| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Tuesday, 10 May 2011

Pengantin baru diarahkan kurangkan penggunaan HP

Google Pix
Pelik tapi benar, tetapi itulah yang berlaku apabila sebuah kerajaan negeri mengarahkan pengantin wanita mengurangkan berbual di telefon bimbit dalam tempoh dua tahun pertama perkahwinan bagi mengelak rasa cemburu pasangan masing-masing.

Menurut laporan AFP, Suruhanjaya Wanita Punjab sebuah negeri di India itu mengeluarkan arahan rasmi mengenai perkara itu minggu lalu dan menggesa pengantin wanita memberi fokus kepada hal rumah tangga berbanding berborak di telefon bimbit.

Arahan itu dikatakan boleh mengelakkan rasa curiga di antara pengantin baru sementara mereka menyesuaikan diri sebagai suami isteri.  Ini kerana, suruhanjaya tersebut mendapati hampir 40 peratus wanita menuntut cerai apabila suami dan keluarga mentua mereka kurang senang dengan perbuatan mereka berborak panjang di telefon bimbit.  Di kalangan suami pula, mereka bimbang jika isteri berhubung dengan bekas kekasih masing-masing.  Sumber: Metro

#Harap arahan seperti ini tidak dikuatkuasakan di negara kita.  Handphone kini sudah menjadi barang keperluan dan generasi baru sekarang mana dapat hidup tanpa handphone di sisi.




Sunday, 8 May 2011

Sifat Lelaki Dapat Dilihat Melalui Posisi Tidur

Google Pix
Menurut sebuah majalah kekeluargaan, 'Posisi tidur seorang lelaki itu mencerminkan sifatnya'.  Bunyi agak pelik tetapi Samuael Dunkell, Pengarah Insomnia Medical Services, New York City mengatakan sifat seseorang lelaki itu dapat dilihat melalui cara mereka tidur.

Telungkup - Lelaki yang tidur dalam posisi ini dikatakan seorang yang bersemangat dan bertengaga.  Selain itu, mereka juga menepati waktu dan mudah mendapat kejayaan.  Tetapi, pada masa yang sama, mereka ini suka mengawal orang lain termasuk pasangannya.

Sambil Memeluk Bantal - Jika anda tidur dalam posisi ini pula, anda dikatakan seorang yang sangat peka dan mudah tersinggung.  Anda juga begitu mengharapkan keputusan yang positif daripada orang lain sebelum mengambil langkah lebih lanjut.

Memeluk Badan - Bagi lelaki yang suka tidur sambil memeluk tubuh, mereka ini digolongkan sebagai yang bersikap rasional, mudah simpati dan mempunyai pola hidup yang teratur.

Telentang - Posisi tidur seperti ini menunjukkan bahawa anda sudah terbiasa menguasai seluruh tempat tidur.  Mereka yang tidur dalam posisi ini dikatakan mempunyai keyakinan diri, suka mencuba sesuatu yang baru tetapi agak sombong dan ingin menjadi perhatian orang lain.

Jadi, wahai golongan lelaki, adakah anda tergolong dalam gaya tidur ini?  Bagi wanita pula, tiba masanya untuk perhatikan cara tidur pasangan anda dan bandingkan dengan sifat mereka.



Selamat Hari Ibu 2011

Google Pix

Ucapan Selamat Hari Ibu kepada mama ku yang berada di Beluran, Sabah.  Tuhan memberkati.





Saturday, 7 May 2011

Sarawak Bloggers Talk: More than a blog

Ada yang beranggapan bahawa dunia komuniti blogger itu tidak lebih dari sekadar komunikasi  secara maya (online) sahaja, tetapi tanggapan tersebut adalah tidak tepat sama sekali.  Tidak hanya bersahabat secara online, kami komuniti blogger yang berdaftar di Sarawak Bloggers juga sebenarnya berpeluang untuk bersua dan berkomunikasi di luar.

Buktinya, pada Mac lepas saya telah berpeluang mengikuti trip mencabar ke Kampung Semban Padawan  (22 - 25 Mac 2011) yang ditaja oleh Sarawak Tourism Board (STB) dengan kerjasama Sarawak Bloggers.

Kali ini, saya ingin merebut peluang untuk hadir ke Sarawak Bloggers Talk:  More than a talk anjuran Sarawak Bloggers dengan kerjasama Willie, Reptoz.Com yang akan diadakan di Hotel Supreme, Kuching pada  21 Mei 2011,  jam 7.30 petang.

Klik untuk mendapatkan maklumat lanjut

Bagi mereka yang berada di sekitar Kuching, sekiranya anda seorang blogger seperti atau ingin menjadi seorang blogger, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk hadir.  Difahamkan, tempat adalah terhad kepada 50 orang sahaja.  

Selain itu, dengan yuran penyertaan serendah RM15, anda berpeluang mendengar sendiri ceramah mengenai cara mengambil gambar yang baik untuk blog, cara meningkatkan trafik pada blog serta cara memperbaiki teknik penulisan.




Masa Untuk Sertai Digi Wwwow Awards

Klik & Hantar Penyertaan Anda Sekarang!
Penyertaan untuk Digi Wwwow Awards kini bermula 21 April hingga 20 Jun 2011.  Anugerah ini mempertandingkan 16 kategori hanya untuk mereka yang tidak boleh hidup tanpa Facebook ... tanpa Twitter ... tanpa blog ... tanpa email ... tanpa Google ... pendek kata tanpa internet hidup anda tidak sempurna dan boleh diserang histeria.

