| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Thursday, 17 March 2011

Day 4: Four Books

Hari Ke-4, 10 Day You Challenge:  Empat buah buku untuk cabaran hari keempat ini bukanlah buku cerita, novel atau majalah tapi merupakan dua buku autograf dan dua buku rekod kemajuan pelajar ketika zaman persekolahan dulu yang masih lagi dalam simpanan. 

~ Buku autograf 1992 - 1994 ~
Zaman persekolahan saya dulu di SMK Beluran iaitu sekitar tahun 1990 - 1994, buku autograf memang wajib ada ... especially student perempuan la ^_^ Buku autograf ni bertujuan untuk bertukar-tukar biodata dan gambar la kununnya.  Gambar di atas ni merupakan buku autograf saya ketika di tingkatan 3 hingga tingkatan 5.  Dibeli pada harga RM18.00 di kedai si Balingkuk (orang Beluran kenal la dengan tokeh ni) dan masa tu sanggup simpan belanja sekolah semata-mata tidak mau ketinggalan trend bertukar-tukar autograf ^_^
~ Buku autograf 1995-1996 ~
Buku autograf yang ni pula saya beli dengan harga RM8.00 semasa di tingkatan 6 rendah dan enam atas pada tahun 1995 - 1996.  Saya beli buku autograf ni di Genting Mas di Sandakan, popular bah supermarket ni sebab barang-barangnya dijual pada harga berpatutan.  Terfikir pula, zaman Facebook sekarang, masih ada lagi ka budak-budak sekolah menengah yang bertukar-tukar autograf macam dulu?





~ Buku Rekod Kemajuan Pelajar 1990-1994 ~
Bah ... yang ni buku rekod kemajuan pelajar saya semasa di tingkatan satu (1990) hingga tingkatan lima (1994).  Gambar ni merupakan keputusan peperiksaan percubaan SPM dan keputusan pun lebih banyak dakwat merah daripada dakwat biru.  Result SPM pun paham-paham saja la ^_^ tidak cemerlang biarpun tidak gagal.  Kenangan paling lucu bila part yang tiru tandatangan parent gara-gara takut kena marah ^_^
~ Buku Rekod Kemajuan Pelajar 1995 ~
Buku rekod kemajuan pelajar yang ni pula semasa peperiksaan penggal pertama tingkatan enam  bawah di Sabah Adventist Secondary School (SASS), Tamparuli pada tahun 1995.  Sempat bersekolah selama kira-kira tiga bulan saja sebelum pindah di Kinabalu Commercial College (KCC) Sandakan gara-gara homesick ^_^



0 comments: