| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Wednesday, 18 August 2010

Putar 3 Kali di Atas Dapur

I'm not feeling well
Susah hati pula bila tengok keadaan si Putih akhir-akhir ini.  Pada kebiasaannya, si Putih pasti akan akan duduk di luar rumah sementara menantikan kami dua si gaman pulang dari kerja.  Tapi sejak minggu lepas, tidak pula nampak si Putih menunggu kepulangan kami.  Si Putih cuma mengiau-giau dari dalam rumah sahaja bila mendengar saya memanggilnya.  

Sekarang ni pun, si Putih nampak lembab dan malas mau bergerak bila di bawa bermain.  Mungkin Putih sakit, sebab beberapa hari ni si Putih pandai pula terbatuk-batuk ... kucing pun pandai batuk ^ _ ^ Hari Sabtu la baru bawa Putih jumpa doktor haiwan.  No wonder la si Putih selalu lewat kejutkan saya bangun dari tidur, tidak sihat rupanya.  Don’t worry Putih, Sabtu nanti kami dua si gaman bawa pergi klinik haiwan.

Memang muka tidak sihat
Sambung kembali episod ketika di awal perkenalan kami dua si Putih.  Walaupun pada mulanya agak sukar untuk menerima kucing lain selepas pemergian si Pinai, tapi nampaknya si Putih semakin pandai mengambil hati saya.  Macam yang saya ceritakan pada episod sebelum ini, berkat makan Whiskas dan Friskies akhirnya si Putih menjadi seekor kucing yang pintar ^ _ ^ 

Pelihara kucing ni ada petuanya tersendiri, menurut si gaman (perbualan menerusi telefon, masa tu masih belum kawin lagi) setiap kucing yang dipelihara perlu diputar di atas dapur gas supaya kucing-kucing ni tahu jalan pulang bila keluar bersosial.  Sama seperti si Pinai dahulu, si Putih pun saya angkat dan putarkan sebanyak tiga kali di atas dapur gas.  Lucu juga la tapi petua ni betul-betul berkesan, pernah sekali si Putih hilang selama tiga hari tiga malam.

Masa tu memang susah hati yang teramat sangat, macam-macam terlintas di fikiran ... takut Putih diculik ... takut Putih lemas di longkang ... takut Putih dilanggar kereta dan macam-macam lagi.   Paling saya tidak dapat lupa, sampai saya tanya mama kalau boleh berdoa untuk si Putih supaya dapat jumpa semula.  Mama pun bingung gara-gara soalan cepu emas tersebut.

Tapi ada juga kami bawa dalam doa dan keajaiban terjadi apabila semasa sedang membasuh pinggan di singki pada malam keempat, terdengar bunyi kucing mengiau.  Bunyi macam familiar ... rupa-rupanya si Putih.  Wow seronoknya bila akhirnya si Putih kembali juga ke pangkuan saya.  Memang jodoh saya dan si Putih panjang sehingga ke hari ini dan paling penting Tuhan jawab doa kami dua mama dan rasanya petua si gaman berkesan juga ^ _ ^

Nampaknya, tidak dapat cerita panjang hari ni jadi nantikan kisah-kisah menarik mengenai perjalanan hidup si Putih yang bakal saya kongsikan pada episod-episod yang akan datang.  Untuk Putih, semoga cepat sembuh.





0 comments: