| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Sunday, 27 March 2011

Kampung Semban: 1# Sebelum Ekspedisi Bermula

Kg Semban, destinasi yang dituju
Kampung Semban merupakan sebuah perkampungan terpencil yang lokasinya terletak di kawasan puncak tinggi pada ketinggian lebih 400 meter dari paras laut di Gunung Kapang Sibanyang, berhampiran sempadan Sarawak/Kalimantan, Indonesia.  Perkampungan yang terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Padawan ini dihuni oleh kira-kira 350  etnik Embhan iaitu salah satu etnik dalam pecahan masyarakat Bidayuh.

Dari kiri: Deckson STB, Uncle Awang, Sagen Adan & Jawlinda
Untuk sampai ke destinasi, ekspedisi yang diketuai oleh Deckson Bundak (STB Tourist Coordinator), Uncle Awang dan saya perlu memasuki kawasan tapak Projek Empangan Bengoh.  Kawasan ini merupakan satu-satunya jalan yang menghubungkan empat buah kampung iaitu Kampung Sait, Kampung Bojong, Kampung Rejoi dan Kampung Semban ke jalan utama di Kampung Bengoh, jika mereka hendak ke Kuching atau daerah lain.  

Sagen Adan
Kehadiran kami di situ disambut mesra oleh Sagen Adan, 52, beliau merupakan salah seorang daripada lima pengusaha pelancongan berkonsep eko pelancongan di Kampung Semban.  Terdahulu, kami terpaksa melalui prosedur pemeriksaan di pos kawalan kawasan  empangan Bengoh sebelum dibenarkan masuk. 

Kedai runcit
Di sini, terdapat satu-satunya kedai runcit yang menjadi tumpuan penduduk empat buah kampung terbabit mendapatkan bekalan keperluan harian yang dijual pada harga berpatutan.

Tempat mengambil & menurunkan penumpang
Selain itu,  kawasan ini juga menjadi stesen perhentian untuk menurunkan dan mengambil penumpang yang terdiri daripada penduduk tempatan dan pelancong.

Rosip Ayau, porter
Sempat juga saya berbual-bual dengan salah seorang penduduk tempatan yang mengambil upah bekerja sebagai porter.  Rosip Ayau, 37, memberitahu beliau mengambil upah mengangkat tong gas dua kali seminggu untuk kegunaan Sekolah Kebangsaan (SK) Semban.  Menurut Rosip, dia akan dibayar sebanyak RM40.00 oleh pihak sekolah untuk satu trip.

Ketua ekspedisi, Deckson STB, 41, tidak ketinggalan cuba menguji kekuatan fizikalnya dengan mengangkat tong gas yang beratnya melebihi 16 kilogram.
Mengangkat bebanan seberat 10 hingga 30 kilogram dan berjalan kaki  berjam-jam lamanya merentasi hutan, mengharungi denai di lereng-lereng bukit yang curam serta meniti jambatan buluh sudah menjadi perkara biasa bagi penduduk di sini.  Malah, golongan wanitanya juga mampu mengangkat beban yang beratnya melebihi 10 kilogram.

Sagen Adan, kemudiannya menunjukkan teknik betul mengangkat bebanan tersebut.
Difahamkan, kampung terdekat iaitu Kampung Sait memakan masa perjalanan selama satu jam berjalan kaki, Kampung Bojong dalam tempoh satu setengah jam dan Kampung Rejoi pula, lebih dua jam. 

Sebelum memulakan ekspedisi, lensa kamera saya sempat merakamkan gambar sepasang suami isteri bersama cucu mereka yang dalam perjalanan pulang ke Kampung Semban.
Manakala dari kampung yang paling jauh iaitu Kampung Semban yang menjadi destinasi utama kami, memerlukan masa empat jam untuk sampai ke tepi jalan utama Kampung Bengoh. 

Itu merupakan rekod masa bagi penduduk tempatan, bagi orang luar seperti kami sudah pasti mengambil masa yang lebih lama iaitu lima hingga enam jam berjalan kaki termasuk masa rehat.  Bersambung ... Nantikan bahagian kedua, hari pertama ekspedisi ke Kampung Semban.



Pautan | Eksplorasi Pena & Lensa Di Kpg Semban | Sebelum Ekspedisi (1) | Ekspedisi Bermula (2) | Keindahan Air Terjun Susukng & Pent (3) | Panorama Di Kampung Semban (4) | Matahari Terbit Di Gunung Kapang (5) | Tembakau Kampung Semban (6) | Pokok Tapang Tertinggi & Terbesar (7) | Bersama Tradisi Yang Bakal Pupus (8) | Selamat Tinggal Kampung Semban (9) |




 

Saturday, 26 March 2011

Kampung Semban: Eksplorasi Pena & Lensa

Menjejaki Keunikan Kampung Semban
Deckson (STB), Awang (SB), Sagen Adan (Pengusaha Pelancongan Kg Semban) & Jawlinda (SB)

Salam kepada semua pengunjung blog MyOnlineDiary.  Setelah beberapa hari menghilang tanpa sebarang kemas kini, kini saya kembali dengan himpunan kisah pengembaraan yang penuh cabaran ke sebuah perkampungan terpencil masyarakat Bidayuh Biatah di Padawan, Sarawak.

Trip empat hari tiga malam (22 - 25 Mac) ke Kampung Semban yang ditaja oleh Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) ini disertai oleh Deckson Bundak (STB Tourist Coordinator) selaku ketua rombongan, sementara  Uncle Awang dan saya pula mewakili Sarawak Bloggers.

