@Sabtu, 25 Jun lepas saya dan si gaman cuba bertukar selera laksa untuk merasai laksa sarawak yang dikatakan sedap di Golden Arch Shopping Mall berdekatan bulatan Sungai Maong, Batu 3, Kuching. Di bangunan yang sebenarnya bukan shopping mall ini terdapat dua buah kedai makan bersebelahan iaitu Golden Cafe & Restaurant dan Golden Arch Cafe. Kedua-duanya juga mempunyai gerai laksa sarawak ... jadi mana satu yang dikatakan sedap? Laksa mangkuk oren atau pun laksa mangkuk merah?
Laksa di Golden Cafe & Restaurant |
Akhirnya kami dua si gaman memutuskan untuk memilih laksa mangkuk oren di Golden Cafe & Restaurant berikutan kebanyakan pelanggan di situ nampak berselera makan laksa yang disediakan dalam mangkuk oren. Rasanya mungkin sedap bagi mereka yang gemarkan lebih lemak tetapi bagi kami dua si gaman kuah laksa tersebut terlalu banyak santan. Apa-apapun, habis jugalah kami makan sebab sudah alang-alang order yang medium size RM5.00 ... membazir kalau tidak habiskan ^_^
Durian Puff |
Di tempat yang sama, kami juga mencuba pemanis mulut istimewa iaitu 'Durian Puff'. Faham-faham sajalah kalau makanan berasaskan durian ni memang harganya pun berduri juga, dua biji RM4.50 dan rasanya memang sedap biarpun saya ini bukan penggemar durian. Rasanya next time datang sini, kami akan cuba laksa mangkuk merah pula. Macam Laksa Hunter sudah pula kami dua si gaman ni ^_^
2 comments:
Sedap la MGB... Tambah lapar sa tengok tu gambar... T_T
@LennMommaChubby ... mmg laksa lovers bah kami ni.
Post a Comment