| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Monday 25 April 2011

Ayam Masak Kicap Tiga Rasa


Petang ni saya mau berkongsi satu resepi yang paling ringkas disediakan iaitu "Ayam Masak Kicap Tiga Rasa".  Ini merupakan masakan kegemaran si gaman, maklum la inilah resepi yang sering saya masak ketika di awal perkahwinan kami dulu.  Masa tu belum pandai sangat memasak dan inilah satu-satunya resepi berasaskan ayam yang saya pandai masak selain sup ayam.

Bahan-bahannya:  Ayam, hirisan bawang merah dan bawang putih, halia yang telah ditumbuk lumat, kicap manis, sos tiram dan sos cili.  Cara-cara memasaknya:  Mula-mula perap ketulan ayam dengan kicap manis, sos tiram dan sos cili secukupnya.  Sementara itu, seperti biasa panaskan minyak dan tumis hirisan bawang merah dan bawang putih serta halia yang telah ditumbuk lumat sehingga naik bau.  Kemudian masukkan ayam yang telah diperap tadi dan masukkan sedikit air.  Biarkan sehingga masak.

Kenapa saya pandai-pandai namakan resepi ini Ayam Kicap Tiga Rasa? Sebab lauk ni guna tiga perisa iaitu kicap manis, sos tiram dan sos cili ^_^ Diucapkan selamat mencuba kepada sesiapa yang berminat.




0 comments: