panggil twenty2 ... mungkin gara2 signboard snooker 2020 atas kedai tu. Mmg best2 makanan di situ.

Jaw @ MyGamanBorNeo said... [Reply]

@Willie a.k.a Reptoz ... hubby saya kerja dekat king centre tu sbb selalu singgah makan dekat sini, especially di Ling Loong Seafood atau org selau panggil 2020 gara2 ada signboard snooker 2020 di atas.