| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Tuesday, 14 June 2011

BHR Padawan Nature Callenge 2011

Ingin melarikan diri daripada kesesakan dan kesibukan kota buat seketika?  Sertai program eko pelancongan 'BHR Padawan Nature Callenge 2011'.  Program eko pelancongan ini bakal menyajikan  keindahan alam semulajadi di sepanjang cabaran kepada para peserta dan yang pasti ianya akan menyuntik ketenangan pada jiwa sekali gus menghilangkan segala tekanan.

Program ini merupakan anjuran bersama Ma­jlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Bor­neo Highland Resort (BHR) dan akan berlangsung pada 3 Julai bertempat di Kampung Annah Rais dan BHR.  Program ini turut mendapat kerjasama daripada Sarawak Bloggers selaku media online.

Sebanyak empat kategori yang dipertandingkan iaitu Cabaran MPP Chairman, Cabaran Malta Penrissen Summit Trekking, Cabaran Batu Panggah dan Cabaran Kalimantan View Trekking.  Selain sijil penyertaan kepada semua peserta, hadiah lumayan berupa wang tunai berjumlah antara RM50 hingga RM4,000 bakal menanti para pemenang.  Klik poster di bawah untuk mengetahui maklumat lanjut berhubung program ini.





6 comments:

Fadzmie Mohamad said... [Reply]

Kamu ikut ka ni? Hehe. :)

MyGamanBorNeo said... [Reply]

@Fadzmie Mohamad Iya, saya cuba ikut under Sarawak Bloggers. Tp itupun kalau kena approve la.

Fadzmie Mohamad said... [Reply]

Mesti kena approve punya ni. Jangan risau. Macam mana kunu kriteria yang diorang mau untuk approve?

MyGamanBorNeo said... [Reply]

@Fadzmie Mohamadkalau join under Sarawak Bloggers free. jadi dorang yg berhak tentukan siapa yg terpilih. harap dapat la :)

Willie a.k.a Reptoz said... [Reply]

Teringin nak pergi.

MyGamanBorNeo said... [Reply]

@Willie a.k.a Reptoz Saya pula minta2 terpilih la :)