Sekiranya anda termasuk dalam golongan ini, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menghantar penyertaan untuk mana-mana daripada kategori yang dipertandingkan di bawah.  Anda juga boleh membuat undian untuk menyokong rakan-rakan anda.  Jadi, jangan tunggu lagi! KLIK mana-mana link di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung kategori yang dipertandingkan.


#Saya ketika ini sedang dalam proses membuat entri untuk dihantar ke kategori Top Makan-Makan Expert.  Saingan cukup sengit, jadi kena buat yang TERBAIK punya!  Mesti mau cepat sebab penyertaan lain sedang mengumpul mata undian.




Friday, 6 May 2011

Harumkan Badan Dengan Daun Pandan

Google Pix
Biasa kita dengar, daun pandan digunakan sebagai bahan pewangi makanan dan mengharumkan ruangan kecil.  Tetapi, rupa-rupanya daun pandan juga bermanfaat dijadikan sebagai bahan aroma terapi untuk air mandian.

Caranya, ambil 15 hingga 20 helai daun pandan kemudian bersihkan dan kisar untuk mendapatkan patinya.  Campurkan pati tadi dengan air biasa mengikut kuantiti yang diinginkan.  Kemudian, gunakan air ini untuk mandi dengan menggosok keseluruhan badan.  Hasilnya nanti, badan bukan sahaja lebih harum malah akan lebih segar untuk tempoh seharian.

Tapi, bila dipikir-pikir macam pelik pula kalau badan harum daun pandan ^_^ sebab harum daun pandan ni lebih sesuai untuk makanan saja.  Tapi, inilah petua orang tua-tua zaman dulu, maklum la kan dulu-dulu belum ada lagi  pilihan pelbagai minyak aroma terapi seperti sekarang ni.




#Wali Band: Baik-Baik Sayang

Lagu 'Baik-Baik Sayang' yang dinyanyikan oleh Wali Band, salah sebuah kumpulan band dari Indonesia ini kini semakin popular semenjak lagu ini menjadi lagu latar untuk drama slot Samarindah 'Sahara' yang disiarkan di TV3.  Daripada maklumat yang saya google di internet, lagu ini merupakan salah sebuah single daripada album kedua Wali Band yang berjudul 'Cari Jodoh' yang diterbitkan pada tahun 2009.


 Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Chorus
Hanya satu pintaku untukmu dan hidupmu
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku di siang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu
Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Ulang Chorus 2X




Thursday, 5 May 2011

Background Blog Di TheCutestBlogOnTheBlock

Background Baru
Bila header blog bertukar, maknanya background pada blog pun perlu ditukar bagi untuk memadankan kedua-duanya.  Memandangkan tema header blog saya menggunakan warna purple jadi background pun haruslah purple juga konon-kononnya ^_^


Background Lama
Gambar di atas ni pula, background lama.  Kalau mau tau kod HTML kedua-duanya saya dapatkan secara percuma di The Cutest Blog On The Block.  Untuk blog ini saya menggunakan  saiz 3  column.  Macam mana rupa baru blog saya?  Harap tidak sesak mata memandang ^_^




Buat Header Blog Menggunakan PhotoScape

Header Baru
Akhirnya saya berjaya membuat header baru untuk blog MyOnlineDiary @ MyHomeNiaga menggunakan perisian PhotoScape.  Amacam ... cute kan header baru yang saya buat  dengan menggabungkan gambar-gambar yang saya google di internet.

Untuk pengetahuan semua,  perisian ini  lebih mudah digunakan berbanding perisian Adobe Photoshop CS3.  Sila rujuk cara-cara membuat header menggunakan PhotoScape di Easy Blog Team.

Header Lama
Tidak lupa juga, saya ingin mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada header lama blog ini yang telah menghiasi blog ini sejak Ogos 2010 lagi.




Perlumbaan F1 ChurpChurp ! Mesti Menang !

KLIK & Sertai Perlumbaan F1 ChurpChurp Sekarang!

Nampaknya kedudukan kereta F1 ChurpChurp saya yang cumil itu semakin jauh ditinggalkan oleh pelumba-pelumba lain.  Setakat ini, perlumbaan didahului oleh pelumba yang menggelarkan dirinya sebagai Himpunan Lawak Jenaka dengan mengumpul sebanyak 33,157 kilometer.  Saya pula baru mengumpul 6 kilometer ^_^ dan tinggal 15 hari lagi sebelum Perlumbaan F1 ChurpChurp online ini tamat.

Jadi, ada sesiapa yang berbelas kasihan untuk membantu saya untuk mengumpul lebih banyak kilometer? Mesti tolong ... jangan tak tolong saya untuk memenangi hadiah utama berupa iPAD2 yang menjadi kegilaan ramai pada ketika ini.

Sebenarnya, sesiapapun berpeluang untuk memenangi iPAD2, BlackBerry Bold 3 atau iPOD Touch sekiranya anda menyertai perlumbaan ini.  Kira ini 'win win situation' la, anda cuma perlu turut serta dalam perlumbaan ini untuk membantu saya menambah kilometer dalam Perlumbaan F1 ChurpChurp dan kita lihat siapa yang bakal mendahului untuk merebut salah satu daripada tiga hadiah lumayan tersebut!