| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Saturday, 14 August 2010

Memori Zaman Persekolahan


Ketika di Tingkatan 1, 1990
Tengah layan FB, ternampak la pula gambar zaman sekolah dulu-dulu. Cerita pasal sekolah dan pendidikan ni, kalau diikutkan banyak juga pengalaman di institusi pendidikan yang saya sudah lalui.  Bermula dari Tabika Kemas Pekan Beluran ketika umur kira-kira enam tahun, sambung pula belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Pekan Beluran.  Sayangnya tiada gambar kenang-kenangan semasa belajar di kedua-dua sekolah ni.  Kalau gambar zaman sekolah menengah tu banyak juga.
Kenangan naik tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beluran pada 1990 memang seronok , maklum la konon-kononnya sudah meningkat remaja.  Seingat saya sepanjang belajar di SMK Beluran dari tingkatan satu hingga lima (1994), saya ni dikategorikan sebagai salah seorang pelajar yang biasa saja.  Mau menyelit dan terselit dalam senarai pelajar perempuan yang glamour zaman sekolah menengah dulu jangan haraplah sebab tidak cukuk kriteria.  Tapi setakat yang boleh saya ingat, dari tingkatan satu hingga lima, saya kekal dalam kelas A (Anggerik).
Kelas 4 Anggerik, 1993
Cerita pasal Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 1994 ... huhhh ... itu la siapa suruh malas belajar, result yang diperolehi sekadar melayakkan diri melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam di sekolah swasta sahaja.  Mula-mula tu sambung belajar di Sabah Adventist Secondary School (SASS), tapi gara-gara homesick akhirnya sambung tingkatan enam di Kinabalu Commercial College (KCC) Sandakan saja sebab lebih dekat dengan kampung halaman.
KCC, Tingkatan 6 Atas, 1996
Masa di KCC memang best giler ... dapat pula geng-geng yang giler-giler waras, tempoh dua tahun menghabiskan tingkatan enam bawah dan atas memang terasa singkat saja.  Cerita pasal result Sijil Tinggi Pendidikan Malaysia (STPM) ... lebih kurang sama saja dengan result SPM ^ _ ^ dan pasal tu juga kenalah sambung belajar di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
Macam orang selalu cakap “jauh perjalanan, luas pengalaman” ... jadi sambung belajar pun tempat yang jauh juga la.  Kalau sebut saja nama Kolej Chermai Jaya (KCJ), Kuching gerenti ramai yang tahu.  Maklum la kolej ni kira popular juga lebih-lebih lagi apabila kolej ni sudah dikategorikan gulung tikar beberapa tahun lepas.  Syukurlah sempat juga saya menamatkan pengajian di peringkat diploma francais Universiti Teknologi Mara (Uitm) pada 2003.
Bersama rakan-rakan sekelas DBS
Pengalaman ketika di KCJ memang banyak dan kalau diceritakan memang boleh dibuat novel setebal kamus dewan.  Di sini, memang dapat geng yang super duper giler-giler waras.  Rindu pula dengan kawan-kawan lama bila mengenang kembali zaman persekolahan dulu-dulu.  Apa-apa pun semua yang saya lalui sepanjang zaman persekolahan memang ada hikmahnya, kerana pada penghujungnya Tuhan berikan saya pasangan hidup yang saling melengkapi.



0 comments: