| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Thursday 12 August 2010

Pemilihan Tema & Konsep Blog

Google Pix
SEBELUM INI, saya ada menyentuh mengenai  kegagalan menguruskan blog secara konsisten berikutan tema/konsep yang dipilih tidak bersesuaian.  Bersandarkan pengalaman tersebut, saya menyedari bahawa sesebuah blog itu sebenarnya memerlukan pemilihan tema/konsep  yang benar-benar serasi dengan jiwa si blogger.  Untuk memilih sesuatu tema/konsep bagi sesebuah blog itu memang nampak mudah, tetapi bagi mewujudkan keserasian bukanlah sesuatu yang mudah. 

Bagi anda yang mahu memastikan blog yang dikendalikan tidak ketandusan idea-idea kemas kini, apa yang ada perlu lakukan ialah membuat sedikit kaji selidik tentang diri anda.  Cuba kaji, apa yang anda ingin kongsikan kepada  jutaan pengguna internet? Adakah tema/konsep yang anda pilih serasi dengan minat, pengetahuan serta kemahiran yang anda miliki? Ia penting kerana keserasian itu seterusnya akan menjadi pencetus kepada idea-idea penulisan yang konsisten bagi membolehkan kerja-kerja kemas kini blog dilakukan dengan lebih kerap.

Selepas membuat beberapa kaji selidik, saya berpendapat bahawa mengendalikan blog bertemakan sebuah "Diari Maya" lebih mudah untuk dikendalikan kerana saya boleh berkongsi pelbagai bahan.  Jadi, saya memutuskan untuk mengendalikan sebuah blog berkonsepkan "Perkongsian Pengalaman, Pendapat dan Maklumat Menerusi Gaya Penulisan Bebas Tanpa Tapisan."

Anda sebagai blogger, adakah tema dan konsep yang dipilih benar-benar serasi dengan jiwa anda?  Apa kata, kongsikan pendapat anda pada ruangan komen.




0 comments: