| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Thursday, 23 September 2010

Beberapa jam sebelum perkahwinan si Ultraman


Sambutan Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September yang lepas berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya, ini kerana buat pertama kali kerajaan mengiktirafnya sebagai sambutan di peringkat kebangsaan (cuti umum kebangsaan).  Pada tahun ini juga, negeri Sabah sangat bertuah kerana dipilih sebagai tuan rumah pertama untuk sambutan peringkat kebangsaan itu.
Gambar keluarga sewaktu x'mas 2004 - Duduk: Bapa & Mama, Berdiri di belakang dari kiri Big Brother, Saya, Ultraman, Cap Kipas Udang & Bukan Peminat Mawi
Di sebalik sambutan gilang gemilang Hari Malaysia, tarikh 16 September 2010 turut melakarkan kenangan manis bersulamkan pelbagai emosi buat kami sekeluarga.  Seperti mengikut giliran, si ULTRAMAN KECIL ini yang merupakan anak ketiga daripada kami lima beradik telah pun menamatkan zaman bujangnya pada usia 30 tahun apabila menerima jawatan dan tanggungjawab sebagai seorang SUAMI kepada wanita pilihannya ... pejam celik pejam celik ... rupanya jadi laki orang sudah pula adik ku ini.

23 Julai 1982
Cepat betul masa berlalu, sekarang sudah masuk hari ke lapan adik ku si Ultraman mendirikan rumahtangga dengan Puteri Hang Li Po.  Rindu pula bila mengimbas kembali kenangan-kenangan pada hari perkahwinan si Ultraman ni terutamanya suasana riuh tahap gaban di rumah tumpangan.  Memandangkan acara Nikah Kudus si Ultraman dijadualkan pada jam 10.00 pagi bertempat di Gereja Good Samarithan, Penampang ... jadi suasana di rumah tumpangan yang disewa khas (14 hingga 17 September) di GoldenHill boleh dikategorikan sebagai luar biasa meriah ... ditambah lagi dengan bunyi suara dalam pelbagai frekuensi  ^_^ ... mungkin jiran-jiran berhampiran terhibur dengan suasana hiruk pikuk dalam tempoh empat hari tiga malam tersebut hehehehe ... Boleh dikatakan seawal jam 5.30 pagi lagi sebahagian daripada anggota keluarga sudah bangun untuk menguruskan sarapan pagi dan macam-macam lagi.  Maklumlah hari tersebut merupakan hari yang dalam kategori “Hari Ini Dalam Sejarah” untuk si Ultraman.
Sesi grooooooooming ^_^
Untuk memastikan si Ultraman kelihatan “ensom, segak dan bergaya” pada hari perkahwinannya ... apa lagi kakaknya ini juga yang dipertanggungjawabkan untuk buat sedikit make over ^_^ ... Tidak pernah pakai krim muka dan bedak muka??? .... hehehhe ... inilah masanya untuk si Ultraman mengalami sendiri pengalaman memakai alat-alat kecantikan wanita.  Siapa kata lelaki tidak perlu ini semua ... time kawin kena juga pakai ^_^ ... dan hasilnya cukup menakjubkan ditambah lagi dengan kepakaran big brother kami mengambil gambar.
Segak & bergaya
Sepatutnya si Ultraman ni gunting rambut tetapi berikutan peristiwa rambut adik bungsu kami yang “bukan peminat mawi” telah digunting oleh tukang gunting rambut yang “peminat fanatik mawi” menyebabkan si Ultraman membatalkan saja niatnya untuk ke kedai gunting rambut ^_^ Bayangkan dua hari sebelum perkahwinan si Ultraman, adik bungsu kami yang dilantik menjawat jawatan sebagai pengapit lelaki telah mengalami peristiwa ngeri apabila kehensemannya sedikit terjejas oleh fesyen rambut ala-ala Mawi World hehehehe ... wat 2 do la kan adik ku.

Bukan peminat Mawi !!!
Big brother kami ni pula memang sentiasa maintain segak dan bergaya walau pun sudah ada lima orang anak.  Pada hari perkahwinan si Ultraman, big brother kami ni lah yang menjawat paling banyak jawatan penting ... bukan setakat driver kepada pengantin lelaki dan keluarga pengantin lelaki malah turut dipertanggungjawabkan untuk sebagai driver kepada pengantin perempuan.  Boleh dikatakan kereta si big brother setakat ni mempunyai lima kali pengalaman membawa pengantin ^_^ dan big brother kami ini juga la yang memainkan peranan sebagai seorang jurugambar amatur.
Big brother dengan 2 superheronya di samping si Ultraman

Sebelum berangkat ke gereja, sempat juga saya dan adik perempuan kami si Cap Kipas Udang bergaya di depan kamera dengan sedikit sentuhan gaya korporat la kunun-kununnya ^_^
Beberapa jam sebelum berangkat ke gereja untuk upacara nikah kudus si Ultraman, mama & bapa sempat meluangkan masa lagi melayan cucu iaitu anak bungsu si big brother ... mmm ... memang cepat betul masa berlalu, zaman kanak-kanak sudah lama kami lima beradik tinggalkan.  Sekarang ni tiga daripada kami sudah berkeluarga, tinggal adik kami yang bukan peminat mawi dan si cap kipas udang lagi yang belum berkahwin.

 
Entah apa juga yang bermain di fikiran bapa ketika ni, mungkin bapa pun fikir macam yang saya fikir ... “cepat betul masa berlalu” ... 



0 comments: