| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Showing posts with label Pelik Tapi Benar. Show all posts
Showing posts with label Pelik Tapi Benar. Show all posts

Wednesday, 27 July 2011

Mati, Hidup Semula & Mati Semula

Di Johannesburg, Afrika Selatan seorang lelaki mendapati dirinya berada di dalam peti sejuk sebuah rumah mayat apabila tersedar hampir sehari selepas keluarganya menyangka dia sudah meninggal dunia. Lelaki berkenaan dikatakan tersedar pada tengah hari Ahad lepas, 21 jam selepas dia dibawa ke rumah mayat berkenaan selepas keluarganya menyangka dia sudah mati akibat serangan asma.  Selain itu, hasil pemeriksaan juga mendapati tiada denyutan nadi dan degupan jantung pada tubuh lelaki itu ..... Namun, hampir sehari selepas pekerja rumah pengebumian itu memasukkan lelaki itu ke dalam peti sejuk mayat dan menguncinya, mereka terdengar seseorang menjerit meminta tolong.  Pemilik rumah mayat tersebut yang ketakutan, bertindak menelefon polis.  Mereka kemudian membuka peti sejuk mayat itu dan mendapati lelaki tersebut masih hidup.  Dia dihantar ke hospital untuk pemeriksaan sebelum dibenarkan pulang.  Sumber: Kosmo

Teringat pula kisah-kisah yang pernah  saya dengari daripada orang tua-tua mengenai mayat hidup.  Salah satunya ialah cerita mengenai seorang lelaki yang mati dan hidup semula bagaimanapun mati semula akibat dibelasah oleh penduduk kampung yang memikirkan lelaki itu bertukar menjadi rogon atau hantu dalam bahasa Dusun.

Satu lagi cerita ... ini versi yang si gaman ceritakan iaitu mengenai  mayat seorang penghuni rumah panjang yang sudah dimasukkan ke dalam keranda.  Bunyi ketukan dan jeritan dari dalam keranda menyebabkan penghuni lain takut dan proses pengkebumian dipercepatkan.

p/s:  Bila difikirkan pada zaman serba moden ini, mungkin kedua-dua orang dalam cerita tersebut masih hidup tetapi terpaksa mati semula berikutan orang dulu-dulu lebih percaya kepada cerita-cerita hantu bangkit.




Tuesday, 10 May 2011

Pengantin baru diarahkan kurangkan penggunaan HP

Google Pix
Pelik tapi benar, tetapi itulah yang berlaku apabila sebuah kerajaan negeri mengarahkan pengantin wanita mengurangkan berbual di telefon bimbit dalam tempoh dua tahun pertama perkahwinan bagi mengelak rasa cemburu pasangan masing-masing.

Menurut laporan AFP, Suruhanjaya Wanita Punjab sebuah negeri di India itu mengeluarkan arahan rasmi mengenai perkara itu minggu lalu dan menggesa pengantin wanita memberi fokus kepada hal rumah tangga berbanding berborak di telefon bimbit.

Arahan itu dikatakan boleh mengelakkan rasa curiga di antara pengantin baru sementara mereka menyesuaikan diri sebagai suami isteri.  Ini kerana, suruhanjaya tersebut mendapati hampir 40 peratus wanita menuntut cerai apabila suami dan keluarga mentua mereka kurang senang dengan perbuatan mereka berborak panjang di telefon bimbit.  Di kalangan suami pula, mereka bimbang jika isteri berhubung dengan bekas kekasih masing-masing.  Sumber: Metro

#Harap arahan seperti ini tidak dikuatkuasakan di negara kita.  Handphone kini sudah menjadi barang keperluan dan generasi baru sekarang mana dapat hidup tanpa handphone di sisi.




Sunday, 8 May 2011

Sifat Lelaki Dapat Dilihat Melalui Posisi Tidur

Google Pix
Menurut sebuah majalah kekeluargaan, 'Posisi tidur seorang lelaki itu mencerminkan sifatnya'.  Bunyi agak pelik tetapi Samuael Dunkell, Pengarah Insomnia Medical Services, New York City mengatakan sifat seseorang lelaki itu dapat dilihat melalui cara mereka tidur.

Telungkup - Lelaki yang tidur dalam posisi ini dikatakan seorang yang bersemangat dan bertengaga.  Selain itu, mereka juga menepati waktu dan mudah mendapat kejayaan.  Tetapi, pada masa yang sama, mereka ini suka mengawal orang lain termasuk pasangannya.

Sambil Memeluk Bantal - Jika anda tidur dalam posisi ini pula, anda dikatakan seorang yang sangat peka dan mudah tersinggung.  Anda juga begitu mengharapkan keputusan yang positif daripada orang lain sebelum mengambil langkah lebih lanjut.

Memeluk Badan - Bagi lelaki yang suka tidur sambil memeluk tubuh, mereka ini digolongkan sebagai yang bersikap rasional, mudah simpati dan mempunyai pola hidup yang teratur.

Telentang - Posisi tidur seperti ini menunjukkan bahawa anda sudah terbiasa menguasai seluruh tempat tidur.  Mereka yang tidur dalam posisi ini dikatakan mempunyai keyakinan diri, suka mencuba sesuatu yang baru tetapi agak sombong dan ingin menjadi perhatian orang lain.

Jadi, wahai golongan lelaki, adakah anda tergolong dalam gaya tidur ini?  Bagi wanita pula, tiba masanya untuk perhatikan cara tidur pasangan anda dan bandingkan dengan sifat mereka.



Sunday, 6 March 2011

Kenapa saya dan anda perlu ketawa?

Pix from google
Hari ini dan hari-hari seterusnya saya mesti sentiasa ketawa! biarpun mood tunggang langgang tapi saya mesti ketawa!  Woopsss ... jangan ingat saya putus wayar pula, sebenarnya ini sekadar kata-kata untuk menyuntik semangat pada diri sendiri yang sedang dilanda satu tekanan.

Saya percaya mesti ramai yang tidak tau atau tidak pernah ambil tau mengenai manfaat yang terpendam dalam ketawa ... sebenarnya saya pun baru juga tau selepas membaca satu fakta menarik mengenai manfaat di sebalik ketawa di dalam sebuah majalah.

Menurut artikel dalam majalah tersebut, hanya dengan ketawa, seseorang itu akan merasakan beban hidup yang dihadapi lebih ringan.  Malah ketawa juga sering dijadikan ubat pelbagai penyakit seperti tekanan, arthritis, strok, diabetes dan penyakit jantung.  Ini kerana, ketawa memberikan otot-otot berada dalam keadaan tenang dan membantu menghilangkan tekanan.

Ketawa terbahak-bahak juga akan membantu seseorang itu melepaskan enzim dan hormon yang sangat diperlukan oleh organ-organ badan agar dapat berfungsi dengan baik.  Ia juga dapat mengaktifkan kembali sel T yang berfungsi sebagai antibiotik semulajadi, meningkatkan sistem imunisasi dan melawan penyakit.

Selain itu, dengan ketawa seseorang itu akan dapat meningkatkan kepercayaan diri dan mental yang kuat dalam menghadapi segala masalah.  Secara tidak langsung, ketawa dapat membantu menurunkan tekanan darah dan membuatkan sistem aliran darah meningkat.

***Akhir sekali, kita dinasihatkan supaya tidak ketawa sorang-sorang tanpa sebab, nanti lain pula jadinya ... waka ... waka ... eh ... eh ....


Friday, 4 March 2011

Kenapa saya tidak dapat gelaran datin?


Ramai artis wanita di Malaysia sekarang secara automatik memegang gelaran Datin setelah berkahwin dengan lelaki yang bergelar Datuk.  Walaupun saya ni bukan artis dan tidak terkenal tapi saya pun sebenarnya ... mmm ... mau bagitau takut orang kata temberang, kalau tidak bagitau nanti tiada siapa yang tau pula ^_^ 

Bah ... alang-alang bagus bagus bagitau saja la.  Sebenarnya kan, saya pun berkahwin dengan seorang lelaki yang bergelar Datuk ^_^ Jadi kamu urang semua jangan jeles la yer sebab bukan tiga artis wanita ni saja yang bertuah dapat kawin dengan Datuk.  Tapi yang bikin tidak puas hati kan ... napa saya tidak dapat gelaran DATIN !!!

Datuk Saiful Bahar & Datin Annahita Bakavoli

Datuk Rosman Ridzwan & Datin Noniswara Baharudin

Datuk Paduka Khairuddin & Datin Paduka Umie Aida




Datuk Sarawak & Nenek Sabah
Napa saya tidak dapat gelaran DATIN ??? Masa mula-mula kawin dengan si gaman, memang saya tau dia Datuk tapi kerana cinta karas kata orang Sabah ... saya dengan sepenuh hati menerima si gaman sebagai teman hidup.  Lagi pula, macam mana la mau dapat title Datin kalau si gaman cuma Datuk kepada ramai cucu saudara  ^_^  dan dengan segala hormatnya saya mendapat gelaran Nenek Sabah oleh cucu-cucu saudara sebelah si gaman.




Friday, 18 February 2011

Tiket Wayang dikatakan membawa MAUT

Pix from google search
Satu fakta yang kurang menyenangkan telah saya perolehi daripada sebuah majalah kekeluargaan.  Fakta ringkas dalam ruangan berbentuk info kesihatan ini menyatakan bahawa "tiket wayang boleh membawa maut !". Fakta menarik ini merujuk kepada salah satu artikel yang diterbitkan dalam jurnal Analytical dan Bioanalytical Chemistry edisi September 2010.  Artikel itu menjelaskan bahawa kandungan bisphenol A (BPA) yang terdapat dalam kertas untuk mencetak tiket wayang mendatangkan bahaya kepada kesihatan individu.

BPA dikatakan boleh menyebabkan kanser, serangan jantung, diabetis, kerosakan saraf dan impotensi sehingga boleh membawa maut.  Selain tiket wayang, difahamkan juga kandungan BPA turut terdapat dalam tisu tandas, resit pembelian, pembungkus piza, makanan dalam tin dan minuman tin! Wah !!! macam mana mau hidup sihat walafiat ni kalau kebanyakan barang-barang makanan dan keperluan harian membawa kesan negatif ?  Warggggghhhhhhhh ... How can we live without all those thing !!!



Thursday, 17 February 2011

Penyu gergasi ganggu majlis perkahwinan

Geli hati betul bila baca cerita mengenai seekor penyu gergasi yang comel dikatakan telah mengganggu upacara perkahwinan yang diadakan di dalam Akuarium Sea Life di London.  Siapa yang ganggu siapa agaknya?  Si penyu ni sebenarnya rasa terancam dengan kehadiran manusia di dalam akuarium tempat dia tinggal.  ATAU, mungkin juga si penyu ingin mengucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU" dengan cara menggigit gaun pengantin ketika sesi menyarung cincin ... malangnya telah disalah anggap pula ^_^  Saya dan si gaman, ketika merancang kawin dulu tidak pula cukup kreatif untuk menjadikan upacara perkahwinan kami pada empat tahun lepas luar biasa seperti pasangan ini ^_^

Sumber:  Kosmo! Online



Tuesday, 15 February 2011

Perkahwinan si Sang Arnab

Perkahwinan dua ekor arnab ini dikatakan sebagai mesej supaya berbuat kebaikan terhadap haiwan-haiwan terbiar.  Pendek kata, upacara perkahwinan pasangan Sang Arnab ini merupakan salah satu langkah promosi untuk "membanteras kekejaman ke atas haiwan".  Pelik tapi Benar ... dan berapa ramai agaknya yang memahami mesej yang cuba disampaikan ini?  Manusia ni bila semakin pintar maka semakin bertambah pelik la perangai mereka ^_^





