| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Wednesday, 25 August 2010

Dinner Hari Wanita Kebangsaan 2010

Antara medan makan paling happening di Kuching
Makan malan sempena sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2010 ... entah pernah diraikan oleh pasangan lain atau tidak ??? Apa-apa pun, inilah julung kalinya si gaman celebrate untuk saya ^_^ sekadar untuk mewarnai hari-hari yang kami lalui bersama sebagai husband & wife.

Lok-lok di sini memang sedap & laku
Malam ini kami memilih untuk makan di C121 Food Station yang terletak berdekatan dengan Stutong Wet Market.  Medan makan di sini merupakan antara yang popular di Kuching jadi tidak hairanlah kami terpaksa mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mencari ruang letak kereta.  Hehehe .. buat iklan percuma pula untuk C121 Food Station.
Makan lok-lok dulu sementara tunggu order

Hiasan luaran dan dalaman di sini memang menarik dan santai, selain itu ... soal memilih makanan memang boleh buat sesiapa sahaja rambang mata ... jadi terpaksalah buat-buat tidak nampak ^_^ Jadi sementara menunggu order sampai, kami dua si gaman makan lok-lok dulu.
Tidak perlu pergi Pulau Pinang untuk makan masakan Penang
Yum ...  yum ... Seasoned Fish Chop Rice

0 comments: