Google Pix |
Lazimnya seseorang itu harus mengetahui alasan kenapa dia ingin melakukan perkara sesuatu itu dan alasan itu secara tidak langsung akan membantu dalam keputusan yang lebih tepat. Begitu juga sekiranya anda ingin menceburkan diri dalam bidang penulisan blog, anda perlu ada sebab atau alasan untuk memastikan blog anda tidak terbengkalai.
Berikut saya kongsikan 5 alasan yang membantu saya membuat keputusan untuk menjadi seorang blogger. Kelima-lima alasan ini turut saya jadikan garis panduan untuk mencapai matlamat ke arah seorang blogger yang berjaya suatu hari kelak.
1. Minat & hobi - Ini
merupakan antara alasan yang sering digunakan oleh kebanyakan blogger.
Minat terhadap sesuatu bidang itu membuatkan mereka menjadikan blog
sebagai medium untuk berkongsi minat dan hobi.
2. Perkongsian maklumat & pendapat - Blog
merupakan medium yang paling sesuai untuk seseorang itu berkongsi
maklumat secara bebas tanpa tapisan. Selain itu, blog juga sering
dijadikan ruang untuk menyuarakan pendapat secara lebih terbuka.
3. Mengasah bakat & kemahiran
- Tidak kurang juga yang menjadi blogger semata-mata ingin mengasah
bakat dan kemahiran mereka dalam sesuatu bidang seperti penulisan.
4. Populariti - Siapa
kata seseorang itu tidak boleh menjadi popular menerusi blog yang
ditulisnya? Telah terbukti bahawa ramai blogger di luar sana berjaya
mendapat perhatian ramai.
5. Wang/Duit
- Ramai yang menjadi blogger kerana ingin menjana pendapatan daripada
unit-unit iklan yang dipasangkan di blog mereka. Penulis blog
www.redmummy.com merupakan salah satu contoh blog popular yang telah
berjaya menjana pendapatan lumayan setiap bulan.
#Bagi
anda, apa pula alasan yang mendorong anda untuk menjadi seorang
blogger? Mungkin anda ada alasan lain yang lebih munasabah, sila
kongsikan.
0 comments:
Post a Comment