Google Pix |
Pelik tapi benar, tetapi itulah yang berlaku apabila sebuah kerajaan negeri mengarahkan pengantin wanita
mengurangkan berbual di telefon bimbit dalam tempoh dua tahun pertama
perkahwinan bagi mengelak rasa cemburu pasangan masing-masing.
Menurut laporan AFP, Suruhanjaya Wanita Punjab sebuah negeri di India itu mengeluarkan arahan rasmi mengenai perkara
itu minggu lalu dan menggesa pengantin wanita memberi fokus kepada hal
rumah tangga berbanding berborak di telefon bimbit.
Arahan itu dikatakan boleh mengelakkan rasa curiga di antara pengantin baru sementara mereka menyesuaikan diri sebagai suami isteri. Ini kerana, suruhanjaya tersebut mendapati hampir 40 peratus wanita menuntut cerai apabila suami dan keluarga mentua mereka kurang senang dengan perbuatan mereka berborak panjang di telefon bimbit. Di kalangan suami pula, mereka bimbang jika isteri berhubung dengan bekas kekasih masing-masing. Sumber: Metro
#Harap arahan seperti ini tidak dikuatkuasakan di negara kita. Handphone kini sudah menjadi barang keperluan dan generasi baru sekarang mana dapat hidup tanpa handphone di sisi.
2 comments:
Amboi, siap ada undang-undang rasmi lagi tu. Ni mesti kes ramai suami cemburu buta ni. Or ramai isteri yang terlampau suka bertelefon sampai terabai tanggungjawab di rumah. Hahaha.
@Fadzmie Mohamad Hahaha ... iya la. Ada2 sj hal2 pelik di negara luar. Nasib la kita tiada undang2 pelik mcm ni hehehe.
Post a Comment