| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Tuesday 19 July 2011

Taman Negara Gunung Gading, Lundu

Perjalanan tidak dirancang ke Taman Negara Gunung Gading
25 Jun lepas merupakan kali kedua saya menjejakkan kaki ke Taman Negara Gunung Gading, Lundu.  Kali pertama adalah pada kira-kira 10 tahun lepas bersama rakan-rakan kolej.  Jika 10 tahun lepas  kami dapat masuk secara percuma, kali ini saya, si gaman dan empat rakan lain perlu membayar  tiket masuk RM10 seorang.

Bunga Rafflesia merupakan daya tarikan utama di sini
Taman negara yang terletak di Lunduini merupakan sebuah kawasan perlindungan bagi bunga Rafflesia.  Daripada maklumat yang diperolehi, spesies bunga Rafflesia yang ditemui di Taman Negara Gunung Gading adalah daripada spesies ‘Rafflesia Tuan-Mudae’. 

Rafflesia Trail
Untuk rekod daripada 17 spesies Rafflesia,  hanya tiga spesies bunga Rafflesia terdapat di Sarawak iaitu Rafflesia Pricei, Rafflesia Arnoldi dan Rafflesia Tuan-Mudae

Laluan pejalan  kaki
Taman negara ini dibuka bagi orang banyak pada tahun 1994. Taman Negara Gunung Gading dikelola rapi oleh Jabatan Taman Negara untuk memastikan pengunjung mendapat peluang yang terbaik untuk melihat sendiri bunga Rafflesia yang berkembang tanpa memusnahkan kudup bunga tersebut ataupun tumbuhan lain di sekitarnya.

Laluan pejalan  kaki
Taman Negara Gunung Gading juga mempunyai tarikan yang lain untuk aktiviti riadah seperti air terjun, laluan pejalan  kaki, beberapa tempat mandi-manda  serta pemandangan hutan simpan yang indah untuk dikunjungi.

Group photo :)




0 comments: