| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Tuesday 12 July 2011

BERSIH 2007 + BERSIH 2011 = Pilihanraya Bersih & Adil

Akhir-akhir ini, kebanyakan blog sibuk menceritakan mengenai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menurut persepsi masing-masing.  Ada yang memandang Perhimpunan Bersih 2011 ini sesuatu yang merugikan dan memalukan.  Bagaimanapun, tidak kurang juga yang berpendapat perhimpunan ini sesuatu yang wajar sebagai menyuarakan hak untuk menuntut pilihan raya yang adil.


Untuk rekod, Perhimpunan Bersih pernah diadakan pada tahun 2007 iaitu pada 10 November 2007 dan tidak mendapat permit polis.  Ia dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikatakan turut disertai pelbagai parti pembangkang, yang bertujuan mahu menuntut pilihan raya yang adil.  Perhimpunan itu dilaporkan disertai oleh 100,000 orang.  Sumber: The Malaysian Insider.

Sementara itu untuk Bersih 2011, Pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan bahawa perhimpunan BERSIH pada 9 Julai akan diteruskan walaupun tanpa permit.  Ternyata, perhimpunan Bersih 2011 yang diadakan pada 9 Julai lepas mendapat sokongan luar biasa daripada rakyat Malaysia yang ingin menuntut pilihan raya bersih dan adil dengan mengemukakan  lapan tuntutan.

Lebih menarik lagi, perhimpunan seumpama ini juga turut diadakan oleh rakyat Malaysia yang berada dibeberapa buah negara luar.  Terbaru, Datuk Ambiga mengajak orang ramai menyertai 'Yellow Saturdays'  iaitu memakai pakaian kuning atau apa sahaja berwarna kuning pada setiap hari Sabtu sebagai tanda sokongan berterusan untuk menuntut 8 perkara BERSIH 2.0.

p/s:  Hari KUNING pada Sabtu.  Adakah kebebasan warna kini tersekat? Kalau pakai kuning pada Sabtu takut kena tangkap.  Saya ada dua baju kuning :)




2 comments:

Lina said... [Reply]

im support the 8 demands..but not any parties..

Jaw @ MyGamanBorNeo said... [Reply]

@Lina Kita sependapat. Ramai yg menyertai perhimpunan ini bukan disebabkan fahaman parti ttp sokongan terhadap 8 perkara tersebut.