| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Saturday, 30 April 2011

Bubur Ayam Recycle

Tengah hari ini, saya ingin berkongsi satu tip 'JANGAN MEMBAZIR MAKANAN'.  Saya percaya ramai di kalangan surirumah seperti saya akan berhadapan dengan masalah sering terlupa memanaskan semula lebihan nasi putih untuk waktu makan seterusnya, akibatnya nasi menjadi basi atau 'bangas' kata orang Sabah atau 'bari' kata orang Iban.

Jadi untuk memastikan nasi putih tersebut tidak dibazirkan serta masuk ke dalam perut dan bukannya ke dalam tong sampah, saya selalunya memastikan lebihan nasi tersebut disimpan di dalam peti sejuk.  Jika terlupa selama dua hari berturut-turut pun, nasi tidak akan basi dan sesuai dijadikan bubur ayam untuk sarapan pagi seperti gambar di bawah ^_^ Hasilnya nanti, perut kenyang ... hati senang ... serta tiada pembaziran!

Bubur Ayam Recycle
Resepi ini sangat mudah dan ditujukan khas untuk orang-orang bujang.  Cuma masukkan lebihan nasi putih bersama air mencukupi ke dalam periuk bersama ayam, hirisan bawang merah dan bawang putih berserta halia yang telah ditumbuk.  Masak selama  kira-kira 30 minit dan sedia untuk dihidangkan.  Bahan perasa mengikut suka, anda boleh gunakan garam dan bahan perasa tambahan lain atau paling ringkas cuma gunakan kicap masin.  Selamat mencuba!

 


2 comments:

germaine said... [Reply]

yum yum.. mudah dan sedap... hee~

Mrs.MyGaman BorNeo said... [Reply]

@germaine hehehe ... TQ