| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Sunday, 29 August 2010

Welcome To Sarawak Putih


Khas untuk anak-anak buah yang disayangi, bibi, noel, nomi ... ethan & jonathan.  Seperti yang dijanjikan, hari ini saya akan menyambung kembali cerita mengenai si Putih ... kucing kampung ni memang cukup istimewa, sesiapa sahaja yang pernah bertemu dengan si Putih pasti akan bertanyakan khabar si Putih terlebih dahulu berbanding bertanyakan khabar kami dua si gaman ^_^ Keluarga atau tetamu-tetamu yang datang ke rumah pun biasanya akan bertanyakan soalan yang sama “mana Putih?”
Putih di Rumah Panjang Peligong, Saratok
... lagi dasyat kalau adik saya si cap kipas udang telefon, mesti dia tanya “apa khabar si Putih?” ... lepas tu baru la dia tanya “apa khabar ko kakak ku?” ... kalau anak-anak buah telefon lagi la pening kepala mau jawab soalan dorang pasal si Putih ... betapa glamour si Putih berbanding kami dua si gaman ^_^ Tumpang bangga juga bila kucing kampung yang berasal dari Kampung Keramat 2, Beluran ni menjadi perhatian ramai orang.
Mengimbas kembali masa mula-mula menguruskan proses untuk membawa si Putih berhijrah ke Sarawak pada tahun 2007 ... mengikut prosedur Jabatan Perkhidmatan Haiwan & Perusahaan Ternak (JPHPT), kami dua si gaman perlu memohon permit import dan eksport untuk membolehkan si Putih di bawa menaiki kapal terbang.  Masa ni stress, maklum la ... mana lagi fikir pasal tarikh perkahwinan yang semakin hampir ... mana lagi sibuk-sibuk pasal urusan si Putih ... tapi sebenarnya, urusan import eksport haiwan ini mudah saja, yang penting rajin bertanya.
Untuk membolehkan si gaman mendapat permit import, saya di Sabah pula perlu la memohon permit eksport terlebih dahulu ... proses dengan JPHPT di Sandakan berjalan lancar tapi banyak prosedur yang perlu dilalui antaranya, si Putih perlu menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan si Putih tidak mempunyai penyakit berjangkit.  Dua minggu kemudian baru la permit si Putih diluluskan ... melayang RM45.00 ^_^
Dapat saja permit eksport ...  saya pun terus faks kan kepada si gaman yang berada jauh nun di Kuching ... dengan hanya menggunakan salinan permit eksport, urusan si gaman dengan JPHPT di Petra Jaya bagi mendapatkan permit import si Putih berjalan lancar dan cukup mudah dengan hanya membayar yuran pemprosesan sebanyak RM10.00.  Kalau tidak salah, semua urusan ini perlu diselesaikan dalam tempoh sebulan sebelum si Putih boleh di bawa masuk ke Sarawak.  Lepas tu, si gaman pula perlu menghubungi dan memaklumkan pihak JPHPT di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching seminggu sebelum ketibaan si Putih.
Dan tiba la hari yang dinanti-nantikan 21 Februari 2007 ... seekor kucing kampung buat pertama kalinya akan merasai pengalaman menaiki kapal terbang menggunakan penerbangan MAS ... menyesal rasanya sebab tidak terfikir untuk mengambil gambar kenang-kenangan si Putih ketika di Lapangan Terbang Sandakan.  Mana tidak ... masa tu asyik layan perasaan sedih kerana terpaksa berpisah dengan keluarga.
Semasa proses check in, saya cuma perlu menyerahkan permit eksport kepada petugas kaunter dan si Putih dalam kurungan hanya melalui prosedur yang sama seperti beg-beg ... kotak-kotak ... dan barang-barang lain yang didaftarkan sebagai barangan kargo ... kesian si Putih terpaksa di simpan berasak-asak dengan barang-barang penumpang ... masa tu memang risau juga dengan keadaan si Putih memandangkan penerbangan Sandakan – Kota Kinabalu – Kuching mengambil masa yang agak lama juga.
Sampai di airport Kuching, rasa berdebar-debar juga semasa menunggu di ruang mengambil barang-barang yang dikeluarkan daripada kargo.  Wah ... seronoknya bila tengok si Putih ... Welcome To Sarawak Putih! ... opsss ... urusan belum selesai lagi, kena tunggu Pegawai JPHPT yang bertugas di airport mengesahkan sama ada si Putih boleh dibawa keluar atau pun terpaksa dikuarantin.  Syukurlah ... haiwan yang dibawa masuk dari Sabah tidak perlu dikuarantin.  Sabah Sarawak memang bestfriend ^_^ Memendekkan cerita yang sudah cukup panjang ... maka bermula la hidup kami dua si Putih di Bumi Kenyalang.





0 comments: