| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Sunday, 22 August 2010

Sedapnya Twist Potato

Rasanya ... not bad ... sekali cuba, pasti nak lagi ^_^
Setiap hari pasti ada sahaja sesuatu peristiwa atau perkara yang baharu bakal dilalui atau dilihat oleh setiap orang,  begitu jugalah halnya dengan kami dua si gaman.  Selepas menghadiri kebaktian gereja pada sesi petang, kami berdua memilih untuk makan di salah sebuah kedai makan di kawasan komersil Desa Ilmu, Kota Samarahan.  "Gendang gedut tali kecapi, kenyang perut kami dua si gaman senang hati" jadi sebaik sahaja selesai makan kami  pun terus menuju ke tempat letak kereta dan tidak merancang  untuk singgah dan membeli apa-apa lagi, bagaimana pun sebuah gerai kecil dan comel berjaya mencuri tumpuan kami dua si gaman.

Gerai baru nampaknya ^_^ Perasaan ingin tahu menyebabkan kami tersinggah juga secara tidak sengaja dan tanpa paksaan.  Rupanya revolusi perniagaan  berasaskan kentang kini tidak terhad kepada French Fries sahaja.  Gerai yang kami singgah ini menawarkan Twist Potato pada harga RM1.50 satu cucuk dan pelanggan boleh memilih lima perasa iaitu keju, lada hitam, mayonis, sos cili dan tomato.  Kalah dengan godaan oleh perasaan ingin mencuba, maka kami dua si gaman pun terbeli dua Twist Potato mayonis dan sos cili.  Rasanya ... not bad ... sekali cuba, pasti nak lagi ^_^

Twist Potato Mayonis & Sos Cili
Perkara yang paling menarik perhatian kami sebenarnya bukanlah sekadar ingin mencuba tetapi tertarik dengan jenis perniagaan yang bukan sahaja nampak ringkas dan mudah diuruskan tetapi juga tidak memerlukan modal yang besar.  Dengan hanya menggunakan ruangan gerai yang terhad, sebuah mesin pemotong kentang, kuali, dapur gas, kentang segar, minyak masak dan bahan perasa kepada twist potato hanya memerlukan modal kurang daripada RM1,000.

Mesin pemotong kentang
Hasil maklumat yang diperolehi daripada internet, rupanya perniagaan Twist Potato ini sudah lama berada di pasaran, cuma belum begitu popular di sini.  Salah satu laman web yang saya temui menawarkan pakej yang cukup menarik dengan modal serendah RM799 dengan peralatan lengkap untuk memulakan perniagaan ini.  Selain itu, terdapat beberapa laman web yang menawarkan pakej perniagaan  Twist Potato secara francais kepada sesiapa yang berminat.  Mereka yang berminat bolehlah merajinkan diri mencari info berkaitan perniagaan ini di internet.

Google Pix


0 comments: