| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Thursday, 19 August 2010

Keindahan Seni Krusye

Google Pix
Seni krusye merupakan kemahiran mengait dengan menggunakan sebatang jarum sahaja.  Setiap batang jarum mempunyai nombor dan saiz yang tersendiri, semakin kecil nombor tersebut bermakna semakin terperinci corak yang boleh dihasilkan.  Seni krusye ini mula saya pelajari sejak berumur 12 tahun lagi dengan bergurukan mama kesayangan.
Google Pix
Pelik tapi benar, minat terhadap krusye ini timbul apabila melihat seorang rakan lelaki menunjukkan kemahirannya mengait sewaktu di sekolah rendah dahulu.  Bermula dari detik itulah saya  mula mempelajari teknik asas krusye serta belajar memahami setiap simbol paten krusye  daripada mama.

Google Pix

Selain boleh menghasilkan pelbagai motif flora dan fauna yang menarik, seni krusye ini juga merupakan suatu hobi yang menyeronokkan dan mampu membawa pulangan yang lumayan sekiranya dimanfaatkan sepenuhnya.  Bagi mereka yang mempunyai minat yang sama, anda boleh mendapatkan pelbagai paten krusye menarik di  ruangan MyCrochet.

2 comments:

Anonymous said... [Reply]

aku pun minat buat ni. aku penah blajar nie, tak dapat2....last2 surrender hahaha separuh jln.

Gara2 seks | wanita bunuh diri
Customized u'r blog | Blogging Tutorial Mudah

Jaw @ MyGamanBorNeo said... [Reply]

Hi Maey, TQ sebab sudi singgah. Saya pun tau teknik yang simple2 saja. Memang orang tua2 dulu cakap, kalau mengait mesti mau kasi habis biarpun tidak cantik. Sebab kalau tidak dihabiskan memang sampai bila2 pun tidak pandai habis ^ _ ^

Saya sekarang ni sedang dalam proses upload paten2 yang menarik untuk dikongsi dgn sesiapa yang minat.