| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Sunday, 10 April 2011

Ruangan MyCrochet pindah ke Blog Walai Krusye


Saya ketika ini sedang sibuk dengan kerja-kerja mengubah suai dan menyusun atur blog MyOnlineDiary yang semakin sesak.  Jadi untuk memastikan keadaan blog ini sentiasa kemas, teratur serta tidak bercampur aduk, ruangan MyCrohet terpaksa saya pindahkan kepada blog baru iaitu blog Walai Krusye.  Jadi kepada para penggemar seni mengait krusye, sila layari laman blog http://walaikrusye.blogspot.com/ untuk mendapatkan pelbagai paten menarik yang akan sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa.



Friday, 8 April 2011

Happy Birthday Bapa

Hari ini merupakan harijadi bapa saya yang ke-62 tahun.  Jadi saya ingin mendedikasikan ucapan khas  "Happy Birthday & May God Bless You Always" kepada bapa di blog ini. 

I'm proud to be your daughter
I may not say it often, I may not say it loud,
I may not say it to you, But I'm proud to have you as my father.

Gambar ni diambil di hadapan bangunan mahkamah lama Sandakan pada tahun 1983 ketika saya baru berumur 6 tahun.  Bapa masa ni baru berumur 34 tahun dan saya juga berumur 34 tahun pada tahun ini.




1st Jiwa Kacau Anniversary Giveaway


Ada sesiapa rakan-rakan blogger yang sedang berhadapan dengan sindrom 'NO IDEA' untuk update blog? Jangan bimbang, apa kata kita beramai-ramai menyertai 1st Jiwa Kacau Anniversary Giveaway untuk dijadikan kemas kini blog hari ini.  Hadiah yang ditawarkan oleh tuan punya blog Jiwa Kacau ni memang cukup lumayan iaitu:
  1. Satu domain percuma dan hosting 1GB Storage dan 10GB Bandwidth selama setahun.
  2. Satu domain percuma selama setahun.
  3. Hosting 1GB Stroge dan 10GB Bandwidth percuma selama setahun.
Terlebih dahulu, terima kasih kepada rakan blogger Fadzmie kerana sudi memilih saya menjadi salah seorang pesaing untuk merebut hadiah lumayan tersebut ^_^ Jadi seperti biasa saya kena tag beberapa blogger lain kerana ini antara syarat penyertaan yang wajib dipatuhi setiap kali menyertai blog contest seperti ini.

Thursday, 7 April 2011

Kreativiti yang memudaratkan orang lain

Pix from google
Terkejut ada, rasa tidak percaya pun ada selepas menonton berita mengenai telur tiruan yang disiarkan di Buletin Utama TV3.  Tidak sangka pula, ada pula manusia yang cuba mengambil alih tugas si ibu ayam untuk menghasilkan telur ayam.  Inilah yang dikatakan pintar, kreatif dan inovatif dalam usaha membantu kerajaan untuk memastikan bekalan telur ayam sentiasa mencukupi.  Secara peribadi, saya memang cukup kagum dengan pencipta telur ayam tiruan ni, tapi malangnya hasil kreativiti mereka ini mampu mendatangkan kemudaratan kepada orang ramai.

Menurut berita yang disiarkan, perkara ini terbongkar setelah Persatuan Pengguna Pulau Pinang menerima aduan daripada seorang suri rumah yang membawa telur berkenaan ke pejabatnya selepas mendapati sesuatu yang mencurigakan ketika cuba memasaknya. Siasatan yang dijalankan oleh persatuan itu mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.





Wednesday, 6 April 2011

Mesej untuk rakyat Sarawak

Cukup besar, cukup jelas dan cukup menonjol tetapi adakah mesej ini mampu meraih undi rakyat pada pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-10  yang jatuh pada 16 April ini. Penduduk di sekitar Kuching pasti tahu di mana lokasi gambar ini di ambil ^_^


 

Si Putih sakit atau merajuk?

... nampak lemah & tidak bermaya
Si Putih asyik tidur hampir 36 jam serta tidak makan dan minum tapi menurut doktor perubatan veterinar, si Putih ni sihat juga dan suhu badan juga stabil.  Selepas pemeriksaan, doktor tu bagitau yang si Putih lemah gara-gara tidak makan.  Punca si Putih asyik tidur serta hilang selera makan dan minum masih lagi menjadi tanda tanya.  Mungkin si Putih merajuk ... lucu tapi kucing saya ni memang pintar dan pandai merajuk ^_^

Bil perubatan si Putih pula boleh tahan juga iaitu RM30 selepas menerima dua suntikan.  Si Putih juga perlu diberi dua jenis pil berwarna kuning air (vitamin) dan merah jambu  (antibiotik) bermula malam ini.  Semasa di klinik pagi tadi, sempat juga menimbang berat si Putih dan beratnya 5.8 kilogram ... huh ... patutlah berat kalau didukung.


Tuesday, 5 April 2011

Si Putih kena demam panas

Kesian si Putih, nampak lemah saja
Susah hati betul tengok keadaan si Putih petang ni.  Dari semalam asyik tidur saja, ingatkan si Putih malas ... rupa-rupanya kena demam panas pula.  Seharian si Putih tidak makan dan minum, mau bawa pegi klinik haiwan pun tidak sempat sudah.  Kucing boleh diberi panadol ka? Kalau malam ni si Putih masih demam, esok wajib bawa pegi klinik haiwan.




Friday, 1 April 2011

Durian oh Durian

Seumur hidup, inilah kali pertama saya tengok beratus-ratus durian berlambak di depan mata.  Walaupun saya ni bukan penggemar durian tapi demi si gaman, sanggup juga saya berasak-asak menemankan si gaman memilih durian sampai pening-pening lalat.

Gumbira & rambang mata si gaman tengok berlambak-lambak dijual di tepi jalan kawasan komersil Desa Ilmu, Kota Samarahan

Sebiji sudah ditangan ... tapi macam mau tambah lagi

Dalam pening-pening lalat sempat juga berposing.  Harga durian yang saya pegang ni RM25 sebiji ... mahal owh ... bagus beli chocolate cheese cake, lagi berbaloi ^_^

Beribu-ribu lemonnn ... opss ... duriannnnn.  Harga di antara RM5 - RM25 sebiji

RM10 sebiji, boleh tahan si gaman ni ... betul-betul mengidam durian




Kampung Semban: 9# Selamat Tinggal Kpg Semban

Selamat tinggal Kampung Semban
Hari terakhir di Kampung Semban merupakan hari yang paling sukar, kerana mengucapkan selamat tinggal bukanlah suatu perkara yang saya gemari.  Tepat jam 9.00 pagi, kami mula bergerak meninggalkan Kampung Semban.  Kami difahamkan, perjalanan dari Kampung Semban ke empangan Bengoh lebih singkat iaitu tiga hingga empat jam.  (Saya pula mengambil masa empat jam 30 minit untuk sampai ke empangan Bengoh). 
 
Deckson & Uncle Awang pantas menuruni bukit
Cuaca panas terik membuatkan kami cepat letih
Berehat sebentar di kunt ilau (pondok rehat) bersama porter
Tiba di Kampung Bojong & di sini kami singgah berehat sambil minum minuman sejuk
Lebih banyak menuruni bukit tetapi tetap ada bukit yang perlu dinaiki
Berhenti rehat lagi untuk memulihkan stamina
Sempat juga si sang rama-rama singgah berehat di atas topi Uncle Awang
Kami turut terserempak dengan penduduk Kampung Semban yang sedang memikul bekalan barang-barang runcit yang beratnya mungkin mencecah lebih 20 kilogram.
Kami kemudiannya meneruskan perjalanan yang pada saya masih cukup mencabar.  Inilah keistimewaan eko pelancongan di Kampung Semban, mewah dengan cabaran.
Memandangkan saya yang paling perlahan, jadi Deckson, Uncle Awang & porter akan menanti saya di lokasi-lokasi rehat berhampiran.
Nampaknya, perasaan gayat ketika meniti dua jambatan buluh gantung sudah tidak mengganggu tumpuan lagi.  Teknik catwalk juga bertambah baik.
Ini merupakan antara laluan yang agak licin dan curam.  Ia juga merupakan lereng bukit terakhir yang perlu dinaiki sebelum tiba ke empangan Bengoh.
Akhirnya kami sampai, dan saya merekodkan masa lebih 4 jam 30 minit
Letih tetapi sangat menyeronokkan, itulah yang dapat saya gambarkan mengenai trip kami ke Kampung Semban ini.  Terima kasih diucapkan kepada Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) kerana menaja trip empat hari tiga malam (22 - 25 Mac 2011) di Kampung Semban.  

