| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Saturday 6 August 2011

Saya Kini Wakil Khidmat Pelanggan

Google Pix
Percaya atau tidak ... saya sendiri pun macam tidak percaya yang saya telah terjerumus dalam bidang yang tidak pernah tersenarai dalam impian dan cita-cita.  Dipendekkan cerita, kini saya telah bergelar Wakil Khidmat Pelanggan atau Customer Service Representative (CSR) untuk sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia untuk tempoh kontrak pertama selama enam bulan.

Dalam banyak-banyak kerja, saya fikir inilah pekerjaan yang paling banyak tapisan.  Setakat ini buat julung-julung kalinya dalam hidup, saya telah berjaya melepasi tiga tapisan iaitu ujian bertulis, temuduga dan  penilaian kemahiran berkomunikasi (softskill).  Akan datang terdapat dua lagi tapisan yang bakal menentukan sama ada saya layak untuk terus memikul tanggungjawab sebagai CSR ataupun sebaliknya.

p/s:  Lima hari kursus softskill yang penuh dengan permainan psikologi mengajar saya bahawa fikiran  positif itu memiliki kuasa yang sangat luar biasa. 




6 comments:

Kay Masingan said... [Reply]

good luck...:)
mesti banyak cabaran handling customer complaints ..

Jaw @ MyGamanBorNeo said... [Reply]

@Kay Masingan belum start handle customer lagi. ada training sebulan lebih lg.

p/s: masih x dpt bayangkan realiti kerja CSR.

Okayarms said... [Reply]

Welcome to da club gaman! Ko tau position sia apa? Customer Service Officer hahaa.

Jaw @ MyGamanBorNeo said... [Reply]

@Armstrong hahaha ... ya ka. wah, mcm mana susa ka kerja CSR ni? di mana ko kerja?

Okayarms said... [Reply]

@MyGamanBorNeo Sini sia Johor Bahru, kerja sama urang Jipun wakakaa.

Jaw @ MyGamanBorNeo said... [Reply]

@Armstrong wah kerja ko lg susah sbb face to face, kerja saya ni cuma handle customer dr telefon. skrg training 40 hari, lepas tu ada lg 2 test. wajib lulus lg tu, kalau x kena bye2 hehehe