Pix from google photo sharing |
Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina 2011, saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi maklumat mengenai Tahun Arnab yang saya perolehi dari Berita Harian Online. Masyarakat Cina percaya Tahun Baru Cina tahun ini yang jatuh pada Tahun Arnab daripada jenis ‘arnab logam’, akan membawa berita baik untuk ekonomi dunia.
Difahamkan, mengikut zodiak Cina, Tahun Arnab juga bagus bagi perniagaan dan boleh membawa keuntungan besar tahun ini khususnya yang membabitkan bidang kreativiti. Selain itu, harga hartanah juga akan melambung sehingga ramai orang boleh menjadi kaya. Di samping itu, diramalkan pasaran saham dalam enam bulan pertama tahun ini adalah lebih baik berbanding enam bulan kedua nanti.
Berdasarkan astrologi Cina tradisional, 12 haiwan digunakan untuk mewakili setiap tahun mengikut urutan, iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan babi dengan setiap mempunyai signifikan tersendiri.
Pix from google photo sharing |
Masyarakat Cina juga percaya Tahun Arnab kali ini membawa sinar kebahagiaan kepada hubungan kekasih atau mereka yang sedang menghampiri gerbang perkahwinan.
Bagaimanapun, diramalkan nasib tidak menyebelahi pasangan suami isteri kerana akan berlaku banyak kes kecurangan dalam perkahwinan, terutama menimpa mereka yang dilahirkan pada tahun anjing, kuda dan harimau.
Selain itu, perkiraan zodiak Cina meramalkan tahun ini bakal menyaksikan banyak pergaduhan berlaku di segenap dunia dan sesama ahli keluarga.
Dari aspek kesihatan, diramalkan keadaan tidak baik kerana akan berlaku banyak kes influenza seperti batuk dan penyakit berkaitan sistem pernafasan.
Mereka yang bekerja pula harus lebih bersabar tahun ini berikutan diramalkan banyak dugaan dalam bentuk pergaduhan, kebencian dan gosip atau politik pejabat. Dalam konteks ini, tahun ini juga bukan waktu yang baik untuk bertukar kerjaya atau kenaikan pangkat.
Bagi pelajar pula, mereka yang dilahirkan pada Tahun Arnab dan ayam diramalkan menghadapi kesukaran untuk memberi tumpuan terhadap pelajaran, justeru, ibu bapa perlu memberi lebih perhatian serta bantuan tuisyen kepada mereka.
Menurut zodiak Cina, antara sifat positif dimiliki individu yang dilahirkan pada Tahun Arnab ialah peka, bijaksana, berkelakuan baik, senang menerima tetamu, sopan, diplomatik dan berjiwa seni, manakala sifat negatifnya pula tidak tegas, suka berahsia, mudah tersinggung, kompleks, suka menyendiri, suka mengumpat, lurus bendul, pengecut dan mudah terpedaya.

0 comments:
Post a Comment