Trip ini bertujuan untuk mempromosikan Kampung Semban sebagai salah satu destinasi pelancongan kepada mereka yang gemarkan percutian mencabar.  Jadi, untuk mengukur kemampuan anda mengharungi cabaran yang serupa, nantikan kisah selanjutnya dalam segmen yang saya namakan Eksplorasi Pena & Lensa Di Kampung Semban.



Pautan | Eksplorasi Pena & Lensa Di Kpg Semban | Sebelum Ekspedisi (1) | Ekspedisi Bermula (2) | Keindahan Air Terjun Susukng & Pent (3) | Panorama Di Kampung Semban (4) | Matahari Terbit Di Gunung Kapang (5) | Tembakau Kampung Semban (6) | Pokok Tapang Tertinggi & Terbesar (7) | Bersama Tradisi Yang Bakal Pupus (8) | Selamat Tinggal Kampung Semban (9) |




Sunday, 20 March 2011

Day 7: Seven Wants

Hari Ke-7, 10 Day You Challenge:  Susah juga cabaran hari ketujuh ni @_@ Tapi sebagai blogger, tujuh perkara yang sangat saya inginkan ialah:


Idea hebat setiap hari untuk dikongsikan sebagai blog post

Menerima lebih ramai pembaca atau pengunjung unik setiap hari

Mendapat lebih ramai follower yang kaki blogwalking

Membaca lebih banyak komen atau kritikan membina

Melihat lebih banyak pendapatan dijana dengan nuffnang

Menjadikan blogger sebagai kerjaya tetap

Akhir sekali, saya ingin dikenali sebagai blogger yang berjaya




Keratan akhbar berita majlis bersama PM

Group photo with PM
Gambar di bawah merupakan keratan akhbar mengenai berita Majlis Mari Berjumpa Mari Berhubung 1Malaysia Bersama PM yang berlangsung pada Sabtu, 19 Mac 2011 di bangunan lama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.  Dalam gambar beramai-ramai di bawah, rupanya ada juga terselit gambar saya di belakang ... hampir-hampir tidak dapat dilihat dengan mata kasar ^_^ si gaman pula, sebelah muka saja yang kelihatan ^_^

Walaupun PM tidak berkesempatan berkunjung ke setiap meja tetamu berikutan masa yang agak terhad, tapi yang seronoknya meja tempat saya dan si gaman duduk terletak bersebelahan dengan meja PM ... jadi sepanjang majlis memang kami dapat melihat PM dengan jelas ^_^

Jadi sesiapa yang ingin menjadi salah seorang tetamu bertuah PM dalam majlis yang serupa pada masa akan datang, caranya mudah sahaja.  Anda cuma perlu mendaftar di laman web www.1malaysia.com.my

Keratan akhbar The Borneo Post, 20 Mac 2011







Saturday, 19 March 2011

Day 6: Six Places

Hari Ke-6, 10 Day You Challenge:  Sekiranya berpeluang, saya ingin merasai pengalaman berada di enam buah tempat yang bukan terletak di luar Malaysia tetapi tiga lokasi di Sabah dan tiga lokasi lagi di Sarawak sebelum usia mencecah 40 tahun ^_^


Sabah Negeri Di Bawah Bayu

Gunung Kinabalu
Pulau Sipadan
Tanjung Simpang Mengayau


Sarawak Bumi Kenyalang

Gunung Santubong
Gua Mulu
Gua Niah




Klik Klik Di Majlis Bersama PM

Di lobi dewan santapan bangunan lama DUN Sarawak, Petrajaya
Majlis Mari Berjumpa Mari Berhubung 1Malaysia Bersama YAB Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada pagi tadi dihadiri oleh kira-kira 250 tetamu yang bertuah menerima email jemputan ke majlis ini.  

Para tetamu yang hadir merupakan antara rakan-rakan online Facebook dan Twitter beliau dan difahamkan juga, majlis ini merupakan yang pertama diadakan di luar Putrajaya.  Untuk rekod, Majlis Mari Berjumpa Mari Berhubung 1Malaysia Bersama PM pernah diadakan sebanyak dua kali di Putrajaya sebelum ini.

Majlis berjalan agak lancar, bagaimanapun berikutan jadual PM yang agak padat, beliau cuma berkesempatan untuk bersama para tetamu selama sejam sebelum berangkat untuk Program Senada Sejiwa di Serian.  Sempat jugalah kami dua si gaman bersapa tangan dengan PM.  Berikut gambar-gambar yang sempat saya rakamkan sebagai kenangan:

| Klik Klik 45 Minit Sebelum Majlis Bermula |
Si gaman dengan gaya santainya

Saya pula cuba berlatih kontrol ayu sikit ^_^

Sesi bertukar-tukar jadi jurugambar dengan tetamu lain

1 Malaysia !!!


| Klik Klik Ketika Majlis Berjalan |
PM mengambil tempat duduk selepas selesai berucap dan sesi Q&A

Bertuahnya mereka yang duduk semeja dengan PM

Sesi klik klik take a break dulu dengan kuih muih sebelum menjamu selera dengan hidangan lain


| Klik Klik Selepas Majlis |
Para wartawan yang sibuk mencari bahan berita untuk siaran media masing-masing

Bersama TV3 smiling face, Izwan

Si gaman pun sempat juga bergambar dengan pemberita TV3 ni

Saya tidak melepaskan peluang untuk melebarkan rangkaian kenalan

Terserempak dengan rakan sekerja Projek USP5, 2008

Ambil gambar dulu sebelum beredar ^_^

Lagi gambar tuan punya blog ^_^

Plat perasmian DUN lama Sarawak

Posing orang yang macam tidak pernah jumpa meriam ^_^

Perkarangan bangunan lama DUN Sarawak

Bangunan lama DUN Sarawak

Gambar si gaman bersama bini nombor 2

Cenderahati Majlis Mari Berjumpa Mari Berhubung 1Malaysia