| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Friday 29 April 2011

1# Karang/Tulis 'Elevator Pitch' Untuk Blog Anda


#Cabaran 1:  Karang/Tulis 'Elevator Pitch' untuk blog anda

Mungkin ramai yang kurang memahami apa yang dimaksudkan dengan 'Elevator Pitch'.  Difahamkan, ia merupakan gambaran keseluruhan tentang idea sesuatu produk, perkhidmatan atau projek itu di mana ianya harus disampaikan secara ringkas dan padat iaitu mengambil masa kira-kira 30 saat hingga dua minit atau 100 hingga 150 patah perkataan.

Istilah ini selalunya digunakan oleh ahli-ahli perniagaan, bagaimanapun 'Elevator Pitch' juga dikatakan penting untuk sesebuah blog itu terutamanya bagi mereka yang baru berkecimpung dalam bidang penulisan blog.  Ia biasa digunakan dalam ruangan 'About My Blog' atau 'Mengenai Saya/Mengenai Blog Saya'.  Tujuannya, bagi menerangkan tentang apa yang cuba anda kongsikan di blog.

Berikut merupakan dua contoh 'Elevator Pitch' bagi blog MyOnlineDiary:   

"Perkongsian Pengalaman, Pendapat dan Maklumat Menerusi Gaya Penulisan Bebas Tanpa Tapisan."

"MyOnlineDiary merupakan sebuah diari maya yang merekodkan setiap pengalaman atau peristiwa menarik yang saya lalui.  Selain itu, blog ini juga menjadi ruangan untuk menyuarakan pendapat peribadi di samping mengongsikan pelbagai maklumat berguna menerusi gaya penulisan bebas tanpa tapisan kepada semua pengguna internet yang memahami Bahasa Melayu." 

*** Jadi siapa-siapa yang kekeringan idea untuk update blog, apa kata join saya buat "Cabaran 31 Hari Membina Blog Yang Lebih Baik".







0 comments: