| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Thursday, 28 July 2011

Wanita Yang Tidak Ber 'perikehaiwanan'


PETALING JAYA - Seorang penjaja wanita, Chow Xiao Wei, 21, didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua pertuduhan menzalimi tiga ekor kucing pada 19 Februari lalu.  Tertuduh mengaku bersalah di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.  Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan zalim memukul, menendang dan menyakiti tiga ekor kucing antara pukul 4.25 hingga 5 petang pada 19 Februari lalu di depan sebuah gerai di Pasar Seri Kembangan dekat sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 44(1) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda RM400 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.  Tertuduh tidak diwakili peguam bela.  Sebelum ini, video yang diperoleh daripada rakaman kamera litar tertutup berhampiran tempat kejadian dimuat naik di laman sosial Facebook tersebar luas menunjukkan tertuduh menzalimi kucing berkenaan - Kosmo

p/s:  Denda RM400 terlalu ringan untuk kesalahan menzalimi haiwan.  Kalau boleh wanita ini patut dihukum melakukan kerja khidmat sosial di pusat perlindungan haiwan supaya dapat disemai nilai-nilai "keperihaiwanan" untuk menyayangi haiwan-haiwan terbiar seperti kucing dan anjing.




12 comments:

Lina said... [Reply]

btul ko gaman! kena kerja d pusat lindungan haiwan br ngam..

ai x mau tingu video, ai takut dan kesian..haha..tp mati ka haiwan yg dia pukul itu?

Jaw @ MyGamanBorNeo said... [Reply]

@Lina iya la, geram btl saya malam tadi tengok berita ni di Buletin Utama TV3. Zalim betul yg dipijak2 itu anak kucing.

Nancypoh said... [Reply]

haiya...baru dia tau..padan muka..mungkin kalau semua kes mendera binatang ni kena repot, bnyk juga yg kna denda..

Fadzmie said... [Reply]

Sampai mati kan tu kucing kena pijak-pijak? Hish. Teda utak betul ni urang. Diorang bilang ni perempuan pengkid kunu. Ndatau la betul ka tida. Tengok rupa pun macam ya.

Jaw @ MyGamanBorNeo said... [Reply]

@Nancy Poh ya la, tp mcm x setimpal betul hukuman denda tu. yg ni kategori x bernasib baik la sbb kena rakam cctv.

Jaw @ MyGamanBorNeo said... [Reply]

@Fadzmie Mohamad bukan itu saja, mmg x berhati perut betul. mimang sengaja sj dia pegi dera itu kucing.

Angelina said... [Reply]

Tidak sanggup sa tengok oh. Sa mmg x buka pun tu video. X sampai hati. Zalim betul tu orang oh. Hei. Patah hati sa.

Echa said... [Reply]

dulu pernah tgk ni..tp nda hbs..nda snggup..
kejam bha org ni..

Jaw @ MyGamanBorNeo said... [Reply]

@Angel saya pun x tingu habis, sampai setakat itu kucing kena pijak2 sj. mmg ngilu rasa hati.

Jaw @ MyGamanBorNeo said... [Reply]

@echaRierie itu la mmg x berhati perut, tp x jg la heran sbb ada manusia yg kejam sesama manusia.

Okayarms said... [Reply]

Ooo I saw this clip before...

400 ja? Adui, nda setimpal oo dengan perbuatan dia tu. Kalo 4000 pun sia nda setuju... kalo kaya, bayar ja kan. Denda yang paling ngam, macam ko cakap, do some charity especially yang animals punya. Kalo buli kucing punya shelter home.

Adui tinguk sekali cukup la... bikin panas. Suda la sia ni sayang kucing.

Jaw @ MyGamanBorNeo said... [Reply]

@Armstrong itu la, mmg nda setimpal. mau dihukum cuci tahi kucing sebulan di animal shelter baru ngam hehehe ...