Pautan | Laporkan kekejaman ke atas binatang !!! | Perkahwinan si Sang Arnab |



Tuesday, 8 February 2011

Ketagih Makan Sabun

Banyak juga kes-kes pelik tapi benar di negara kita ni seperti yang sering ditayangkan dalam rancangan Misteri Nusantara di TV3 ... tapi luar biasa pelik lagi kes-kes yang berlaku di luar negara.  Bayangkan ... sabun pun boleh buat orang ketagih, pelik bin heran la.  Kalau di negara kita, orang cuma sibuk-sibuk cerita pasal kes ketagihan  dadah, ubat batuk, gam dan ketagihan air rebusan daun ketum.  Tapi yang ni ketagih sabun ... macam tidak masuk akal pula kan? 

Artikel ni menceritakan mengenai ketagihan seorang gadis berusia 19 tahun yang berasal dari Miami, USA terhadap sabun dan serbuk pencuci.  Tapi tidak pula dinyatakan kesan negatif terhadap kesihatan akibat pengambilan serbuk pencuci dan sabun sebagai makanan.  Sepatutnya, perlu dinyatakan sama ada tabiat ini boleh menimbulkan kesan negatif ataupun tidak ... takut-takut ada pula yang mau mencuba-cuba makan sabun lepas baca artikel ni ^_^ 
Keratan daripada Kosmo! Online


Monday, 7 February 2011

Kejutan yang Romantis

Keratan daripada Kosmo! Online
Tersenyum sendiri bila terbaca artikel ringkas mengenai pasangan pengantin baru ni, kejutan yang dibuat oleh si pengantin lelaki cukup mencuit hati dan romantis.  Pasangan pengantin baru zaman sekarang semakin kreatif ... ada-ada saja gimik yang dilakukan untuk menjadikan hari perkahwinan masing-masing lain daripada yang lain.  
Keratan artikel dari Kosmo! Online
Saya dan si gaman pula tidak la kreatif sangat ^_^ Hari perkahwinan kami pada 17 Februari 2007 yang diadakan di kampung halaman saya di Beluran, Sabah ... simple saja tapi tetap meriah dengan kehadiran saudara-mara.  Kejutan yang ada pun ... bila bekalan elektrik terputus sementara sebelum majlis reception bermula.  Bila diingatkan, lucu pula sebab time schoolmate saya kawin dulu pun berlaku kejadian yang sama.  Sekarang ni, orang kampung makin bijak ! siap prepare generator lagi ... ready-ready saja bah takut mati karan kata orang Sabah ^_^




Friday, 4 February 2011

50 Petanda Serangan Penyakit Angau

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Pada post Refresh semula saat-saat jatuh cinta, saya cuba la konon-kononnya mengukur tahap angau saya terhadap si gaman pada kira-kira 7 tahun lepas.  Daripada 50 senarai petanda serangan penyakit angau ... boleh disimpulkan bahawa saya sihat dan bebas dari penyakit angau ^_^ Jadi betul la apa yang saya katakan sebelum ni, cinta itu suatu yang subjektif dan setiap individu itu mempunyai tafsirannya yang tersendiri.

Saya ada 5 jawapan berwarna kuning menandakan kurang pasti dan 3 jawapan berwarna merah yang menunjukkan saya cukup pasti dengan jawapan diberi.  Sedangkan, kriteria yang diberikan menyatakan "lebih 10 perkara daripada senarai dinyatakan ini menyerang kamu ... ini bermakna anda disahkan menghidapi penyakit ANGAU.  Lebih 20, maknanya kamu memang cukup angau.  Jika lebih 30, ternyata kamu terlampau angau dan sekiranya lebih 40 perkara, itu bermakna yang kamu angau tahap GABAN ^_^ "
Pix from google photo sharing

(: Ukur Tahap Angau Anda :)

1 Seperti ada kelainan dalam dirinya yang mahu kamu selami.  Bukan seperti lelaki-lelaki lain yang pernah kamu temui.  Jawapan:  Tidak perasan pula.

Setiap kali teringatkan dia seperti ada yang mengeletek dalam diri. Jawapan:  Hehehehe ... tidak la pula sampai tahap ni.

Entah mengapa kamu jadi aneh, suka tertawa dan senyum-senyum sendiri. Jawapan:  Alalala ... ini kes teruk kalau macam ni, saya ok saja.

4  Terlalu kerap mencuri-curi pandang si dia. Jawapan:  aikksss!!! Tidak pernah sempat curi pandang sebab kami jarang jumpa.

5  Kalau matanya tertumpu kepadamu, jantung berdegup kencang.  Tangan tetiba berpeluh. Jawapan:  Tidak pernah perasan direnung ... sebab si gaman pakai cermin mata hahaha...

6  Kalau berdepan dengannya, semua benda jadi tidak keruan dan salah tingkah. Jawapan:  Tidak pernah pula tersalah tingkah sebab kami selalu bersama rakan-rakan lain.

7  Kamu asyik tersasul menyebut nama si dia.  Malah, dah mula berangan-angankan nama anak-anak dengannya nanti.  Jawapan:  Langsung tidak pernah.

8  Ingin selalu berada dekat-dekat dengan dirinya.  Seboleh-bolehnya tidak mahu dia hilang dari pandangan.  Jawapan:  Kurang pasti pula.

9  Kamu suka mengelamun dan jadi kaki berangan.  Jawapan:  Saya bukan jenis yang suka berangan-angan.

10  Asyik sekali berkhayal yang indah-indah tentang kamu dan dia.  Berjalan pun terasa di awangan.  Jawapan:  adoiiii ... Tidak pernah ... hehhee ... melampau la pula kalau sampai tahap ni.

11  Kamu hilang selera makan.  Lapar pun tidak terasa.  Jawapan:  woops!!! Sama sekali tidak pernah.

12  Tiba-tiba kamu disinggahi penyakit insomnia.  Sukarnya mahu lelapkan mata kebelakangan ini.  Jawapan:  Tidur merupakan salah satu yang saya gemari ... pantang kena ganggu time tidur.

13  Diari kamu berisi tulisan-tulisan tentang dia ... dia ... dan dia.  Jawapan:  Saya tidak pernah memiliki diari peribadi.

14  Kalau dulu kamu sering mendengar lagu-lagu rancak, sejak kebelakangan ini sentimental pula.  Jawapan:  Asal lagu best ... layan saja.

15  Kamu jadi cerewet mengenai penampilan diri.  Kalau boleh tidak mahu dia lihat kamu tanpa sepalit solekan atau selekeh.  Seboleh-bolehnya kamu mahu dia melihat kamu cantik-cantik selalu.  Tubuh kamu pula semerbak wangi sampai si dia bersin dibuatnya sebaik sahaja mendekatimu.  Jawapan:  Ya. Tapi sekadar tidak nampak selekeh saja :)

16  Pantang bertemu majalah, kamu membaca ramalan zodiak kamu dan dirinya.  Jawapan:  ... ingat-ingat lupa pula.

17  Dia sepatutnya sudah menelefon tetapi talian tidak berdering dan kamu terus-terusan menunggu.  Pada saat itu kamu sudah jatuh cinta.  Jawapan:  Tidak.

18  Apa sahaja mengenai si dia kamu ingin tahu.  Bukan sekadar nombor telefon, nombor rumah, malah nombor telefon rumah neneknya juga.  Wah, ni melampau tahap gaban ^_^  Jawapan:  Hahaha ... jawapan saya TIDAK pernah sama sekali.

19  Sedaya-upaya kamu mendekati sahabat-sahabatnya.  Mahu mencuri jalan senang mendekatinya lagi.  Jawapan:  Hehehe ... rasanya tidak perlu sebab kawan saya ... kawan si gaman juga.  Kawan si gaman ... kawan saya juga.

20  Diam-diam kamu mengambil gambarnya di telefon bimbit dan dijadikan wallpaper.  Jawapan:  Andudui ... kesian betul, sebab zaman kami dulu-dulu telefon belum canggih macam sekarang ni.

21  Jadi hobi pula mengukir namanya di setiap laman kosong.  Nampak nama pun jadilah ... Jawapan:  Tiada masa untuk benda-benda remeh macam ni.

22  Ada rakan-rakan buat lawak depan kamu pun tapi mata dan perhatian kamu hanya tertuju kepada si dia.  Jawapan:  Tidak, sebab saya ni suka dengar cerita lawak.

23  Ada unsur-unsur berlagak tidak endah bila dia dekat dengan mu, tetapi apabila dia tiada di depan mata kamu berusaha mencarinya.  Jawapan:  Kes macam ni tidak perasan pula.

24  Kamu lebih senang dengan email atau SMS pendek daripadanya berbanding email  panjang atau bingkisan lebar orang lain.  Jawapan:  Zaman kami dulu, 1 SMS 20 sen ... manakala topup credit dan access pula masing-masing RM50 setiap satu.  Semuanya mahal ... jadi lebih baik guna untuk menghubungi keluarga.

25  Kalau si dia menyentuhmu, nak pitam rasanya.  Jawapan:  Hahaha ... teruk la pula kalau sampai macam ni, orang yang jenis macam ni patut jumpa doktor.

26  Dalam telefon bimbitmu, yang tinggal hanya sebarisan SMS daripadanya.  Sedang SMS orang lain mudah sahaja kamu delete selepas sekali membacanya.  Kalau kad memori penuh, kamu sanggup menyalin pesanan-pesanan itu.  Jawapan:  Tiada masa untuk kerja-kerja remeh macam ni ... full inbox delete saja la.

27  Selain sering mengelamun, kamu jadi tidak senang apabila dia dilihat dengan orang lain.  Kamu jadi marah tiba-tiba, tidak senang dan meradang jika ada orang lain memandangnnya.  Jawapan:  Tidak pernah, saya ni dikategorikan sebagai seorang yang sukar untuk cemburu.

28  Setia menunggu dia telefon meskipun dia tidak pernah berjanji mahu telefon.  Belum lagi jika benar menelefonmu, sengih kamu itu melonjak-lonjak kegirangan.  Jawapan:  Kurang pasti pula.

29  Seandainya kamu terbeli dua tiket wayang, hanya nama si dia dalam fikiran dan kamu tidak teragak-agak mempelawanya menemani kamu.  Jawapan:  Zaman tu masih student lagi, jadi duit pun cukup-cukup untuk diri sendiri.

30  Semua temanmu jadi bingung kerana kamu jadi suka kepada hobi yang dibencimu selama ini gara-gara si dia menyukainya.  Jawapan:  Tidak pernah pula tengok mereka bingung.

31  Mulut kamu hanya mengatakan teman, kawan dan kenalan sahaja.  Padahal hati kamu menjerit lain.  Ketika itu kamu berazam membuang perasaan itu dengan delete nombor telefon bimbitnya.  Sayangnya kamu hafal nombor itu.  Jawapan:  Opss ... saya lebih suka berterus-terang.

32  Sebanyak mana kamu pening memikirkan cara bagaimana mengajaknya keluar menonton wayang setelah sengaja membeli dua tiket, di lain masa, kamu juga pasti mencari-cari alasan setiap kali mahu bertemunya.  Jawapan:  Tidak pernah fikir benda-benda macam ni.

33  Terus-terusan manjakan dia.  Kamu sanggup berhabis wang semata-mata membeli hadiah harijadinya.  Pastinya hadiah paling hebat dipilih untuknya.  Termasuklah hadiah Hari Valentine juga, walaupun dia tidak pernah kata kamulah Valentine dia.  Jawapan:  Hehehe ... untuk diri sendiri pun tidak cukup pada zaman tu, apa lagi mau belanja orang lain.

34  Kamu terlalu memikirkan tentang dia sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi.  Kamu juga jadi terlampau sensitif dan selalu terbawa-bawa emosi pilu.  Nah, itulah tandanya kamu telah jatuh cinta.  Jawapan:  Tidak pernah mimpi ... tapi pernah satu pagi, pada ketika saya membuka mata ... orang yang pertama saya fikirkan ialah si gaman.

35  Selalu memuji segala hal tentang dia.  Bibir kamu juga tidak lepas-lepas bercerita tentang dia.  Jawapan:  Tersangatlah payah mau memuji orang.  Kalau sekali memuji memang betul-betul ikhlas.

36  Kamu mula memegang semula buku kata-kata indah dan madah cinta.  Juga rajin membeli buku psikologi tentang cinta dan cuba mempraktikkannya.  Jawapan:  Saya bukan jenis yang jiwang-jiwang.

37  Satu senyuman dia buat kamu mengira-ngira 1000 maknanya.  Ingin sekali kamu tahu perasaan dia kala ini apakah sama denganmu.  Jawapan:  Orang senyum ... kita senyum balik la, buat apa buang masa fikir di sebalik makna senyuman itu.

38  Rajin SMS bertanyakan khabar dia.  Kamu juga cuba-cuba sehari tidak menghubunginya, dengan harapan menunggu apakah dia akan memulakan dahulu.  Sekiranya berjaya, sukanya hati kamu tidak terkira.  Jawapan:  Perkara yang paling saya lembab mau buat ... kecuali betul-betul penting dan perlu.

39  Pura-pura meminjam buku padahal kamu tidak memerlukannya langsung.  Kamu juga rela meminjamkan si dia buku padahal kamu belum habis membacanya.  Jawapan:  Zaman tu kami ambil course berbeza, jadi tidak pernah timbul soal-soal macam ni.

40  Mencari alasan baru supaya dapat ke rumahnya walaupun hanya untuk pinjam CD baru.  Jawapan:  CD player pun tiada pada ketika tu, macam mana mau pinjam hehehe.

41  Sebaik sahaja bertembung mata dengannya, wajah kamu merona merah seperti dipanah mentari.  Jawapan:  Tidak pernah pula.

42  Bermati-matian mencari topik supaya bicaramu tidak mati di situ, basi atau membosankan dia.  Jawapan:  Tidak perlu, sebab kami selalu beramai-ramai, jadi topik tidak pernah habis.

43 Mencatat semua tarikh pertemuan, isi perbualan dan segala perihal dirinya dalam diari.  Jawapan:  Ini kerja orang-orang yang jiwang tahap gaban saja ... saya tidak suka benda-benda remeh macam ni.

44 Gelisah apabila dia tidak online di ruang chat Gmail atau YM atau Facebook.  Jawapan:  Zaman tu semua-semua ni belum popular lagi.  Facebook lagi la belum lahir.

45  Jadi teman yang baik dan penuh perhatian saat dia mengalami masalah.  Jawapan:  Tidak pernah pula.

46  Tidak memperdulikan apa jua kekurangan dia.  Jawapan:  Ya.

47  Tidak mampu melupakan dia sekalipun kamu sudah banyak dikecewakan olehnya.  Jawapan:  Soalan yang ni tiada kena mengena pula.

48  Kamu betul-betul sedih kalau dia tiada di sisi kala kamu memerlukan perhatian.  Jawapan:  Tidak perasan pula perkara macam ni pernah berlaku atau tidak pada ketika tu.

49  Kamu jadi wanita paling rajin yang pernah dia temui.  Jawapan:  Saya memang jenis yang rajin.

50  Sekiranya saat membaca artikel ini kamu tiba-tiba teringat kepada seseorang, maka benarlah, kamu sedang jatuh cinta kepada si dia itu.  Jawapan:  Kalau pada 7 tahun lepas saya baca artikel ni, kurang pasti pula apa jawapannya.