| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Wednesday, 15 June 2011

Purple Ribena Ceriakan Jom Heboh Sarawak 2011

Maskot Ribena @ Jom Heboh Kuching 2011
Si comel Purple Ribena ini merupakan antara yang menjadi perhatian pada Karnival Jom Heboh 2011 di Stadium Petrajaya, Kuching pada 5 Jun lepas.  Selalunya, produk Ribena ini dikaitkan dengan kanak-kanak tetapi sebenarnya golongan dewasa juga menggemari produk minuman blackcurrant ini, termasuklah kami dua si gaman.
#Sengaja buat iklan percuma Ribena di blog ini, mana tau kami dua si gaman boleh dapat sponsor  daripada Ribena suatu hari nanti  ^_^




Tuesday, 14 June 2011

BHR Padawan Nature Callenge 2011

Ingin melarikan diri daripada kesesakan dan kesibukan kota buat seketika?  Sertai program eko pelancongan 'BHR Padawan Nature Callenge 2011'.  Program eko pelancongan ini bakal menyajikan  keindahan alam semulajadi di sepanjang cabaran kepada para peserta dan yang pasti ianya akan menyuntik ketenangan pada jiwa sekali gus menghilangkan segala tekanan.

Program ini merupakan anjuran bersama Ma­jlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Bor­neo Highland Resort (BHR) dan akan berlangsung pada 3 Julai bertempat di Kampung Annah Rais dan BHR.  Program ini turut mendapat kerjasama daripada Sarawak Bloggers selaku media online.

Sebanyak empat kategori yang dipertandingkan iaitu Cabaran MPP Chairman, Cabaran Malta Penrissen Summit Trekking, Cabaran Batu Panggah dan Cabaran Kalimantan View Trekking.  Selain sijil penyertaan kepada semua peserta, hadiah lumayan berupa wang tunai berjumlah antara RM50 hingga RM4,000 bakal menanti para pemenang.  Klik poster di bawah untuk mengetahui maklumat lanjut berhubung program ini.





Koleksi Gambar Bersama Selebriti

Pada Karnival Jom Heboh di Stadium Petrajaya, Kuching pada 5 Jun lepas, sempat juga saya  bergambar dengan salah seorang pelakon Drama Juvana  yang popular ditayangkan pada setiap Isnin jam 9.00pm di TV3 iaitu Irfan Roslan yang memegang watak sebagai Cikgu Azmee.

Pelakon Drama Juvana, Irfan Roslan
Kalau mau tau, Cewah!!! ... Selain Irfan Roslan, saya juga pernah bergambar dengan wartawan dan selebriti TV3, Izwan Azir Saleh ketika di Majlis Mari Berjumpa Mari Berhubung Bersama Perdana Menteri pada 19 Mac lepas di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Wartawan & Pembaca Berita TV3, Izwan Azir Saleh
Mungkin ada yang pernah bergambar bersama selebriti yang lagi glemer, tetapi berapa ramai yang pernah bergambar dengan pelawak terkenal Negeri Di Bawah Bayu yang terkenal dengan gelaran 'Si Ampal' atau nama sebenarnya Abu Bakar Ellah? 

Si Ampal: Pelawak, Pelakon & Penyanyi Tempatan Sabah
Bukan senang mau jumpa sama si Ampal ni,  si Ampal ni glemer tahap gaban kalau di Sabah.  Kalau ada orang Sabah yang tidak kenal sama si Ampal memang bikin hairan bin ajaib.  Malah fesyen rambut ala-ala Tun Jugah inipun menjadi ikutan ramai.  Gambar ini diambil pada tahun 2005 ketika sedang bertugas membuat liputan akhbar di sebuah majlis. 




Monday, 13 June 2011

Bahang Cuaca Panas Di Karnival Jom Heboh 2011

Bersama saudara mara si gaman
Bahang cuaca yang panas terik di tapak Karnival Jom Heboh 2011 di Stadium Petrajaya, Kuching bukan sahaja melunturkan mekap pada wajah tetapi juga turut melunturkan mood kami untuk berlama-lama di tapak karnival.

Suasana sesak dan meriah
Ini merupakan kali kedua saya berkunjung ke karnival ini.  Seperti Karnival Jom Heboh 2010, kami cuma meluangkan masa kira-kira sejam setengah di tapak karnival berikutan tidak tahan dengan bahang panas yang terasa seperti menggigit-gigit kulit.

Berteduh dari cuaca panas terik
Menariknya suasana di tapak karnival ini pada Ahad, 5 Jun lepas ialah teduhan di bawah-bawah pokok dipenuhi oleh kalangan pengunjung yang sanggup datang awal semata-mata untuk menyaksikan konsert penutup pada sebelah malamnya. 

Untuk rekod, hujan pada sebelah malamnya tidak menghalang konsert tersebut  diteruskan kerana ada pengunjung yang tetap setia dan sanggup berhujan sambil menyaksikan konsert tersebut.  Hebat betul semangat dan sokongan mereka-mereka ini terhadap Karnival Jom Heboh ini.




Thursday, 9 June 2011

Gawai: Rumah Gawai MBKS

Rumah Gawai MBKS menghiasi ruang legar lobi MBKS
Seawal jam 9.00 pagi tadi saya sudah berada di bangunan Dewan Bandaraya Kuching Selatan untuk menghabiskan masa di Perpustakaan MBKS sehingga jam 4.00 petang.  Rasa bertuah pula sebab berpeluang melihat rumah gawai MBKS yang menghiasi ruang legar lobi bangunan ini.

Hiasan yang cukup menarik
Mau bergambar kenangan dengan berlatar belakangkan Rumah Gawai MBKS ni, tapi malu pula minta tolong staff di Information Counter.  Mungkin, masa balik nanti saya cuba minta tolong dorang ambilkan gambar saya dengan bujang sigat di bawah ni ^_^ itu pun kalau saya tebal muka :)

Bujang Sigat @_@




Peluang Menangi iPAD2 Klik 1 Juta LIKE Hot FM

Fan Page FB Hot FM yang kena hack dulu sudah kembali  dengan membawa wabak berjangkit iPAD2.  Saya merupakan salah seorang yang terkena wabak tersebut.  Pantang nampak contest pasal iPAD2 gerenti saya join tapi masih juga tidak berpeluang untuk menang. Kali ini saya mencuba peluang untuk memenangi tablet komputer pujaan ramai ini menerusi Klik 1 Juta LIKE Hot FM.

Sesiapa yang berminat, caranya mudah sahaja:
  1. Cari fan page Hot FM di Facebook, http://www.facebook.com/hotfm976.
  2. LIKE fan page Hot FM.
  3. Tukar gambar profil** sama seperti profil** Hot FM. Boleh juga muat turun di sini**. Kalau tak tukar gambar profil, automatik takde can nak menang adiah.
  4. Cepat sertai apabila nampak pengumuman soalan berserta hadiah yang bakal dimenangi.
  5. Pat pat siku lipat, sape cepat dia dapat!!! Senang je... Semuanya hanya di fan page Hot FM. Ape tunggu lagi, LIKE lah sekarang!!!



Diskaun 50% Untuk Dres Akad Nikah Oleh Amir Luqman


Tampil menawan pada hari akad nikah dan persandingan.  Dapatkan Dres Malam + Kain Satin Dubai berharga RM525 (bernilai RM850) ATAU Dres Akad Nikah + Sifon, Satin Lembut & sentuhan kain Renda berharga RM750 (bernilai RM1500) oleh Amir Luqman [Diskaun sehingga 50%]

Wednesday, 8 June 2011

Internet 6 Kali Lebih Pantas Dengan Opera Mini

Dapatkan #DiGiOpera secara percuma sebelum 30 Jun 2011!

Tidak perlu telefon bimbit pintar atau 'Smart Phone' untuk melayari internet lebih pantas.  Dengan Opera Mini DiGi, kini anda boleh melayari internet enam kali lebih pantas dengan menggunakan telefon bimbit biasa.  Hanya SMS "Opera" ke 2000 dan muat turun #DiGiOpera secara percuma sehingga 30 Jun 2011.




Gawai: Upacara Miring Tiang Pengingat

Piring persembahan
Pada petang 31 Mei lepas, saya berkesempatan merakamkan beberapa gambar menarik suasana upacara menghantar piring persembahan ke tiang pengingat di rumah panjang Peligong, Saratok.  Ini merupakan upacara wajip pada setiap sambutan Gawai Dayak.

Antara piring persembahan yang dibawa oleh penghuni rumah panjang
Penghuni di setiap pintu akan menghantar piring persembahan yang mengandungi beberapa hidangan tradisi seperti tuak, nasi ruas, babi goreng dan 'kuih penganan'.  Bagaimanapun, seiring dengan arus kemodenan, piring persembahan turut disertakan hidangan moden.

Upacara ini merupakan simbolik tanda kesyukuran
Berbeza dengan apa yang pernah saya baca sebelum ini, upacara ini biasanya dilakukan pada pagi 1 hb Jun, di mana tuai rumah dengan diiringi oleh beberapa penghuni rumah panjang menghantar piring persembahan ke tiang pengingat iaitu sejenis kayu yang sering digunakan untuk mendirikan rumah panjang. 

Upacara menyiapkan persembahan untuk tiang pengingat
Peredaran zaman dan faktor keagamaan mungkin merupakan antara faktor kenapa upacara ini boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa dan tidak terikat lagi dengan adat-adat lama.  Ianya hanya kelihatan sebagai satu simbolik tanda kesyukuran.

Upacara miring menggunakan ayam dilakukan oleh wakil penghuni rumah panjang
Mungkin dahulu, upacara miring dilakukan menggunakan ayam kampung tetapi kini ayam karan juga boleh digunakan sebagai simbolik.  Sedikit bahagian balung ayam dikerat untuk mengambil darah dan beberapa bulu juga turut dicabut untuk melengkapkan upacara tersebut.

Upacara menyediakan persembahan dilakukan oleh Tuai Rumah
Tuai Rumah kemudiannya akan memasukkan makanan yang diambil daripada piring persembahan ke dalam beberapa bekas yang diperbuat daripada buluh. 

Bekas buluh yang mengandungi makanan digantung pada tiang pengingat
Bekas makanan tersebut kemudiannya akan digantungkan pada tiang pengingat.  Paluan 'tawak' atau gong mengiringi dari awal hingga tamat upacara ini dilakukan.  Bunyi bising letupan mercun juga turut membingitkan sepanjang upacara ini berlangsung.

**Update pembetulan:  Upacara miring untuk Hari Gawai selalunya dilakukan pada petang 31 Mei setiap tahun. Pada pagi 1 Jun, penduduk rumah panjang akan "ngabang" antara satu sama lain.  -  Terima kasih di atas komen pembetulan yang diberikan oleh pembaca.


Monday, 6 June 2011

Apa khabar semua?

Apa khabar blog? Apa khabar rakan-rakan blogger? dan Apa khabar para pengunjung?  Selepas dua hari pulang daripada bercuti Gawai di rumah panjang  si gaman yang tidak mempunyai liputan internet, baru hari ini saya berpeluang melayari internet.  Banyak cerita menarik untuk dikongsikan di blog ini tetapi ketika ini masih belum berkesempatan atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan.  Jadi, sehingga bertemu lagi ^_^