| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Monday 13 June 2011

Bahang Cuaca Panas Di Karnival Jom Heboh 2011

Bersama saudara mara si gaman
Bahang cuaca yang panas terik di tapak Karnival Jom Heboh 2011 di Stadium Petrajaya, Kuching bukan sahaja melunturkan mekap pada wajah tetapi juga turut melunturkan mood kami untuk berlama-lama di tapak karnival.

Suasana sesak dan meriah
Ini merupakan kali kedua saya berkunjung ke karnival ini.  Seperti Karnival Jom Heboh 2010, kami cuma meluangkan masa kira-kira sejam setengah di tapak karnival berikutan tidak tahan dengan bahang panas yang terasa seperti menggigit-gigit kulit.

Berteduh dari cuaca panas terik
Menariknya suasana di tapak karnival ini pada Ahad, 5 Jun lepas ialah teduhan di bawah-bawah pokok dipenuhi oleh kalangan pengunjung yang sanggup datang awal semata-mata untuk menyaksikan konsert penutup pada sebelah malamnya. 

Untuk rekod, hujan pada sebelah malamnya tidak menghalang konsert tersebut  diteruskan kerana ada pengunjung yang tetap setia dan sanggup berhujan sambil menyaksikan konsert tersebut.  Hebat betul semangat dan sokongan mereka-mereka ini terhadap Karnival Jom Heboh ini.




2 comments:

Unknown said... [Reply]

Nasib baik saya tidak ke-sana.Saya ada pegi kawasan stadium tapi tonton perlumbaan cupprix..waktu balik saya lihat kereta Jam hampir 3km panjang menuju ke konsert jumheboh...

Jaw @ MyGamanBorNeo said... [Reply]

@AWANG wow! kalau tau perlumbaan cupprix bagus lagi pegi tengok drp berpanas2 di Jom Heboh.