Terima kasih juga kepada Sarawak Bloggers kerana memilih saya mengikuti ekspedisi penuh dengan cabaran yang menyeronokkan ini.  Tidak lupa juga, ucapan terima kasih kepada ketua ekspedisi, Deckson Bundak (STB Tourist Coordinator),  Uncle Awang serta Sagen Adan (pengusaha eko pelancongan Kampung Semban).

Bagi anda yang gemarkan cabaran, apa kata anda memilih Kampung Semban sebagai destinasi seterusnya.  Pakej eko pelancongan empat hari tiga malam di Kampung Semban pasti tidak mengecewakan anda.  Untuk maklumat lanjut berhubung pakej eko pelancongan Kampung Semban, sila hubungi Sagen Adan (014-8808123) atau Deckson (082-410944).



Pautan | Eksplorasi Pena & Lensa Di Kpg Semban | Sebelum Ekspedisi (1) | Ekspedisi Bermula (2) | Keindahan Air Terjun Susukng & Pent (3) | Panorama Di Kampung Semban (4) | Matahari Terbit Di Gunung Kapang (5) | Tembakau Kampung Semban (6) | Pokok Tapang Tertinggi & Terbesar (7) | Bersama Tradisi Yang Bakal Pupus (8) | Selamat Tinggal Kampung Semban (9) |




Kampung Semban: 8# Tradisi Yang Bakal Pupus

Gambar kenangan bersama 5 daripada 7 Golden Ring Ladies Kpg Semban
Sama seperti pakej pelancongan inap desa, pakej eko pelancongan empat hari tiga malam di Kampung Semban turut menyajikan persembahan kebudayaan.  Pada malam terakhir kami di sini, acara bermula dengan makan malam beramai-ramai dan seterusnya menyaksikan persembahan tarian oleh "The Golden Ring Lady" diiringi alunan Hletong (alat muzik diperbuat daripada buluh). 

Warisan tradisi yang bakal pupus
Semua ini memahat kenangan berharga kerana saya bukan sahaja berpeluang melihat secara dekat lima wanita berusia di antara 60 hingga 80 tahun yang masih meneruskan tradisi pemakaian  gelang tembaga yang dinamakan luyakng (di tangan) dan lasukng (di betis), tetapi juga berpeluang menari bersama mereka.
Lambang kecantikan suatu ketika dahulu
Mereka ini merupakan lima daripada "The Last 7 Golden Ring Lady" yang hanya ada di Kampung Semban, Padawan, Sarawak.  Pemakaian aksesori ini dikatakan lambang kecantikan sejati wanita etnik embhan suatu ketika dahulu.  Selain itu, pemakaian aksesori gelang tembaga ini juga turut melambangkan status seseorang wanita itu dan mana-mana lelaki yang memperisterikan mereka dikatakan bertuah.

Lambang status
Saya diberitahu, ketika ini hanya seorang sahaja dari tujuh wanita ini yang masih mewarisi kepakaran dalam membuat termasuk memakaikan dan menanggalkan luyakng dan lasukng.  Untuk membentuk luyakng dan lasukng, terlebih dahulu dawai tembaga perlu dipanaskan bagi memudakan ia dililit di atas acuan kayu.  Proses memakaikan luyakng dan lasukng juga dikatakan mengambil masa yang lama dan perlu dilakukan dengan teliti.

Sementara itu, seorang penduduk kampung memberitahu saya bahawa suatu ketika dahulu tidak semua gadis mampu memiliki luyakng dan lasukng kerana harga tembaga yang tinggi.  Jadi, ibu bapa yang mampu memakaikan anak gadis mereka aksesori ini dikatakan sebagai golongan yang berstatus.  Ketika ini menurutnya, harga tembaga masih tinggi iaitu sekitar RM80 hingga RM200 sekilogram.  

Cukup mahal, jadi tidak hairanlah kenapa ada yang sanggup mencuri kepala pili paip tembaga di luar rumah saya. Difahamkan juga, seseorang gadis itu akan memakai aksesori ini seawal usia 12 tahun, bagaimanapun tradisi turun temurun ini tidak diteruskan lagi pada tahun apabila pihak sekolah melarang pemakaiannya di kalangan murid-murid perempuan.

Hanya mereka yang pernah menjejakkan kaki ke Kampung Semban sahaja berpeluang menyimpan koleksi peribadi gambar wanita-wanita yang masih mempertahankan tradisi luyakng dan lasukng yang bakal pupus.