| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Tuesday, 17 August 2010

Roti John Punya Pasal

Minum petang dengan roti john
Dari semalam kami dua si gaman sudah mengidamkan Roti John,  tetapi gara-gara hujan lebat niat berkunjung ke bazaar ramadan terpaksa dibatalkan.  Petang tadi,  berkesempatan juga saya singgah di bazaar ramadan berdekatan dengan tempat kerja semata-mata untuk mendapatkan ROTI JOHN.


Ukuran panjang kira-kira 10 inci
Entah dari mana juga roti ni dapat nama John, intinya pula terdapat dua pilihan iaitu ayam dan daging.  Pilihan kami sudah semestinya Roti John inti ayam.  

Inti isi ayam, telur, sayur campur etc

Satu fakta menarik  yang kami temui selepas melakukan edisi siasat ke atas inti roti  bernama John ini ialah ianya bolehlah dikategorikan sebagai sandwich yang berintikan telur dadar berserta hirisan isi ayam, kobis, lobak merah, bawang besar, dan sedikit keju.  Selain itu, campuran sos cili dan mayonis menjadikan rasa roti ini lebih kurang dan kurang lebih dengan Chicken Egg Cheese Burger.  Apa-apa pun, gendang gendut tali kecapi, kenyang perut kami dua si gaman pun senang hati.




0 comments: